Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

MAIL SURAT KEPADA CHAIRMAN UKUR BANGUNAN

Berikut adalah mail yang diberikan kepada Dato' Sr Dr Kamarudin menerusi email beliau kamarudinn@aol.com (25.MEI.2007) . Pihak web blog ukur bangunan masih menunggu jawapan.


Assalamualaikum Dato' Sr Dr. Kamarudin Mohd Nor.

Pertamanya sekali izin saya perkenalkan diri, saya merupakan salah seorang graduan lepasan diploma Ukur Bangunan.Jadi saya ingin menanyakan beberapa soalan kepada dato' perihal bidang ukur bangunan.

1. Apa pandangan dato' tentang isu semasa sekarang ini tentang bangunan kerajaan yang banyak rosak dan cacat?
2.Apakah langkah dato' dalam memastikan bidang ukur bangunan dapat mempraktiskan bidang ini di Malaysia?
3.Apakah informasi terbaru tentang bidang ukur bangunan di ISM(institution of surveyor malaysia) dan di Malaysia?
4.Adakah penting memastikan lepasan ukur bangunan mengetahui hala tujunya sebagai jurukur bangunan penting di Malaysia.Dengan kata lain lepasan ukur bangunan dapat bersatu dibawah satu alumni rasmi?
5.Melalui laman web PAM(Pertubuhan Akitek Malaysia) didapati pihak arkitek telah cuba mempraktiskan ukur bangunan,secara langsung mengenepikan bidang ukur bangunan.Apakah pandangan Dato'?
6.Apakah tindakan Dato' untuk memastikan misi membawa bidang ukur bangunan menjadi bidang yang disegani di dalam penyelenggaraan bangunan?
7.Apakah Dato' merasakan sudah sampai masanya pembabitan media massa diperlukan untuk mendapatkan publisiti supaya bidang ukur bangunan dapat dikenali di Malaysia dan tidak di ISM semata-mata.

Dengan ini saya sudahi dengan ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca mail ini.Sebagai jurukur bangunan separuh mahir saya menjemput Dato' melawati web blog saya http://buildingsurvey.blogspot.com/
Secara langsung menjadi wadah kepada jurukur bangunan walaupun masih tidak sempurna.Atas dasar tanggungjawab saya mewujudkan web blog tersebut untuk memastikan jurukur bangunan dapat bersatu dan mengeratkan perhubungan bersama-sama.terima kasih

Orang penting BS dalam ISM..


Name :Kamarudin B. Mohd Nor, DSDK, FISM, FRICS, MBEng, MCIArb
No :F 2819
Class :Fellow
Address :16, Jalan 3/13, Taman Bukit Indah, Ampang, 68000 Selangor
State : Selangor
Tel :016-3920001
e-mail :
kamarudinn@aol.com
DOB :19-Oct-48
Section :BS




Name :Mohd Amin Mohd Din, PK, FISM, MIOA,MCIOB
No :F 2486
Class :Fellow
Address :3, Jalan Balau 3/8, 40000 Shah Alam
State : Selangor
tel :03-55444369/019-3282409
Fax :03-55444353
e-mail :mdamin786@salam.uitm.edu.my
DOB :11-Feb-54
Section :BS

Trial votes

Apakah anda meyakini, bidang ukur bangunan dapat bertapak dan dapat melakukan praktis di Malaysia?

"Yakin"

"Tidak Yakin"

"Tidak Tahu"

Votes at comments & gives your opinion


BANJIR LAGI... Para pekerja membersihkan lantai kafeteria yang digenangi air akibat paip pecah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, semalam.




Oleh THOMAS CHONG (sumber dari UTUSAN MALAYSIA)

