Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

TerPanggil

Assalamualaikum

Sudah hampir 2 tahun saya tamat pengajian dan masih segar di ingatan saya saat-saat saya belajar dulu. Proses pembelajaran bukan satu proses yang mudah. Bagi mereka yang kuat berusaha maka apa yang diperolehi sepatutnya setimpal dengan usaha yang disemai. Dalam mengharungi proses ini, penyesuaian diri juga penting dan harus diambilkira kerana tanpa penyesuaian diri, peratusan kejayaan kita mungkin terjejas.

Kenapa saya kata begitu, sebab manusia ni rambut je sama hitam tapi hati lain-lain. Kalau satu perbuatan yang kita buat kita anggap baik, namun kalau ada 5 orang lain yang melihat perbuatan kita, jadi akan ada 5 lagi pendapat yang berbeza. Dalam situasi ini kita mesti pandai menyesuaikan diri supaya 5 orang lagi turut mempunyai pendapat yang sama macam kita dan dapat menerimanya dengan baik.

Keadaan ini sama juga situasinya apabila kita berada di tempat asing. Maksudnya tempat yang baru bagi kita yang mana orang sekeliling mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap kita. Untuk kita diterima dalam kelompok baru ni, kita seharusnya tahu cara untuk menyesuaikan diri. Ada pelbagai cara, mungkin pada pertama kali orang tidak akan memandang dan mengenali kita, tetapi apabila kita telah buktikan bahawa kita mampu bersaing dan memberikan yang terbaik, maka di sini kita akan merubah pandangan orang terhadap kita.

Soal diskriminasi dan sebagainya bagi saya merupakan satu persoalan atau alasan yang kita buat apabila terasa diri ditindas. Seharusnya kita berfikiran lebih terbuka dan jangan terlalu memikirkan apa yang orang kata atau fikirkan. Pada permulaan memang susah tetapi kalau kita sanggup berusaha dan kuatkan semangat, Insya Allah secara perlahan-lahan perkara ini akan dapat diatasi.

Kepada mereka yang berada dalam golongan majoriti juga jangan memandang rendah terhadap mereka yang minoriti. Apabila berada dalam kelompok yang sama, seharusnya tidak wujud apa-apa perbezaan. Bagi mereka yang berusaha lebih, maka dia selayaknya mendapat ganjaran. Tapi saya tidak nafikan mana-mana tempat pun akan ada ketidakadilan. Jadi jika ini berlaku kita seharusnya bertindak dengan bijak untuk mengatasinya. Banyak saluran dan jalan untuk kita utarakan masalah ini. Cuma kita harus memilih saluran atau jalan mana yang terbaik.

Apa yang saya cubakan utarakan di sini, walau di mana kita berada, kita seharusnya cuba menyesuaikan diri agar kita berjaya dan dihormati. Sekiranya ada salah dan silap harap maafkan.

Salam hormat dan semoga maju jaya.

Wassalam

PeRcAtUrAn..

Alhamdulillah hari ini dapat menyelesaikan beberapa perkara peribadi yang dilakukan selama 2 hari.Selanjutnya nanti akan di perkemaskan dengan lebih sempurna.

*DIBACA UNTUK MEREKA YANG FAHAM SAHAJA


Isu terkini perihal 'dalam B.S' ialah dimana saya mendapat keluhan dari beberapa orang tentang diskriminasi graduan dari ukur bangunan Perak dan graduan dari Shah Alam.Benar atau tidak saya tidak dapat mempastikan.Cumanya jika perkara ini berlaku nyatalah para pensyarah juga seperti 'kebudak-budakan' dalam membuat keputusan seakan membelakangkan integriti memajukan bangsa melayu dan bumiputra khasnya.

Persoalan atau perkara ini timbul bukanlah untuk menuding jari pada mana mana pihak kerana tiada siapa perlu di persalahkan dan apa yang lebih penting ialah memperbaiki kearah yang lebih dinamik dan progresif serta meletakkan matlamat bangsa agama dan negara.Dan bukan melakukan suatu bentuk diskriminasi sebagai contoh:-

"si A graduan diploma Perak jadi perlu buat tak tahu sangkaan pendiskriminasi itu menyangka mereka ini dimanjakan,si B pula graduan diploma perak tapi bukan jurusan ukur bangunan ini perlu ambil perhatian,si C pula graduan diploma dari shah alam(sekarang jurusan ukur bangunan diploma sudah tiada disana) jadi harus diutamakan."

