Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

JURUKUR BANGUNAN


SALAM SEJAHTERA KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI IDEA UNTUK REUNION SILA BERIKAN PANDANGAN ANDA..TERIMA KASIH

Usik-usik

salam sejahtera pada warga jurukur bangunan.Untuk sebagai tatapan anda boleh lihat member kita,tak percaya seh.....hehehe mungkin yang tidak faham akan terus tidak faham.Bagi yang memahami maksud ini maka akan fahamlah.Cayalah bie dan sorang awek rohayu kot nama dia.aku terkizut.All da Best!!!

ntahlaa...labu.

Siling Hospital Sultan Abdul Halim bocor lagi

SUNGAI PETANI 23 Julai - Kafetaria Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini bocor lagi hari ini dan kebocoran siling kali kelima itu disebabkan oleh limpahan air sisa kumbahan berikutan paip tersumbat.

Pengarah HSAH, Dr. Hariff Fadzilah Che Hashim berkata, siasatan awal mendapati kejadian paip tersumbat itu adalah disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab orang ramai yang membuang tuala wanita dan lampin pakai buang ke dalam mangkuk tandas.

“Kami dapati tuala wanita dan lampin pakai buang tersumbat di bahagian paip tandas dan memyebabkan berlaku kebocoran.

“Kita amat kesal dengan sikap seperti ini yang boleh menyusahkan orang ramai terutama bila berada di kawasan terbabit,” katanya kepada pemberita di sini.

Dr. Hariff Fadzilah berkata, berikutan kejadian itu, kafetaria hospital terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

Bangunan hospital berkenaan masih berada dalam tanggungjawab kontraktor utama, TH Universal Builders Sdn. Bhd. (THUB) dan Bina Darul Aman Berhad (BDAB) sehingga Ogos tahun depan.

HSAH yang beroperasi sejak Disember lepas dibina dengan harga RM468 juta, tetapi bangunan itu sering dilapor mengalami masalah kebocoran. - Bernama

LCCT 'tambang murah'


Go to fullsize image


LCCT baru RM1.7b di KLIA siap 2010

SUMBER DARI BERITA HARIAN
Oleh Abdul Halim Yus
off

KUALA LUMPUR: Terminal baru syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) serba canggih dan selesa bernilai RM1.7 bilion akan dibina di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) bagi menggantikan LCCT sedia ada yang semakin sesak

Sumber berkata, LCCT lengkap dan menawarkan kemudahan lebih selesa kepada penumpang dan syarikat penerbangan, akan dibina di atas tapak bersebelahan kawasan meletak kereta tidak berbumbung KLIA dan dijangka siap menjelang 2010.

Pembinaan terminal baru itu adalah sebahagian daripada projek mengikut Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi mempertingkatkan prasarana fizikal di KLIA.

“Kementerian Pengangkutan sedang melakukan penilaian terperinci kertas cadangan yang dikemukakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), syarikat pengendali lapangan terbang di seluruh negara baru-baru ini, selepas mendapat restu Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan.

Sumber itu berkata, sebuah konsortium Bumiputera sudah dikenal pasti untuk melaksanakan projek itu yang dijangka bekerjasama dengan beberapa syarikat kejuruteraan dan pembinaan terkemuka tempatan termasuk UEM Group dan IJM Bhd.

Beliau berkata, LCCT baru itu akan mempunyai keupayaan mengendalikan 25 juta penumpang setahun.

“Keunikan cadangan pembinaan terminal baru ini ialah pada konsep rekaan modular yang membolehkan proses pembesaran mudah dilakukan untuk menampung 25 juta lagi penumpang jika ada keperluan pada masa depan,” katanya sambil menambah LCCT baru itu dijangka mampu menampung pesawat besar seperti Airbus A340, Airbus A380 dan A330.

“Sejajar aspirasi kerajaan untuk meliberalisasikan perkhidmatan udara mulai 2009 dan menjadikan KLIA hab penerbangan serantau, pembinaan LCCT yang lebih selesa adalah antara perkara yang perlu dilakukan,” katanya.

Sumber itu berkata, LCCT sedia ada seluas 32,590 meter serba ringkas dibina bersebelahan terminal kargo, dijangka sesak sepenuhnya menjelang hujung tahun depan.

Menjelang tempoh itu, LCCT bernilai RM108 juta itu dijangka menguruskan lebih 10 juta penumpang setahun, lebih daripada keupayaan maksimumnya.

Unjuran kendalian penumpang itu dibuat dengan menyandarkan kepada arah aliran peningkatan penumpang AirAsia dan unjuran perkembangan menggalakkan AirAsia X, syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh sekutu AirAsia yang memulakan operasi tahun ini.

Peningkatan berterusan penumpang akan menyebabkan kesesakan di terminal dan apron, menimbulkan isu keselamatan dan meningkatnya kelewatan penerbangan.

Berdasarkan arah aliran penumpang perkhidmatan LCCT sekarang, jumlah penumpang tambang murah akan mengatasi penumpang perkhidmatan penuh antara tahun 2013 dan 2025.

Selain AirAsia dan syarikat sekutunya Thai AirAsia dan AWAir, antara syarikat penerbangan tambang murah serantau lain yang sudah menggunakan LCCT ialah Cebu Pacific Airlines. Sementara rundingan dengan beberapa syarikat lain sedang berjalan.

Beliau berkata, tapak pembinaan LCCT baru itu sudah termasuk dalam pelan induk pembangunan KLIA yang dibina pada 1996 membabitkan kos RM10.5 bilion. Bagaimanapun LCCT sedia ada terpaksa dibina sebelum ini bagi menampung peningkatan mendadak penumpang perkhidmatan tambang murah AirAsia.

Terminal baru itu akan menyelesaikan pelbagai isu terutama membabitkan keselesaan penumpang kerana tapak itu bercantum dengan kompleks terminal sedia ada, memudahkan perhubungan pengangkutan bas dan ERL ke ibu kota.

;;