Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Pak "LAH" dan Sukahati"LAH"

Salam sejahtera...

Situasi Malaysia sekarang ini seperti sandiwara yang dibuat2 supaya rakyat bertenang.Namun situasi yang sebenar itu tidak mampu di tutup kerana terdapat saluran tertentu untuk rakyat mengetahui situasi yang sebenar Malaysia.Dengan kelemahan Pak lah mentadbir ini maka media dibawah pak lah cuba sedaya upaya memberi imej baik berkaitan kepimpinan pak lah.

Lihat sahaja rebat tunai yang diberikan sebenarnya itu hanya memberi kesan motivasi sahaja kepada rakyat bagi melupakan harga minyak yang telah dinaikkan.Hehe betul memang betul politik sangat baik untuk sesiapa yang bijak menjadi tuannya.Terbaru dari Tengku Razaleigh(ku li) mengatakan akan ada sebuah parti komponen BN akan keluar parti hujung bulan ini juga menampakkan bahawa Pak Lah merupakan ikon pemimpin lemah dalam sejarah Malaysia dalam mentadbir.

Pak lah masih ragu-ragu tentang peralihan kuasa yang ingin diberikan kepada Najib. Jadi bagaimanakah survival Pak Lah ini sehingga keretakan itu terus menular di semua penjuru Malaysia. Atau Pak Lah hanya menunggu sesuatu yang ajaib berlaku???

Pendek kata beginilah kronologi Pak Lah :-

Pak lah bila nak letak jawatan
Suka hatilah

Pak lah u tau tak rakyat mederita
Ntah suka hatilah

Pak lah u ni tak tau ke pasal ekonomi
Hati2 jer lah

Pak lah mcm mana dengan islam hadhari
hadhari kan jer lah

Pak lah kenapa harga minyak naik mendadak?
dapat ilham lah

Pak Lah sampai bila nak jadi PM
sampai rakyat kata saya baguslah

Pak lah kan dah kalah pilihanraya?
tak lah,kita menang lah

Betul ke?
Yer lah

Pasti ke?
Pantang dicabarlah

Macam mana dengan melayu?
saya pun melayu lah

Tak bersalah ke?
sudah lah...

Kenapa pulak?
kita bekerja bersama rakyat lah

Bila nak maju jika begini?
berjimat lah..

Apa ni?
u dont understand lah

Harga beras naik ada komen?
makan benda lain lah..


Pergi Berambuslah!!!letak laaa jawatan!!!
nanti saya fikirkan..saya menanglah


-SYAMBRAVE-

Takziah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak web blog mengucapkan takziah kepada Saudari Aiza Aizam dan keluarga berikutan pemergian ayah beliau ke rahmatullah di Hospital Selayang pada hari ini. Jenazah sedang dalam perjalanan untuk dikebumikan di Tanjung Malim,Perak. Semoga arwah selamat di bawah rahmat Allah s.w.t

Saudari Aiza merupakan kenalan saya dan merupakan graduan dalam bidang guaman di UiTM, Shah Alam.

Selamat Datang New Straits Times


sila klik pada gambarajah untuk lebih jelas

Istilah...Undur Mahathir Negara Ok


adoii..ngantuknyer dia...



Salam sejahtera

Istilah "UNDUR MAHATHIR NEGARA OK" atau UMNO sebenarnya hanya petaka yang melanda kepada seluruh rakyat Malaysia.Istilah itu mungkin timbul dari pihak pembangkang yang mengandaikan bahawa dengan ketiadaan Tun(Dr. Mahathir)dalam pentadbiran negara maka Malaysia akan bertambah baik dari segi semua aspek.

Pun begitu istilah itu sebenarnya tidaklah begitu tepat dimana kini dibawah pimpinan Pak Lah Hadhari, rakyat Malaysia dibebani dengan kenaikan harga barang keperluan seperti makanan dan minyak.Jadi disini dapat dilihat sejauh mana istilah itu menipu rakyat atau sebenarnya hanya mempropagandakan kestabilan ekonomi yang dijana dengan kebijaksanaan Tun.