Saya amat jelek dengan perangai yang diperlakukan oleh golongan pendiskriminasi ini seolah-olah mereka ini menolak graduan dari Perak atas alasan dimanjakan.Dan perkara sebegini sebenarnya adalah alasan yang kurang asasnya dan penuh dengan sifat dendam.Jadi jika sikap ini diteruskan bukankah ianya melemahkan sesuatu 'badan' itu sendiri.Tidak hairan juga kenapa suara ukur bangunan seakan membisu tahun ini.

Dan apa yang saya lihat dari pengamatan saya Pensyarah dari Perak serba sedikit banyak melakukan perobahan dari segi menggunakan media sebagai jalan memperkenalkan BS di Malaysia..suatu ketika dahulu.Bukan untuk memuji tetapi itu adalah hakikat yang perlu diterima dan dicontohi.Dan sekiranya perkara ini dilakukan barulah persaingan dalam memajukan ukur bangunan itu dicapai.

Kita lupakan diskriminasi dan soal manja itu, kita letakkan matlamat utama dalam membawa nama ukur bangunan ini setanding dengan bidang lain.Sekiranya para pensyarah tertentu mengamalkan mentaliti diskriminasi makanya ia tidak menguntungkan jurusan ukur bangunan.Atau mungkin mereka-mereka ini sekadar mahu makan gaji dan meletakkan keputusan sendiri sebagai jalan utama.

Semoga perkara yang remeh ini tidak berlanjutan sekiranya ia benar berlaku.Fikirkan bangsa agama dan negara.Jika diikutkan mereka-mereka ini berpelajaran jadi seharusnya bijak dalam menangani isu ini.


Sekarang pukul 5.26a.m sementara menunggu azan subuh terbaca artikel berikut:

Jakim putuskan peraduan SMS Celcom langgar hukum syarak


KUALA LUMPUR: Peraduan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Celcom '100 Hari 100 Kereta' diisytiharkan sebagai tidak mematuhi syariah berikutan mengandungi unsur perjudian, gharar (tidak jelas) dan menggalakkan pembaziran.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, dalam satu kenyataan hari ini berkata mesyuarat khas Panel Kajian Syariah Jakim memutuskan demikian menerusi satu persidangan hari ini.

Katanya, persidangan yang khusus membincangkan isu pertandingan itu sebulat suara menasihatkan agar pihak syarikat telekomunikasi berkenaan menyediakan konsep peraduan baru yang selari dengan tuntutan syarak.

Peraduan SMS itu menjadi isu apabila Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 5 Jun lalu menyatakan peraduan tersebut haram disertai kerana mengandungi unsur perjudian.

Katanya peraduan itu disifatkan sebagai judi kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan sebagaimana judi nombor ekor.

“Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruhan, dan pertaruhan adalah satu perjudian,” katanya. - Bernama

Ulasan :

Sekiranya sudah terbukti perkara ini haram, maka Pihak Celcom wajib membayar ganti rugi kepada semua pelanggan Muslim yang menyertai peraduan tersebut, kerana ianya menimbulkan kekeliruan.Juga pihak Celcom perlu menarik semula hadiah yang diberikan kepada pelanggan.
Jika tiada tindakan daripada pelanggan muslim yang mengambil tindakan undang-undang makanya bolehlah dikatakan mereka bersikap ''tak pa..''

Beginilah jadinya bila islam hadhari memerintah...fikir-fikirkan.


Penambahbaikan dalam jurusan Ukur Bangunan

Salam,

Saya ingin memberi pandangan berbentuk cadangan supaya penambahbaikkan dalam jurusan Ukur bangunan di IPT tempatan untuk diwujudkan sub topik "psikologi: jurukur bangunan di industri pembinaan dan masyarakat"

Sub topik ini jika dipercambahkan ideanya dalam diskusi ilmiah maka ia akan memberi kesan kepada bakal graduan Ukur Bangunan dalam berhadapan dengan dunia pembinaan di Malaysia khasnya.

Saya membayangkan sub topik ini sangat menarik dan amat membantu graduan ukur bangunan dan secara langsung memberi kepada penekanan "independent".Hari ini kita tahu bahawa dalam industri pembinaan sangat tidak menentu dan hanya syarikat besar atau yang survive sahaja akan berada dalam industri pembinaan.