KUALA LUMPUR 23 Mei – Kejadian paip bocor dari siling kompleks mahkamah baru bernilai ratusan juta ringgit di Jalan Duta hari ini menimbulkan banyak persoalan ‘apa sudah jadi?’
Sekali terlintas di fikiran, adakah kerana bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan itu tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan?
Atau, adakah kerana hasil kerjanya tidak berkualiti, ataupun mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pengawasan oleh pihak-pihak berkuasa?
Jika hendak difikirkan persoalan ini, mungkin terlalu banyak yang mahu dicatatkan, tapi semua pihak harus membuka mata kerana wang yang digunakan untuk pembinaan kompleks itu dan bangunan kerajaan lain adalah hasil wang cukai rakyat.
Yang pasti, kejadian demi kejadian – bocor, runtuh, retak ini – sungguh memalukan negara.
Lebih mengaibkan, kejadian-kejadian itu juga telah mengakibatkan berlaku tuding-menuding dan tuduh-menuduh ‘siapa salah’ antara kementerian.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, salah satu penyambung T paip di bilik servis kafeteria mahkamah itu dilaporkan pecah lalu menyebabkan sebahagian besar lantai bahagian itu dibanjiri air yang melimpah keluar dari bilik tersebut.
Berikutannya, pihak mahkamah yang baru beroperasi kurang sebulan itu terpaksa mengerahkan pekerjanya untuk membersihkan lantai yang digenangi air.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Dr. Ir. Judin Abdul Karim, pihaknya mengejarkan pegawai ke tempat kejadian sejurus selepas menerima laporan kebocoran pada pukul 9.30 pagi dan berjaya mengawal keadaan 10 minit kemudian.
‘‘Kami berjaya mengawal keadaan pada pukul 9.40 pagi, kafeteria bagaimanapun hanya dapat beroperasi secara biasa pada pukul 12 tengah hari,’’ katanya kepada pemberita selepas meninjau kesan kebocoran di sini tengah hari ini.
Jelas Judin, paip yang dilaporkan bocor itu disambungkan dengan sebuah tangki berkapasiti menyimpan 18,018 liter air yang terletak di aras sembilan bangunan tersebut.
‘‘Tangki itu digunakan untuk menyalurkan bekalan air menggunakan cara graviti kepada kafeteria mahkamah,’’ ujarnya.
Tambahnya, insiden kebocoran tersebut juga akan dilaporkan kepada badan berkenaan termasuk Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) untuk tindakan lanjut.
Ini merupakan kejadian kerosakan kedua di Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang beroperasi awal bulan ini .
Pada bulan lepas, dua siling mahkamah berukuran 1.48 meter persegi runtuh di sebuah bilik Mahkamah Sivil di kompleks itu.
Kejadian kebocoran paip pagi ini pula merupakan kejadian ketiga yang dilaporkan melibatkan premis-premis kerajaan dalam tempoh dua bulan.
Kejadian serupa pernah dilaporkan di Ibu Pejabat Imigresen dan Dewan Serbaguna Kementerian Pembangunan dan Koperasi, masing-masing pada 11 April dan 28 April di Putrajaya.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegur Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu kerana menuduh pengurusan Parlimen bertanggungjawab apabila bumbung bangunan Parlimen bocor baru-baru ini.
Tanggungjawab
Abdullah yang ditanya pemberita mengenai senario itu, dalam lawatannya di Tokyo semalam berkata, beliau telah memberitahu Samy bahawa JKR bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penyenggaraan bangunan kerajaan.
‘‘Usah bertengkar sesama sendiri, malu! Sudah la orang tak seronok dengan apa yang berlaku, yang hendak bertanggungjawab dan siapa bertanggungjawab pun jadi isu umum,’’ katanya.
Sementara itu, satu pergaduhan berlaku di tempat kejadian di kafeteria mahkamah itu apabila seorang pengawal keselamatan bertindak menghalang jurufoto sebuah akhbar tempatan untuk menangkap gambar kejadian paip bocor itu.
Kejadian itu berlaku apabila pengawal keselamatan yang tidak dikenali identitinya itu mengeluarkan kata-kata kesat serta menanggalkan pakaian seragamnya di hadapan wakil media sebagai ‘persediaan’ untuk bergaduh.
Suasana kelam-kabut tersebut bagaimanapun berjaya diselesaikan secara aman apabila pegawai lain dari kompleks mahkamah tersebut membawa keluar pengawal keselamatan yang ‘naik angin’ itu dari kafeteria.

Individu yang bertanggungjawab dalam ukur bangunan

Disini dilampirkan individu yang bertanggungjawab dalam memperjuangkan Bidang Ukur Bangunan di INSTITUTION OF SURVEYOR MALAYSIA. Dimanakah suara anda??




The Institution of Surveyors Malaysia
Building Surveying Committee 2006-07
Chairman
:
Dato' Sr Dr. Kamarudin Mohd Nor
Deputy :
Assoc Prof. Sr. Dr.Hj Ahmad Ezanee Hashim
Secretary :
Lt Col. Sr Hj Mohd Amin Mohd Din
Treasurer :
Prof Sr Dr.Mohd Najib Ibrahim
Member :
Sr Alias Marjoh
Member :
Sr Ghazali Hj Ismail
Member :
Sr Dr.Hj Husin B Hj Mohd Dini
Member :
Sr Mohamad Sufian Hasim
Member :
Sr Mohamad Zarim Ibrahim

Kerja ukur bangunan, arkitek yang buat??

Assalamualaikum..


Menerusi Laman web PAM(persatuan arkitek Malaysia) terdapat form tersebut.Persoalannya adakah tugas ukur bangunan dilakukan oleh arkitek??Dimana pula Ketua Division Building Survey di Institution of Surveyor Malaysia apakah respons beliau ??Renung-renungkan.


Berikut adalah form dari laman web PAM ( Persatuan Arkitek Malaysia )


LIST OF ARCHITECTS PROVIDING BUILDING SURVEYING

PAM Professional Practice Committee is compiling a list of Architects who provide building surveying / inspection services. All PAM Members who would like to be included in the list are invited to register with PAM by providing the following details to PAM Secretariat by fax at 03-2692 8782 or e-mail at info@pam.org.my.



