Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

EN Md Yusof Bertindak!!!


Sumber dari Berita Harian 29.MEI.2007
Senggaraan Bangunan Tak Boleh Dikompromi
Oleh Md Yusof Hamid

KELUHAN dan kekecewaan Perdana Menteri berkaitan pengurusan penyelenggaraan bangunan kerajaan yang disiarkan oleh akhbar menarik perhatian saya yang melanjutkan pengajian pada peringkat Doktor Falsafah (bidang penyelenggaraan bangunan) di Universiti of Salford, United Kingdom.
Walaupun jauh dari tanah air, saya dapat berasakan keluh kesah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai isu penyelenggaraan bangunan kerajaan di negara kita. Isu ini bukanlah isu baru, malah isu yang berlarutan sejak kejadian runtuhan bangunan kondominium Highland Towers, struktur bumbung runtuh di Pularek dan beberapa kejadian lain yang membimbangkan kita.Kita sudah sepatutnya belajar daripada semua kejadian ini dan berusaha membaiki mutu bangunan. Aspek penyenggaraan bangunan perlu dititikberatkan sebelum bangunan dibina lagi, malah pada peringkat reka bentuk perlu ada pandangan dan penyertaan pihak profesional seperti juruukur bangunan yang bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara bangunan selepas siap.Proses ini menjadi amalan di negara maju, yang penyenggaraan di bawah pengurusan fasiliti diberi penekanan yang lebih sebelum bangunan dibina. Aspek pemantauan diteruskan lagi ketika proses pembinaan bagi memastikan kontraktor mematuhi spesifikasi bangunan yang ditetapkan oleh arkitek. Segala percanggahan dengan spesifikasi yang ditetapkan perlu diperbetulkan tanpa kompromi bagi menjamin kualiti bangunan yang dibina. Pembabitan pengurusan kemudahan ini berterusan lagi selepas bangunan dibina dan pihak yang bertanggungjawab memastikan bangunan diselenggara dengan sempurna. Aspek lain yang diberi penekanan dalam pengurusan fasiliti ini ialah pengurusan yang memastikan kelangsungan kehendak pengguna bangunan dengan objektif organisasi. Sebagai contoh, jika bangunan mengalami masalah seperti kejadian bumbung runtuh di pejabat kerajaan tempoh hari, maka ia akan menjejaskan perkhidmatan dan urusan organisasi pada masa berkenaan. Kerugian yang ditanggung, tempoh perkhidmatan yang tergendala kepada pelanggan dan imej organisasi akan terjejas akibat masalah ini. Bagi swasta, ia membabitkan kerugian yang lebih ketara kerana mempunyai kaitan dengan perniagaan dan pelaburan, malah akan membolehkan syarikat ditutup jika masalah ini tidak ditangani lebih awal. Profesion yang berkaitan dengan pengurusan fasiliti dan bidang penyelenggaraan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang. Pelaksanaan skim perkhidmatan juruukur bangunan di dalam perkhidmatan kerajaan perlu dipertingkatkan lagi. Buat masa ini beberapa organisasi mempunyai skim perkhidmatan ini seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beberapa organisasi lain di pihak swasta. Sudah sampai masa negara kita mengorak langkah seperti Singapura yang mempunyai perkhidmatan juruukur bangunan dan pengurusan fasiliti yang setaraf dengan negara maju seperti di Hong Kong, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Pemeriksaan bangunan yang dicadangkan dan diwajibkan bagi semua bangunan kerajaan adalah wajar dan ia harus dilaksanakan secara berkala, misalnya setiap tiga atau lima tahun sekali bagi memastikan keadaan bangunan berada di dalam keadaan baik dan yang penting menjamin keselamatan penghuni bangunan. Pemeriksaan keadaan bangunan diperlukan bagi mengukur keadaan bangunan bagi maksud kerja pembaikan dan perancangan kerja penyenggaraan pada masa akan datang. Pemeriksaan keadaan bangunan adalah salah satu prasyarat dalam penyediaan sistem penyenggaraan bangunan secara terancang. Perkara ini mula diberi perhatian oleh negara di Eropah Selatan yang manfaat daripada sistem penyenggaraan sistematik mula diakui dan dilaksanakan oleh kerajaan dan galakan diberikan bagi penubuhan institusi profesional bertujuan mengkaji perkara ini.Aspek pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan bangunan ini perlu difahami dan dipertingkatkan lagi selaras dengan arahan Perdana Menteri yang mahukan bangunan diselenggara dengan sempurna bagi menjamin aset negara pada masa depan.

BERGABUNG DALAM YAHOOGROUPS

Untuk memudahkan lagi pengunjung web blog maka pihak web blog telah membina satu lagi kemudahan untuk pengunjung atau ahli ukur bangunan mendapat isu-isu semasa perihal ukur bangunan,aktiviti,dan informasi yang berkaitan ukur bangunan.
**Sila tinggalkan email yahoo anda di ruang comments bagi memudahkan gabungan dilakukan dengan kadar segera.Segala informasi kini sudah pasti dapat dikongsi melalui gabungan yahoogroups ini.terima kasih.


Congratulations!
Your Group buildingsurvey has been created. You can access your group using the link below or from the Yahoo! Groups "My Groups" page.
Group name:

buildingsurvey
Group home page:

http://groups.yahoo.com/group/buildingsurvey
Group email:

buildingsurvey@yahoogroups.com
Copyright © 2007 Yahoo! Inc. All rights reserved.

PENGUMUMAN PENTING

Salam Sejahtera.

Pihak WEB BLOG UKUR BANGUNAN menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Author/Penulis di blog ini. Dengan lantikan tersebut,individu boleh menulis perihal ukur bangunan bagi memantapkan bidang ukur bangunan secara langsung membina fasa baru dalam 'PERJUANGAN UKUR BANGUNAN' agar lebih dikenali.
Usaha yang demikian sememangnya kecil namun itulah yang terdaya untuk masa ini. Mereka yang berkemahiran serta mempunyai pengalaman boleh bersama-sama menyumbang dari segi informasi dan perkara baru dalam ukur bangunan didalam web blog ini.
Sumbangan penulisan dan artikel amatlah digalakkan didalam web blog ini. Mereka yang ingin menjadi author di web blog ini adalah secara sukarela dan tiada paksaan.Dengan pengorbanan tersebut memberi suatu lagi pembaharuan dalam ukur bangunan.Jadi marilah kita bersama-sama MARA dalam perjuangan ini.Sekian.

Mereka yang berminat haruslah mempunyai :

  1. Email dari 'GMAIL.com'
  2. Menghantar application ke buildingsurvey@gmail.com
  3. Sertakan biodata ringkas anda sebagai rujukan
  4. Nyatakan bidang kemahiran anda

**Pihak web blog ukur bangunan akan menghantar pelawaan melalui email gmail anda.Individu yang berkemahiran dalam ukur bangunan amatlah digalakkan.

;;