Dan untuk bakal graduan menghadapi ini semua maka perlunya di beri ilmu psikologi untuk graduan ukur bangunan dapat bersaing didalam dunia pembinaan ini.Kita sedar suara ukur bangunan di ISM mahupun di Malaysia ini amat kecil jadi makanya adalah lebih baik menumpukan usaha dalam memantap dan menambahbaikkan ilmu ukur bangunan dan melahirkan graduan yang serba boleh dan berani bersuara dalam bidang pembinaan ini.

Secara langsung bidang ukur bangunan ini di bangunkan selaras dengan aktiviti pembinaan di Malaysia dan bukan hanya merujuk pada ukur bangunan di United Kingdom.Jadi pentingnya adalah kitalah yang memberi perobahan dan kesesuaiannya di Malaysia.Kita boleh menerima ilmu yang dianjurkan cumanya harus disesuaikan,itu lebih penting.

Sekiranya pihak tertentu hanya mendiskusikan perihal ukur bangunan seperti jaguh kampung sahaja tetapi tiada perlaksanaan secara total maka ianya ibarat seperti batuk di tangga. Saya bercakap menerusi pengalaman dan apa yang saya lihat sebelum ini.

Bersambung...

Dia dah mula mengarut...

Tidak berniat susahkan rakyat - PM

17/06/2008 8:16pm

KOTA KINABALU 17 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak sesekali berniat untuk menyusahkan rakyat dengan menaikkan harga petrol dan diesel sehingga menyebabkan kehidupan mereka menjadi lebih sukar dan tertekan.

Perdana Menteri berkata, keputusan menaikkan harga bahan api itu sebenarnya adalah satu tindakan paling sukar terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan projek-projek pembangunan rakyat dapat terus dilaksanakan. - Utusan.


Ulasan

Tertarik untuk saya mengulas apa yang diperkatakan oleh 'Pack' Lah ini.Dimana kata beliau berbunyi "kerajaan tidak sesekali berniat untuk menyusahkan rakyat",sungguh lucu kenyataan yang dikeluarkan.Jika Pack lah ini tidak berniat buat apa nak naikkan harga minyak.Desakan atau mungkin orang orang berkepentinganlah yang menyebabkan "niat" untuk menaikkan minyak itu dilaksanakan. Sangat melucukan jika kenyataan ini di ketahui umum. Adakah beliau masih waras?atau pura-pura tidak tahu bahawa rakyat sedang dalam kesusahan kerana impak kenaikan minyak?

Pack Lah Hadhari ini jika mengikut 'standard akal manusia' mungkin memahami jika kenaikan minyak ini dilaksanakan maka kehidupan rakyat menjadi lebih sukar dan tertekan. Jadi sangatlah mengejutkan jika Pack Lah mengatakan Kerajaan tidak berniat untuk susahkan rakyat.Persoalan timbul, siapakah yang menerajui Malaysia ketika ini?Bukankah beliau yang memimpin Malaysia ketika ini...jadi kata katanya merujuk kerajaan itu sebenarnya ialah kepada beliau sendiri.

Kata Pack Lah seterusnya ialah "keputusan menaikkan harga bahan api itu sebenarnya adalah satu tindakan paling sukar terpaksa dilakukan kerajaan bagi memastikan projek-projek pembangunan rakyat dapat terus dilaksanakan." Kenyataan yang kedua ini sebenarnya adalah kurang munasabah,ini kerana kenaikan harga minyak dinaikkan terlampau tinggi, jika dinaikkan sekitar 0.05sen ke 0.10sen mungkin tidak memberi tekanan pada rakyat tetapi naik terus kepada o.78 sen. Jadi Pack lah ini sedang mengarut dalam tindakannya.

Persoalan juga timbul dimana projek-projek pembangunan rakyat yang diperkatakannya?Masih belum kelihatan..Lihat sahaja projek jambatan bengkok kenapa pula dibatalkan?hehe Pack Lah sudahlah. Mungkin cakap anda ini boleh diterima oleh pakcik2 di kedai kopi,atau untuk menyedapkan hati orang-orang kampung.Tetapi belum tentu untuk generasi ke2 di Malaysia yang sedia maklum kebanyakannya berpelajaran dan berpendidikan.

Apakah beliau sedaya upaya mengaut apa sahaja keuntungan di Malaysia ini??? Sedarlah Pack Lah anda hanyalah pemimpin gred paling bawah di Malaysia ini. Semoga beliau sedar atau tidak sedar-sedar dalam memimpin Malaysia yang sedang dicelarukan oleh kepimpinan Islam Hadharinya sendiri...