Name: ……………………………………………………………………………….…..


Building Surveying / Inspection Service Provider Name (Company Name):

………………………………………………………………………………………….....

Address: …………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………….....

………………………………………………………………………………………….....

Contact No: (Tel)………………………………(Fax)………………………………….

(Mobile)……………………………………….(E-mail)………………………………..

Thank you


LIST OF ARCHITECTS PROVIDING BUILDING SURVEYING / INSPECTION SERVICES

Isu Bangunan Parlimen Bocor


Isu Kebocoran Bangunan Parlimen
Isu bangunan parlimen menjadi bualan hangat masa kini namun kenapa Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Velu tidak memberi ruang kepada Jurukur Bangunan yang pakar dalam penyelenggaraan bangunan??Dan dimana Pengerusi Building Survey Division di ISM??Renung-renungkan
*Sumber dari Utusan Malaysia
TOKYO 22 Mei – Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan semua bangunan kerajaan tanpa perlu tuduh-menuduh atau berbalah dengan pihak lain, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, beliau telah memberitahu perkara itu kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Velu bahawa JKR perlu bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penyelenggaraan bangunan kerajaan.
“Usah bertengkar sesama sendiri, malu! Kalau hendak bincang (untuk) buat sama-sama tidak apa. (Jangan) bertengkar sampai rakyat tahu, buat apa.
“Kalau ada benda yang tak kena dan perlu buat sama-sama cakap perlahan-lahan, hendak masuk surat khabar buat apa? Sudah la orang tak seronok dengan apa yang berlaku, yang hendak bertanggungjawab dan siapa bertanggungjawab pun jadi isu umum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu kebocoran bangunan Parlimen hingga timbul tuding-menuding antara Kementerian Kerja Raya dan kementerian yang bertanggungjawab terhadap Parlimen.
Baru-baru ini Samy Vellu ketika meninjau keadaan bumbung bangunan Parlimen mengesahkan keadaannya amat teruk dan memerlukan penyelenggaraan segera - berdasarkan pengalamannya sebagai seorang arkitek.
Samy Vellu berkata, berdasarkan pemerhatiannya, terdapat kira-kira enam tempat yang bocor dan sekiranya langkah segera tidak diambil, keadaan akan menjadi lebih teruk dan kebocoran mungkin berlaku di 10 atau 15 tempat lagi.
Bagaimanapun katanya, pihak JKR sebenarnya tidak bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penyelenggaraan ke atas bangunan tersebut kerana ia dilakukan oleh pengurusan Parlimen.
Ekoran itu, Perdana Menteri mahukan tabiat tuduh-menuduh dan tuding- menuding itu dihentikan sebaliknya segera melakukan kerja-kerja pembaikan seperti yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
“Sesiapa yang diberi tanggungjawab perlu ada rasa tanggungjawab untuk memastikan apa yang dipertanggungjawabkan dilaksana, buat apa nak gaduh (sesama sendiri),” kata Perdana Menteri.

TAHNIAH KEPADA BEBUDAK B.S!!!

Kepada bebudak b.s 2004-2007 diucapkan tahniah kerana dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.
Hampir kesemua bebudak b.s melanjutkan pelajaran di bidang yang sama di peringkat ijazah.Manakala ada beberapa siswazah masih melanjutkan pelajaran di peringkat diploma berikutan terdapat paper yang tertunggak.Namun diharapkan mereka akan dapat berjaya dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
***Menurut sumber terbaru hanya 2 siswa b.s telah beralih arah ke bidang lain di peringkat ijazah.Mereka ialah Syamsul johari ke bidang Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan(Perniagaan Antarabangsa) dan Mohd Farezee ke bidang Kejuruteraan Awam.
Tahniah diucapkan sekali lagi.Pada mereka yang ingin enterframe dalam web blog ini sila sms atau email saya.

Kerjaya Keusahawanan



PNS

Program Francais Siswazah adalah program khas bertujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera dari kalangan siswazah yang berkaliber, berdaya saing dan berkeyakinan untuk menceburi bidang perniagaan francais. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat bimbingan dan latihan dalam aspek pengurusan perniagaan, risiko-risiko perniagaan, kelas motivasi serta menjalani praktikal di outlet francaisor yang dipilih. Selepas latihan, peserta juga akan dibimbing untuk penyediaan rancangan perniagaan bagi membantu mereka mendapatkan pembiayaan daripada PNS dan lain-lain institusi kewangan.



Program ini menawarkan pembiayaan dan pinjaman maksima sehingga 90% atau RM500,000. Walaubagaimanapun, bakal usahawan dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah keseluruhan kos perniagaan. Ini merupakan komitmen mereka dalam menjayakan perniagaan francais masing-masing. Namun demikian, kelulusan pinjaman adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh panel pembiayaan kewangan.


Secara ringkasnya, program bersepadu ini amat menarik dan menguntungkan para peserta terutama dalam aspek keusahawanan dan perniagaan francais. Tiga aspek utama yang diberi penekanan iaitu latihan dan bimbingan, pembiayaan dan pemantauan, diyakini boleh menjadikan golongan ini seorang usahawan francais ataupun francaisi yang berjaya .