Pak Lah Hadhari ini sebenarnya lupa atau sesuai dinobatkan Pemimpin Melayu Yang Lupa sekiranya kenaikan harga barang keperluan terus meningkat maka rakyat akan terus tertekan dan jenayah akan meningkat.Mengapa saya mengatakan demikian ini kerana kesan psikologi yang mendesak rakyat untuk melakukan perkara yang diluar jangkaan.

Pak lah Hadhari yang lupa ini mungkin terlupa bahawa taraf kemiskinan di Malaysia masih banyak.Seandainya peningkatan harga barang keperluan terus menekan apakah ianya tidak memberi kesan kepada golongan miskin???Bayangkan sekiranya golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah kenaikan harga barang keperluan ini?Bagaimanakah logiknya pemikiran Pak Lah yang mengatakan perlu berjimat ini tepat pada golongan berpendapatan rendah dan miskin?

Atau Pak Lah merasakan bahawa rakyat Malaysia sekarang ini semuanya berpendapatan kelas pertengahan?Jika begitu Pak lah sudah tersasar pada amanat rakyat yang mahukan kestabilan ekonomi.Nah ada lagi isu, pada media cetak semalam ada menulis terdapat restoran menjual makanan dengan harga murah serendah RM 2 di Kedah.

Mungkin pada pandangan saya,penulis media cetak tersebut cuba mengalihkan perhatian.Pertamanya kenapa perlu membuat liputan tersebut dan tentang harga makanan rendah di Kedah? Kenapa tidak dibuat di bandar bandar utama seperti di Kuala Lumpur?Mungkin beliau harus memberi pendedahan harga makanan di sekitar bandar-bandar utama.Itu lebih adil.

Mungkin juga jika penulis itu boleh memindahkan semua pengusaha restoran yang menjual makanan dengan harga RM2 itu di setiap bandar-bandar utama di Malaysia.Dengan itu barulah boleh mengatakan harga makanan masih rendah.Mungkin perlu juga saya mengatakan bahawa Malaysia sekarang ini sedang mengalami transformasi kepada golongan yang berpendidikan.Jadi penulis dari media cetak tersebut harus bijak dalam merencanakan penulisan beliau.

Rakyat Malaysia kian matang dan berpendidikan buktinya sila lihat keputusan pilihanraya umum ke 12 dimana rakyat sudah mula bersuara..Semoga Pak Lah sedar perkara ini dan bertindak segera untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.Kelemahan pimpinan Pak Lah amat jelas tersangat jelas.

-joharibrave-

ANNOUNCEMENT...

Salam...anyone can contact razi and ask him to buy newspaper today (12/06/2008) cause there is a news that can help him with his thesis proposal about the fire safety (grill)...i forgot to bring my hp to the office today and i can't inform him directly...tq

Pak Lah disaran stabilkan GEJALA SOSIAL REMAJA




Harga minyak naik semua akan merasa kesannya memandangkan minyak merupakan suatu keperluan.Oleh yang demikian isu harga minyak harus sama dilihat pada Gejala Sosial Remaja di Malaysia.

Sebagai Perdana Menteri 'islam Hadhari' amatlah wajar Pak lah membuka mata dan kreatif dalam menangani isu Gejala sosial remaja di Malaysia.Jika difikir dalam konteks masa hadapan,saya merasakan menyelamatkan generasi Malaysia adalah lebih penting dari menaikkan harga minyak.

Saya merasakan Pak lah sedang dalam ketumpulan idea kreatif dalam melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri.Saya sebagai salah seorang dari Pengundi Pilihanraya umum lalu sangat terkejut dengan tindakan Pak lah yang kian celaru dan bertindak mengikut keadaan semasa semata-mata dan tidak bijak dalam mengendalikan masalah,seakan bertuankan masalah.

Paling memusykilkan saya,pada masa sekarang banyak liputan mengenai Scomi dan anak-anak syarikatnya.Jadi berbalik pada isu yang ingin di utarakan saya berharap 'Perdana Menteri Islam Hadhari' ini mempopularkan isu gejala sosial remaja di Malaysia ini.

