Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

PENDIRIAN RASMI


KENYATAAN RASMI


Salam Sejahtera

Menjawab respond dari chatbox oleh saudara 'paih utem' berkenaan isu UiTM dan kuota 10% kepada non-bumi, serta penjelasan untuk umum; pihak website ingin menyatakan pendirian terhadap isu tersebut. Pihak kami berpendapat propaganda yang timbul itu adalah suatu 'sandiwara politik' yang dibuat/dirancang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Pihak kami juga mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan atau mencabar 'kedaulatan' UiTM serta yang termaktub dalam artikel 153.Dengan kata lain samada dari pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan(pembangkang) yang mempropagandakan isu ini haruslah diambil tindakan dengan sewajarnya.

Selain itu, kami juga amat kesal dengan media massa tempatan apabila tidak memberi ruang terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid untuk memberikan penjelasan terhadap kenyataan beliau.Dan tidak mustahil manipulasi dari media yang mengeruhkan keadaan.Disini kami ingin lampirkan seperkara yang harus dibaca khasnya kepada pelajar UiTM dan bekas pelajar UiTM:

"Kerajaan Negeri ingin menjelaskan kenyataan tersebut (isu UiTM dan 10% )adalah bukan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat ataupun Parti Keadilan Rakyat. Ianya dibuat ketika Dato' Menteri Besar Selangor menjawab soalan daripada pihak media tentang kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputra ke dalam UiTM.Ulasan tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera. Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat amat kesal ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman.Dato Menteri Besar ingin mengulangi pendirian bahawa Beliau tidak pernah bermaksud mempertikaikan hak-hak keistimewaan pelajar bumiputra dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi membantu mengangkat martabat pelajar Melayu serta bumiputra Sabah dan Serawak."
-MB Selangor-


Disamping itu juga kami amat kesal dengan tindakan segelintir pelajar uitm yang mengadakan demonstrasi di kampus serta kawasan yang disasarkan dalam menyampaikan ketidakpuasan hati secara terburu-buru.Dan dalam masa yang sama pihak kami juga berasa curiga terhadap HEP UiTM dalam menangani isu demonstrasi tersebut. Apakah tiada tindakan yang diambil?Atau ada pihak tertentu yang memberi 'green light' kepada pelajar UiTM?

Kami berharap pihak HEP UiTM mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang berdemonstrasi kerana pada pendapat kami tindakan yang di kepalai MPP telah nyata melanggar polisi peraturan pelajar UiTM. Sewajarnya juga pihak UiTM yang diterajui Prof Dr Ibrahim Abu Shah harus menyelidiki sesuatu isu dengan sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu kenyataan mahupun tindakan.

Sebelum mengakhiri kenyataan rasmi web ini, kami sekali lagi menegaskan bahawa kami mengutuk sekeras-kerasnya pada mana-mana pihak yang menjadi 'master mind' atau 'dajal-dajal' dalam mempropagandakan isu ini, serta mengharapkan agar pihak media lebih telus dalam memberikan sesuatu informasi.

Sekian terima kasih.
Syamsul Johari
Editor web





3 Comments:

  1. Anonymous said...
    Hidup UiTM!
    Leh said...
    Apa tindakan Uitm terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dengan perhimpunan haram membantah kenyataan MB Selangor YAB Tan Sri Khalid?

    Mana dia pergi AUKU 1971

    Retorik sahaja...
    Anonymous said...
    Very daring and brave to comment about this issue

Post a Comment