Francais adalah suatu kaedah perniagaan yang telah terbukti berjaya diseluruh dunia. Dengan memulakan sebuah perniagaan francais, sebagai seorang francaisi, beliau telah berjaya memendekkan tempoh pembelajaran dan cuba jaya (trial and error). Ini adalah kerana operasi perniagaan berjalan mengikut sistem perniagaan yang telah disediakan oleh francaisor. Sokongan dan latihan juga merupakan sebahagian daripada pakej francais yang ditawarkan oleh francaisor.
Justeru itu, mereka yang berminat dalam bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai keyakinan, kekurangan pendedahan dan pengetahuan seharusnya mengambil peluang ini untuk menceburi bidang perniagaan yang diminati. Program ini akan membimbing peserta dalam pelbagai aspek penting perniagaan yang amat bernilai dan menguntungkan.



Kepada mereka yang ingin menjadi usahawan melalui program yang disediakan sila lawati ke :

http://www.pns.com.my/

PENGURUS PROJEK

Dipetik dari majalah QALAM edisi 2006 (jilid 3)

Oleh : Rasifah bt Mahadi

PENGURUS PROJEK
Pendahuluan
Projek pembinaan masa kini melibatkan teknologi pembinaan yang kompleks, memerlukan pengurusan tapak yang efisien dan pengetahuan yang dalam dalam bidang undang-undang serta pengurusan kewangan yang baik.Disamping itu juga setiap projek adalah unik dan tidak berulang-ulang dimana keadaan tapak projek,pekerja, peralatan dan bahan yang digunakan adalah berbeza-beza dari satu projek ke projek yang lain. Oleh itu amat penting untuk seorang pengurus projek sentiasa mempertingkatkan ilmu pengetahuan samada dari segi teknikal atau kemanusiaan kerana tanggungjawab dan peranan pengurus projek yang kompleks dan mencabar.

Definisi Pengurus Projek
Meredith dan Mantel (1989) mendefinisikan pengurus projek sebagai orang yang bertanggungjawab memastikan kelancaran projek bermula dari peringkat merancang,membina, dan mendapatkan kelulusan bagi setiap projek pembinaan.Beliau perlu memastikan bahawa projek dijalankan mengikut masa, kos, dan kualiti yang telah ditetapkan oleh pihak klien.
Pengurus projek juga perlu mempengaruhi atau menggerakkan pihak lain untuk mencapai objektif projek. Oleh itu pengurus projek perlu mempunyai kebolehan komunikasi supaya segala maklumat dan arahan dapat disampaikan dengan tepat dan cepat kepada semua pihak. Dalam lain perkataan pengurus projek adalah ketua kepada projek pembinaan.

Kenaikan gaji terbaik

Kakitangan kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi selepas beliau mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam pada Perhimpunan Hari Pekerja 2007 Sektor Awam di PICC, Putrajaya, semalam.

Oleh Rozaman Ismail (Utusan Malaysia 22 Mei 2007)