Pentingnya perkara ini dibawa ketengah ialah kerana generasi muda adalah pemimpin akan datang dan oleh kerana itu Pak lah harus sedar perkara ini dan harus bertindak dengan kebijakan akal dan bukan semata-mata mengaut keuntungan.

Sejarah pernah mengajar kita bahawa banyak kuasa-kuasa besar dunia jatuh dek kerana masalah akhlak.Jadi Pak lah harus memainkan isu menstabilkan akhlak sosial di Malaysia ini.Perkara ini sebenarnya harus segera dilakukan perobahan kerana suatu ketika dahulu terdapat menteri yang tersebar 'skandal video klip seks' dan ini merupakan petanda bahawa gejala sosial di Malaysia amat parah.

Kita harus sedar sebelum terlambat, jangan pada suatu hari nanti generasi kita Islam hanya pada nama sahaja.Semoga Pak lah sedar dari tidur dan syok sendiri dalam memimpin Malaysia.Jika Pak lah tidak mengundurkan diri maka akan rosaklah Malaysia.Pak Lah tidak berfikir secara rasional dan seakan memilih untuk mengikut rentak ekonomi dunia sedangkan mengenepikan untuk memperkasakan ekonomi tanahair.

Ingat Pak Lah STABILKAN GEJALA SOSIAL REMAJA,DEWASA di MALAYSIA.Sekiranya pak lah tidak mampu silakan letak jawatan dengan segera.Anda sangat lemah dan tidak berupaya,jangan memalukan orang Melayu.Anda hanya melemahkan kekuatan melayu dan menghancurkan melayu.

-Pemikiran Joharibrave-
(bukan s/u sulit pada mana2 menteri atau timb. menteri){hehehe}
(rakyat Malaysia berketurunan Melayu)
(meminjam 'akal geliga bijak' pemberian ehsan Pencipta)



Model pencakar langit dapat tarikan ramai






NEW YORK 11 Jun - Model bangunan pencakar langit berkilauan setinggi tujuh tingkat yang dibina dari cantuman sejuta kepingan set barangan mainan berjaya menarik perhatian pejalan kaki di New York semalam.

"Bangunan" daripada set barangan mainan dengan berat keseluruhan 7,250 kilogram itu adalah "interpretasi puitis" kepada Bangunan 30 Rock di Rockefeller Center dan merupakan projek terbaru oleh seorang artis Amerika Syarikat (AS), Chris Burden.

Burden menjelaskan, model bangunan itu dibina daripada cantuman set barangan mainan keluli tahan karat Erector, replika kepada set barangan mainan yang dicipta oleh A.C. Gilbert pada 1912.

"Gilbert mendapat inspirasi dari Bangunan 30 Rock untuk mencipta set barangan mainan tersebut dan saya pula menggunakan set barangan mainan ini untuk membina "bangunan" itu.

"Ia adalah interpretasi puitis Bangunan 30 Rock, bukan modelnya. Ia merujuk kepada semua bangunan pencakar langit di Manhattan," kata Burden, sambil berdiri di sebelah menara buatan yang mencapai ketinggian 20 meter.

Projek melibatkan 20 hingga 30 orang itu dimulakan sejak penghujung tahun 2006 di Los Angeles dan dibawa mengelilingi AS dalam dua bahagian.

Pameran yang diberi judul "Apa yang bapa saya hadiahkan..." itu akan dipertontonkan kepada orang ramai sehingga 19 Julai ini di Rockefeller Center.

- Reuters

Naik lagi...sungguh menyedihkan kerajaan Pak lah

DBKL naikkan kadar letak kereta pusat bandar mulai Isnin

KUALA LUMPUR: Warga kota berhadapan dengan kenaikan caj tempat letak kereta sehingga hampir 35 peratus berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Sistem Letak Kereta Eletronik (SLKE) berkuat kuasa Isnin ini, kata Datuk Bandar, Datuk Ab Hakim Borhan, hari ini.

Beliau melalui sistem itu pemilik kenderaan dikehendaki membayar caj 80 sen sejam bagi setiap petak letak kereta di pusat bandar berbanding hanya 60 sen sekarang.