SYAMBRAVE







Minyak naik.... kemudian kononya bayar rebet tunai melalui POS Malaysia. Tahu tak setiap rebet tunai yang dibayar melalui POS Malaysia dikenakan caj perkhidmatan ? Tahu tak POS Malaysia perkhidmatan milik negara yang telah diswastakan dan baru baru ini sahamnya telah dimiliki oleh sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan menantu PM sedang menikmati keuntungan hasil dari pada mekanisma pembayaran subsidi baru ini...?
Tahukah anda, setiap plan yg diperkenalkan oleh Pak Lah mesti ada motif rasuah atau salahguna kuasa. CONTOH untuk kenaikan harga minyak ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah syarikat berkepentingan menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4. Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada menantu
Kenyataan che'GuBard penuh ada dalam Suara Keadilan yang akan terbit. (pagi tadi temuramah melalui telefon oleh Zul wartawan SK)
sama juga dengan kenaikan lalu sebanyak RM0.30. Kononya selamatkan RM 4.4 billion atas nama untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam. Wang subsidi yang diselamatkan itu sudahpun habis tetapi adakah pengangkutan awam negara meningkat ? Siapa untung... buat badan bas Scomi dapat ...servis gerabak keretapi scomi dapat.... monorail scomi dapat......
di bawah diperturunkan sebahagian kecil pendedahan berkaitannya...sila klik untuk baca lanjut
Lepas ini akan wujud pula SCOMI Food untuk dapat kontrak beli beras sesuai dengan penjimatan subsidi untuk tabung makanan negara.

CHEGUBARD

PM cuba memperbodohkan rakyat dengan cadangan pelik

Saidah Hairan
Sat | Jun 14, 08 | 5:09:19 pm MYT

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar pelik dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum lalu

Beliau mempersoalkan apakah PM masih tidak faham atau sengaja 'buat-buat tidak faham' dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan Persekutuan.

Cadangan PM itu jelas cuba memperbodohkan rakyat khususnya bagi mereka yang tidak faham dengan Perlembagaan kerajaan negeri dan Persekutuan.

"Abdullah sudah tentu faham untuk menurunkan harga minyak, gas, tol dan sebagainya merupakan kuasa kerajaan Pusat. Kenapa pula beliau hendak mencabar lima buah negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan minyak terlebih dahulu," tegasnya.

Mahfuz merupakan ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan, jika PM mahu lima kerajaan negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga minyak apakah beliau bersedia memberikan hak atau kuasa kepada kerajaan Pakatan Rakyat memungut cukai pendapatan.

Katanya, jika kerajaan negeri boleh turunkan harga minyak itu bermakna kerajaan itu mempunyai hak untuk memungut cukai pendapatan.

Menurut beliau, hujah PM hanya mahu mempengaruhi orang kampung seolah-olah PAS hanya pandai berjanji sedangkan jika diteliti janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak jika dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Jika Abdullah mahu kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janji menurunkan harga minyak katanya, PM perlu letak jawatan dan beri peluang kepada PAS untuk memerintah.

"Insya-Allah PAS bukan saja boleh menurunkan harga minyak bahkan mampu menjana pertambahan pendapatan kepada negara dalam suasana berlakunya kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa," tegasnya.

Sehubungan itu beliau menggesa rakyat supaya tidak boleh membiarkan diri mereka terus diperbodohkan oleh kerajaan BN khususnya PM dan Timbalannya berhubung isu kenaikan harga minyak.

Ini kerana katanya, alasan yang dicadangkan oleh PM seperti membayar gaji kakitangan awam dua kali sebulan tidak boleh diterima dan jelas tidak masuk akal.

Tambah beliau, rakyat perlu bersatu melakukan satu tuntutan yang kuat bagi memastikan harga minyak petrol dan diesel diturunkan segera.

"Membayar gaji sebulan dua kali merupakan satu kaedah yang melucukan. Saya minta PM tunjukkan kaedah gaji yang dibayar dua kali sebulan boleh mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat," soalnya.

Merujuk dua cadangan PM lima kerajaan Pakatan Rakyat perlu mendahului menurunkan harga minyak dan pembayaran gaji dua kali sebulan katanya, "Apakah PM memberi cadangan tersebut selepas bermimpi atau bangun daripada tidur." - mks.

;;