PUTRAJAYA 21 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan berita gembira yang disifatkan sebagai ‘terbaik dalam sejarah perkhidmatan awam’ apabila memberi kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus kepada kakitangannya berkuat kuasa 1 Julai ini.
Bagi anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia pula, mereka menerima durian runtuh yang lebih istimewa iaitu kadar kenaikan gaji antara 9 hingga 42 peratus, iaitu 20 peratus lebih tinggi daripada peratus kenaikan gaji kakitangan awam lain.
Selain pemberian kenaikan gaji pokok, kerajaan turut mengumumkan kenaikan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak 100 peratus bagi menampung kos hidup kakitangan awam yang tinggal di bandar-bandar besar.
Dalam pengumuman yang turut menggembirakan lebih 557,000 pesara kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kenaikan itu juga melibatkan kenaikan pencen bekas kakitangan awam.
Sebanyak 1.02 juta kakitangan awam terlibat dalam eksesais yang dikenali sebagai ‘pemberian kenaikan gaji’ itu. Ia bukan satu semakan gaji.
Kenaikan gaji itu melibatkan perbelanjaan RM3.4 bilion bagi tahun ini atau perbelanjaan tambahan sebanyak RM6.8 bilion setahun.
Peningkatan kadar COLA pula melibatkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM600 juta bagi tahun ini atau RM1.2 bilion setahun.
Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan gemuruh kakitangan awam yang memenuhi dewan berkenaan. Kata-kata “Hidup Pak Lah!” dilaungkan secara spontan oleh hadirin dalam dewan itu tanda terima kasih atas pemberian tersebut.
Kali terakhir semakan gaji kakitangan awam dilakukan ialah pada 1992 dengan kenaikan gaji sebanyak lapan peratus, manakala pelarasan terakhir gaji sektor awam dibuat pada 2000.
Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam satu memorandum kepada Perdana Menteri pada 11 Januari lalu menuntut kerajaan membuat semakan gaji dengan kenaikan antara 20 hingga 40 peratus.
Presidennya, Omar Osman dalam reaksinya berkata: ‘‘Kita berasa amat gembira, walaupun kurang lima peratus (berbanding tuntutan asal 40 peratus) tetapi kita tetap bersyukur. Kenaikan elaun COLA sehingga RM300 sudah memadai.”
Beliau yang berada di atas pentas bersama-sama Abdullah semasa pengumuman itu dibuat di PICC menyifatkan kenaikan tersebut sebagai kenaikan gaji terbaik dalam sejarah perkhidmatan awam.
Beliau yakin sokongan kakitangan awam terhadap kerajaan semakin kuat.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri Kabinet serta para pegawai kanan kerajaan.
Abdullah berkata, keputusan menaikkan gaji sektor awam dibuat setelah beliau memperhalusi beberapa faktor, antaranya pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik dalam tempoh lima tahun lalu iaitu sebanyak 5.6 peratus purata setahun.
Katanya, pertumbuhan itu juga didorong oleh pertumbuhan pelaburan swasta termasuk pelaburan langsung asing (FDI) serta perkembangan dagangan Malaysia yang melebihi nilai RM1 trilion setahun.
‘‘Pertumbuhan ini telah memungkinkan keadaan (ekonomi yang baik) yang mana kadar faedah, kadar inflasi dan kadar pengangguran kekal rendah.
‘‘Indeks Komposit Bursa Malaysia juga membayangkan kepesatan ekonomi negara dengan mencapai tahap yang paling tinggi baru-baru ini,” kata beliau dalam ucapannya pada majlis itu yang dihadiri kira-kira 6,000 kakitangan awam.
Menurut Perdana Menteri, pertumbuhan ekonomi negara hasil usaha sektor swasta turut didukung usaha sektor awam sebagai pelaksana dasar, fasilitator dan penguat kuasa undang-undang.
Faktor kedua pula, kata Abdullah, ialah keperluan untuk menarik serta mengekalkan modal insan yang berkelayakan, berprestasi tinggi dan bermotivasi dalam sektor awam.
Motivasi
‘‘Pekerja sektor awam perlu diberi motivasi untuk terus meningkatkan produktiviti,” tegasnya.
Beliau berkata, faktor ketiga yang mendorong kenaikan gaji sektor awam ialah peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak dunia menjadikan kerajaan prihatin terhadap nasib kumpulan berpendapatan rendah.
Kata Abdullah, faktor keempat ialah kemampuan kewangan kerajaan yang mana kutipan cukai negara bertambah dengan ketara, manakala keberkesanan perbelanjaan dapat dipertingkatkan.
‘‘Dalam memutuskan kenaikan gaji, kerajaan sentiasa berjaga-jaga akan kesannya kepada kewangan negara. Sebarang kenaikan gaji akan juga melibatkan pencen serta elaun-elaun tertentu.
‘‘Dengan itu kuantum kenaikan diputuskan secara cermat dan berhemat. Kerajaan berjaya mengurangkan defisit perbelanjaan kerajaan daripada 5.3 peratus pada 2003 kepada 3.5 peratus tahun lalu dan pengurusan fiskal berhemat ini akan diteruskan,” katanya.
Menurut Perdana Menteri lagi, kenaikan tersebut akan dapat meringankan beban yang dirasai anggota sektor awam terutama mereka yang berada dalam kumpulan terendah.
Pada masa yang sama, kata beliau, semua pegawai dan kakitangan sektor awam perlu sedar bahawa dengan kenaikan gaji itu harapan seluruh rakyat serta kerajaan terhadap mereka akan meningkat.
‘‘Harapan untuk melihat mutu perkhidmatan yang terbaik, yang setimpal dengan kenaikan gaji, akan dirasai secara umum. Gunakanlah peluang ini untuk terus meningkatkan produktiviti serta mutu perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.
Secara amnya kenaikan itu melibatkan:
Kumpulan Sokongan 2 iaitu Gred 1 hingga 16, gaji pokok dinaikkan sebanyak 35 peratus.
Kumpulan Sokongan 1 iaitu Gred 17 hingga 40 menerima kenaikan sebanyak 25 peratus.
Kumpulan Pengurusan dan Profesional pula akan menikmati kenaikan sebanyak 15 peratus.
Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA) mendapat 7.5 peratus.
Kerajaan juga memberi kenaikan tambahan 20 peratus kepada anggota-anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di atas peratusan kenaikan gaji kakitangan awam.

Ruangan Khas "Tanya Ukur Bangunan"

Untuk sebarang persoalan tentang ukur bangunan maka pembaca boleh lakukan di posting ini melalui comments.Sebarang kritikan, idea, dan sebagainya boleh di ajukan disini.Terima kasih.