"Bagaimanapun kadar letak kereta di luar pusat bandar (pinggir bandar) dikurangkan 10 sen kepada 50 sen sejam," katanya kepada pemberita semasa Program Datuk Bandar Bersama Media di DBKL, di sini.

Caj sekarang adalah satu kadar sahaja iaitu 60 sen sejam bagi pusat bandar dan luar pusat bandar.

Ab Hakim berkata selain itu DBKL juga mengumumkan lanjutan tempoh masa bayaran letak kereta bermula 7.30 pagi hingga ke 10 malam sepanjang tujuh hari seminggu, berbanding sekarang 8 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Sabtu, kecuali Ahad dan cuti umum. - Bernama

Sudah laaa Pak Lah sila berambus dari Malaysia


Dipetik dari web Tun Dr Mahathir


Yang Berhormat Dato’ Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) telah bertanya dalam Dewan Rakyat berkenaan 1000 lebih bas milik Rapid KL yang tersadai dan tidak diguna.

Bas-bas ini dikatakan asalnya milik Intrakota dan City Liner yang telah diambilalih oleh Rapid KL yang dipercayai adalah milik Khazanah. Bas-bas ini masih boleh diguna atau boleh diperbaiki dan dijual oleh Rapid KL.

Tetapi Rapid KL tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat balik sedikit pun daripada kos pembelian syarikat-syarikat ini.

Kenapa?

Apakah Rapid KL begitu untung dan boleh tanggung rugi yang tidak kecil daripada menjadikan bas-bas yang dibeli olehnya sebagai besi buruk?

Rapid KL terkenal dengan jumlah besar bas baru yang dimilikinya. Umum tahu yang bas-bas ini kerap kosong. Oleh kerana ia adalah GLC dan melibatkan wang rakyat sepatutnya untung-ruginya diumumkan kepada orang ramai. Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung besarkah RapidKL dan Khazanah?

Kita bangga dengan design bas-bas yang dimiliki oleh Rapid KL. Ia amat moden. Saya ingin tahu siapakah yang membekal bas-bas ini. Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh Rapid KL. Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada pembekal tertentu? Jika ya, nampaknya Rapid KL diadakan untuk menguntungkan pembekal. Apakah adanya Rapid-Penang juga tidak mempunyai tujuan yang sama?

Apakah benar pembekal bas Rapid KL dan Rapid Penang ialah M-Trans yang dimiliki 100% oleh Scomi yang dimiliki oleh sipolan-sipolan yang mempunyai talian kekeluargaan dengan pemimpin besar negara?

Katanya pesanan untuk bas baru oleh Rapid KL adalah begitu banyak sehingga Scomi tidak dapat membinanya. Oleh itu Scomi dibenar import bas dari China. Apakah harga import dan harga jualan kepada Rapid KL? Apakah syarikat lain dibenar import bas baru dari luar negeri? Apakah duti import yang dibayar?

Disiarkan gambar-gambar Scomi Coach Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Sdn Bhd) yang berada di tempat yang sama dengan Scomi Rail Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Technology Sdn Bhd)



Penceroboh boleh ditembak
Bas-bas Rapid KL yang tersadai

Bas-bas baru Rapid KL yang sedang dibina di kilang Scomi

Kita juga dengar khabar angin bahawa Scomi juga dapat kontrak membekal unit-unit monorel untuk projek monorel di Pulau Pinang. Sekali lagi Scomi hanya akan membekal unit monorel sahaja dan tidak akan terlibat dengan pembangunan dan pengurusan sistem monorel di Pulau Pinang. Umum tahu pembangunan dan pengurusan tidak memberi keuntungan. Menjual unit monorel tetap untung terutama jika tidak ada tender atau tender di buat dengan spesifikasi yang hanya jenis unit monorel Scomi sahaja yang boleh menepatinya.

(Disiarkan dibawah gambar yang menunjuk rel untuk percubaan unit monorel yang terdapat di kilang Scomi Rail Bhd)

Rel untuk test unit. Dibelakang terlihat satu unit monorel di atas test-rail


Papan kenyataan Scomi Coach Sdn Bhd dan Scomi Rail Bhd

Pengumuman

;;