Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Kerajaan jamin kontraktor Kelas F tidak terjejas - Najib

Utusan Online

10/01/2009 3:18pm

KUALA TERENGGANU 10 Jan. — Kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa nasib kontraktor kelas F di seluruh negara akan terus terbela walaupun Malaysia menerima tempias krisis ekonomi dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata menerusi pakej rangsangan ekonomi dengan peruntukan sebanyak RM900 juta tahun ini, kerajaan mewujudkan projek-projek untuk kontraktor kelas F di seluruh negara.

“Kita akan pastikan negara tidak turut terjerumus dalam kemelesetan ekonomi sepertimana yang dialami kebanyakan negara termasuk di Eropah. Kita nak ada juga pertumbuhan, walaupun tak tinggi, kerana krisis yang dialami ini, kita nak sekurang-kurangnya ada pertumbuhan di negara kita,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran pengundian Projek Kecil Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) Daerah Kuala Terengganu Tahun 2009 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Najib berkata peruntukan RM900 juta itu merupakan peningkatan berbanding RM600 juta peruntukan yang diberikan kerajaan tahun lalu.

— Bernama

PENJELASAN

Salam sejahtera

Berikutan isu chat box di atas.Pengendali web ini ingin menjelaskan kepada semua pihak mengenai polisi web ini di mana di bahagian bawah web ini dengan jelas telah menulis:

PENAFIAN/PENGAKUAN Semua artikel yang tersiar dalam web ini merupakan idea dan aliran pemikiran Penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis sertai. Segala bahan dalam web ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan penulis. Penulis boleh dihubungi menerusi email buildingsurvey@gmail.com.Semua karya yang dihasilkan oleh penulis merupakan hak cipta terpelihara

Jadi pandangan yang dilemparkan dan mengaitkan sehingga ke pihak ketiga adalah kurang tepat. Apatah lagi apabila dengan nada emosi membuat kesimpulan bahawa pengendali web seolah-olah mengkhianati bidang yang pernah dipelajari dan mendapat respons berbaur ugutan. Pengendali web berharap isu ini selesai dengan menghapuskan artikel tersebut.Pengendali membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sebarang ketidakpuasan hati haruslah di jalankan secara bijaksana dan bukanlah mencari kelemahan dimana kelemahan seperti itu boleh di perbetulkan melalui musyawarah.Dan ingin ditegaskan tidak semua manusia terlepas dari kesilapan.Pengendali berharap isu ini tidak berpanjangan memandangkan masing-masing mempunyai tahap toleransi yang matang.

Terima kasih.



ENGLISH VERSION

Dear All,

The above chat box issues were referred. The webmaster would like to explain to all parties on the web policy, where stated at the bottom of the web, it was stated clearly that:

DISCLAIMER/DECLARATION: All the articles published in this website are the idea and what the Writer believes personally and maybe not inline with any union or organisation the Writer joined. All the materials in this website can be extracted by any media as the Writer’s statement and opinion. Writer can be contacted through e-mail buildingsurvey@gmail.com. All the works created by Writer was copyright protected.

Therefore, any suggestion or opinion saying that there was third party involvement was not true. Moreover, using an emotional tone making conclusion saying that the webmaster betrayed his field of study and got a response sounds like threatening was not appropriate. The webmaster hopes that this issue was settled by removing the article involved. The webmaster makes a public apology.


Any unsatisfactory must be handled wisely and not by seeking any weaknesses and use it against any person otherwise that weaknesses can be improved through discussion. Human makes mistakes. The webmaster hope this issue was not prolong as all have their own level of mature tolerance.


Thank you.

;;