THE INSTITUTION SURVEYOR OF MALAYSIA



Untuk informasi pembaca sekalian Division Ukur Bangunan di ISM yang berdaftar hanya 235 ahli sahaja.Division QS merupakan paling banyak ahli 2159 orang,dan lain-lain adalah Division GLS sebanyak 1041 ahli, Division PCVS sebanyak 933 ahli.
Yang menjadi persoalan ialah graduan jurukur bangunan dilahirkan setiap tahun namun dimanakah mereka?Dimana kehilangan mereka?Sepatutnya mereka yang berjawatan dalam "Division Ukur bangunan" di ISM harus proaktif dalam memastikan halatuju lepasan ukur bangunan. Andaikata sebegitu mudah jawatan itu di meterai, maka mengapa tidak calonkan mereka yang benar-benar layak.
Perkara ini harus diambil serius kerana ia dapat memastikan kerjaya ukur bangunan dapat dibangunkan.Seandainya Division Ukur Bangunan diwujudkan untuk menguntungkan sesuatu pihak maka perkara ini harus diubah.Oleh kerana itu perkara ini dimulai dengan pembangunan modal insan dimana merapatkan kesemua jurukur bangunan untuk menjadi kekuatan dalaman dan bersatu,seterusnya mencapai objektif.

Merencanakan ukur bangunan

Assalamualaikum usaha blog ini mempublisitikan ukur bangunan ini memang kecil teramat kecil, namun dengan usaha yang kecil ini dapat memberi suatu input yang baik untuk jangka masa panjang.Dengan kata lain setiap graduan ukur bangunan perlu bersama-sama dalam memastikan ukur bangunan menjadi antara nadi utama dalam sektor pembinaan khasnya dalam penyelenggaraan.
Pendekatan yang diambil amat mudah dimana merapatkan kesemua jurukur bangunan di Malaysia sebagai permulaan. Dengan adanya penyatuan dari setiap jurukur bangunan maka barulah "SUARA UKUR BANGUNAN" lebih besar di Malaysia.Bak kata peribahasa "bersatu kita teguh bercerai kita roboh".
Pada hakikatnya apabila selesai menamatkan jurusan ukur bangunan,setiap siswazah akan membawa haluan masing-masing dan secara langsung akan "lost contact",namun oleh kerana tidak mahu perkara sebegitu terjadi maka atas dasar prihatin maka diwujudkan blog ini supaya setiap jurukur bangunan dapat mengeratkan perhubungan dan memastikan kekuatan ukur bangunan terus bertambah.
Cadangan seperti mewujudkan gathering alumni ukur bangunan juga dapat dilakukan sekiranya setiap jurukur bangunan bersatu dan boleh memperbagaikan aktiviti.Oleh kerana itu blog ini menjadi medan mengumpulkan jurukur bangunan di malaysia.Diharapkan juga sokongan dan galakan dari para pensyarah bagi memastikan misi ini berjaya.
HIDUP B.S!
sekian terima kasih.

JKR perlu juruukur bangunan


Oleh: AIDA AFFINA (SUMBER DARI UTUSAN MALAYSIA)


MASIH ingatkah lagi para pembaca mengenai isu seorang guru malang yang terbunuh akibat terpijak lantai di tingkat atas sebuah sekolah yang usang dan rapuh pada satu ketika dahulu? Juga beberapa isu kerosakan dan kecacatan bangunan yang berlaku tidak lama dulu?
Ini pastinya dapat dielakkan jika pihak berkenaan mengadakan pemeriksaan struktur bangunan mereka. Kesemua perkara di atas adalah berpunca daripada pengabaian kerja-kerja penyelenggaraan.
Semenjak kejadian tersebut berlaku, bertubi-tubi keluhan serta cadangan dilontarkan bagi mengatasi masalah berkenaan daripada bermacam-macam pihak. Walhal, sebelum ini tiada satu pihak pun yang tampil berminat dengan isu penyelenggaraan ini sehinggalah ia menjadi semakin serius dan ketara sekarang.
Rupanya itu bukanlah klimaks bagi isu penyelenggaraan. Kita kini dihujani dengan berbagai lagi kejadian seumpama itu bermula dari keruntuhan siling di ibu pejabat Imigresen dan dewan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Putrajaya serta Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Dan kes yang terbaru adalah kebocoran di Parlimen.
Kes-kes yang melibatkan bangunan-bangunan kerajaan dan kemudahan awam yang lain, pastinya adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR). Tetapi persoalannya, siapakah yang berkelayakan untuk memantau kerja-kerja penyelenggaraan ini? Ingin ditegaskan juga di sini, kerja-kerja penyelenggaraan bangunan bukan sahaja hanya mekanikal dan elektrikal sahaja seperti lif, elektrik, penghawa dingin tetapi merangkumi struktur dan envelope bangunan itu sekali.
Setakat memantau sahaja, rasanya semua tenaga profesional seperti jurutera-jurutera di JKR boleh diberikan tanggungjawab ini.Namun, mahukah kita membebankan mereka lagi dengan tanggungjawab ini? Kita arif dengan tugas hakiki seorang arkitek ialah untuk mereka bentuk sesebuah bangunan, seorang jurutera awam dengan tugasnya adalah memastikan struktur bangunan yang direka mampu menampung beban hidup dan mati serta jurutera yang bertanggungjawab mereka bentuk litar elektrik dan kemudahan di dalam premis bangunan.
Dan persoalannya tadi ialah siapa yang layak memikul tugas penyelenggaraan ini? Pada pendapat saya, untuk lebih efektif lagi, saya rasa JKR seharusnya mempunyai seorang Juruukur bangunan (building surveyor).Untuk pengetahuan umum, juruukur bangunan ini tidaklah terlalu baru di Malaysia (sudah lebih 10 tahun) cuma disebabkan oleh birokrasi dan beberapa halangan, ia tidak begitu dikenali berbanding profesional seangkatan dengannya seperti juruukur bahan, juruukur tanah, penilai hartanah, arkitek dan jurutera.
Namun begitu kepakarannya di negara-negara maju seperti di United Kingdom dan Hong Kong sudah terbukti diperlukan dalam bidang pemuliharaan dan penyelenggaraan bangunan. Walaupun ia masih baru di sini, tetapi ia diperakui oleh JPA (Gred J41) dan sudah wujud di beberapa agensi awam kita seperti majlis-majlis perbandaran di Lembah Klang.
Juruukur bangunan ini juga terletak di bawah satu badan profesional iaitu Institut Juruukur Malaysia (ISM).
Ia mungkin berbunyi agak prejudis, namun saya rasa JKR perlu mempunyai jurukur bangunan kerana mereka ini mempunyai kepakaran di dalam kerja-kerja dan kos penyelenggaraan, mahir membuat analisis berkenaan reputasi dan hayat bangunan, dilapidation (satu cabang membaik pulih bangunan yang berkaitan dengan undang- undang), arif di dalam bidang building pathology dan juga dari segi reka bentuk bangunan.
Untuk pengetahuan semua, penyelenggaraan bangunan tidak hanya boleh dijalankan apabila sesuatu bangunan itu sudah diduduki, tetapi dari peringkat reka bentuk bangunan lagi.
Pada peringkat ini, penglibatan juruukur bangunan adalah penting dalam memberi nasihat berkenaan reka bentuk sesebuah bangunan oleh pihak arkitek.
Inilah yang diamalkan oleh sektor pembinaan di Hong Kong serta negara-negara maju yang lain dan kita telah mengadaptasinya ke dalam agensi penguasa tempatan di mana juruukur bangunan ini bertanggungjawab dalam proses kelulusan pelan bangunan.

Atasi bangunan ‘cacat’



Oleh NUR AZFAHANI AHMAD(sumber dari UTUSAN MALAYSIA)

MALAYSIA membangun dengan begitu pesat sekali seiring dengan usia matang kemerdekaan negara yang ke-50 tahun. Bangunan-bangunan pencakar langit, bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan dan berteknologi tinggi semakin rancak dibina dengan begitu indah sekali seni binanya. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut merasa bangga dan menabik dada di atas kejayaan-kejayaan ini. Namun begitu, apalah ertinya keindahan dan kecanggihan bangunan-bangunan ini, jika apabila siap dibina, ia tidak dijaga dan diurus sebaiknya sehingga menimbulkan kecacatan di masa hadapan.
Lihatlah senario yang terjadi kini. Tidak dinafikan, rancangan pembangunan kerajaan di dua zon yang berbeza, Putrajaya dan Jalan Duta perlu melalui tatacara kerja yang sangat kompleks dan teratur. Bangunan-bangunan kerajaan di dua zon ini dibina dengan penuh sentimen seni bina yang indah. Namun begitu, wujudkah usaha-usaha untuk mengekalkan kesempurnaan ini sehingga bangunan dapat bertahan beratus tahun lamanya?
Bangunan-bangunan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, dewan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala yang terkini bilik persidangan Stadium Putra, Bukit Jalil belum pun mencapai usia 50 tahun, tetapi telah mengalami beberapa kecacatan yang begitu ketara sehingga merunsingkan Perdana Menteri kita.
Kecacatan pada amnya boleh dibahagikan kepada dua, bersifat sementara dan bersifat kekal. Bersifat sementara biasanya meliputi kerosakan-kerosakan kecil sahaja dan tidak akan membahayakan nyawa. Yang perlu digusari adalah kecacatan bersifat kekal yang mana biasanya melibatkan struktur utama bangunan dan boleh mengancam nyawa.
Keretakan-keretakan yang pada mulanya kecil, apabila dibiarkan akan menjadi besar dan seterusnya boleh meruntuhkan sesuatu struktur tersebut. Inilah yang terjadi dalam situasi bangunan-bangunan kerajaan di Malaysia sekarang.
Bayangkan bagaimana bangunan Menara Jam ‘Big Ben’ di tengah-tengah kota London boleh berdiri dengan gah selama 114 tahun tanpa mengalami sebarang kecacatan. Jawapannya ialah ‘Penyelenggaraan’ dan ‘Penyenggaraan’.
Kita perlu memahami bahawa mencegah itu adalah lebih baik. Di sinilah pentingnya usaha-usaha untuk menyelenggara dan menyenggara. Kerja-kerja penyelenggaraan membawa kepada definisi menguruskan dan mentadbir bangunan berkaitan.
Ini meliputi penyediaan jadual secara berkala; harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Manakala, kerja-kerja senggaraan menjurus kepada membaiki kerosakan itu. Pentingnya kedua-dua konsep kerja ini diadaptasi supaya bangunan-bangunan kerajaan di Malaysia dapat bertahan lama dan ini sekali gus dapat mengelakkan pembaziran peruntukan kewangan yang disediakan kerajaan.
Kebanyakan negara maju di Eropah, di Hong Kong dan Singapura telah lama menjalankan praktis ini dalam pengekalan bangunan-bangunan di negara mereka. Negara-negara ini melantik seorang juruukur bangunan yang kompeten untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan penyenggaraan. Profesion juruukur bangunan ini masih belum terkenal di Malaysia walaupun telah 12 tahun bertapak.

Memantau
Juruukur bangunan diwujudkan dengan tujuan untuk menjalankan kerja-kerja ukur kondisi dan memantau bangunan bagi tujuan pencegahan kecacatan bangunan. Ini merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa bidang ini memerlukan pihak yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan. Buat masa ini, terdapat dua institusi pengajian tinggi awam yang telah melahirkan graduan-graduan di dalam bidang ini iaitu Universiti Teknologi Mara dan Universiti Malaya.
Di Malaysia, konsepnya lebih menjurus kepada penyenggaraan semata-mata, yang mana lebih memfokuskan kepada usaha-usaha membaiki apabila kerosakan berlaku sahaja. Pihak-pihak yang dilantik pula lebih menjurus kepada profesional yang hanya mendalami satu skop kerja sahaja, sama ada kerja-kerja awam, mekanikal mahupun elektrikal.
Jika usaha-usaha ini tidak ditangani dengan baik, percayalah bahawa akan berlaku lagi masalah-masalah kecacatan bangunan di masa-masa akan datang. Adalah sewajarnya perancangan secara berjadual diwajibkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan senggaraan di semua bangunan-bangunan kerajaan di Malaysia. Peruntukan kerajaan seharusnya diberikan untuk tujuan menyelenggara, dan bukan semata-mata menyenggara sahaja.
* PENULIS ialah pensyarah Jabatan Ukur Bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak.

Projek Design Penang

aku,shark,adib,mel

aku dgn farezee

aku,zamir,anas,abe,joe,mat,adib,boeng,din,gie,kacang


Pabila diingat balik rasa nak ketawa pun ada,nak nangis pun ada.Apapun saya merasakan bebudak B.S cukup enjoy semasa menjalankan aktiviti.Jadi disini saya harap pada member yang ada gambar2 budak bs harap hantar pada email saya di buildingsurvey@gmail.com

Pertemuan dan Perpisahan


Assalamualaikum pada sahabat-sahabat UiTM Seri Iskandar UKUR BANGUNAN sekalian.
Pada 17.mei.2007 telah diadakan jamuan perpisahan(terima kasih Pada semua Pensyarah yang terlibat).Kenangan selama 3 tahun kita bersama memang tidak dapat kita lupakan pahit,manis,masam, dan masin semuanya ada.Suka duka semuanya ada.Oleh kerana tebalnya semangat setiakawan maka saya pun membuka blog ni atas tujuan untuk mengekalkan persahabatan kita walaupun berada jauh di negeri masing-masing.Didalam merencanakan blog ini berbagai agenda yang kita dapat buat antaranya gathering tahunan dan seterusnya membawa nama ukur bangunan.
Walaupun usaha ini kecil,namun ia dapat dijadikan contoh bahawa siswa/siswi ukur bangunan tahun 2004 adalah berbeza sama sekali dalam membawa misi "hidup B.S!".Secara langsung dengan adanya laman blog ini ia dapat menyatukan orang-orang lama ukur bangunan dan dapat dijadikan blog informasi perihal ukur bangunan.Disini disyorkan pada mereka yang mempunyai idea dan perkara berkaitan ukur bangunan dapat diajukan di blog ini.Selain itu juga informasi terkini dan isu semasa tentang ukur bangunan juga dapat di postkan disini.
Dengan kata lain sokongan daripada pensyarah ukur bangunan serta siswa/siswi ukur bangunan amat digalakkan.Saya juga akan cuba post majalah Qalam kebanggaan ukur bangunan ke blog ini.Dengan kata lain ukur bangunan lebih dinamik dalam melakukan arah tujuannya.Dengan ini saya sudahi dengan laungan "HIDUP UKUR BANGUNAN!"

;;