Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Pendapat berkaitan dengan bidang ukur bangunan


Penulis: Muhammad Ruzaini bin Ramlan

Diploma Ukur Bangunan (Pelajar),

Jabatan Ukur Bangunan,

Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur,

UiTM Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan

Sejak akhir – akhir ini kita lihat industri pembangunan terutama industri pembinaan semakin rancak membangun. Kita boleh lihat kalau di bandar – bandar besar, setiap tempat mesti ada projek pembangunan. Tidak tertinggal juga di kawasan – kawasan luar bandar yang terdapat banyak projek pembinaan telah dijalankan seperti pembinaan resort dan sebagainya. Ini menunjukkan industri pembinaan telah berkembang pesat.

Persoalannya sekarang apabila projek pembinaan yang banyak, adakah mutu di dalam semua aspek tersebut berkualiti tinggi? Perkara ini adalah satu persoalan dan isu yang sangat sensitif dan perlu dititik beratkan. Ini adalah kerana ia melibatkan semua pihak sama ada pihak kontraktor itu sendiri atau klien dan yang paling penting adalah pengguna bangunan (Building’s Occupant) itu sendiri.

Oleh sebab itulah pihak kontraktor dan kakitangan teknikal di dalam industri pembinaan perlu sedar untuk mewujudkan satu profesion yang mahir dalam menjaga kualiti sesuatu bangunan atau projek. Sudah semestinya profesion yang ada sekarang ini adalah Juruukur Bangunan (Building Surveyor). Juruukur Bangunan adalah individu atau kakitangan teknikal yang mahir di dalam aspek kualiti bangunan, kawalan bangunan, pemeriksaan bangunan, penyenggaraan bangunan dan juga penginsuranan bangunan. Ini adalah bidang tugas ukur bangunan yang meliputi semua aspek di dalam pembinaan. Pendek kata, bidang ukur bangunan terlibat secara langsung dalam sebelum pembinaan, semasa pembinaan dan juga selepas pembinaan.

Sehubungan dengan perkara di atas, saya yang juga seorang pelajar di dalam bidang ukur bangunan terfikir untuk memberi pandangan saya berkaitan dengan pengawalan kualiti bangunan. Bukan sebagai tanda protes ataupun ketidakpuashatian mengenai tanggapan orang ramai terhadap bidang ukur bangunan tetapi untuk membuka pemikiran orang ramai berkaitan dengan bidang ukur bangunan ini supaya orang ramai tahu betapa pentingnya bidang ukur bangunan ini.

Jika kita lihat sesuatu projek yang telah siap mesti terdapat kemusnahan, kerosakan ataupun kecacatan yang berlaku. Itu pada bangunan yang baru siap, apatah lagi bangunan yang lama dan sedang disiapkan. Adakah orang ramai tidak melihat perkara – perkara sebegini yang secara tidak langsung akan memudaratkan kita juga. Ini adalah yang saya katakan mutu kualiti pembinaan yang tidak mengikut standard yang ditetapkan kerana tiada profesion seperti Juruukur Bangunan dilantik untuk menguruskan perkara – perkara tersebut.

Apabila sudah berlaku sesuatu perkara, seperti keruntuhan struktur yang sedang siap dan sebagainya barulah kakitangan – kakitangan teknikal yang lain menuding jari ke arah satu sama lain padahal itu adalah tugas semua pihak yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan sesuatu perkara itu berlaku. Dalam erti kata yang lain tugas yang tidak siap selengkapnya.

Seperti yang kita lihat, runtuhan siling di hospital yang baru siap, sistem perpaipan yang pecah semasa bangunan dibina dan sebagainya telah menunjukkan dan memberi asas serta bukti dalam perlunya bidang ukur bangunan ini. Kerajaan juga telah sedar setelah beberapa kes telah berlaku. Oleh sebab tersebut, kerajaan telah menubuhkan bahagian Juruukur Bangunan di dalam Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga Pihak Berkuasa Tempatan(PBT). Dengan itu juga Akta Juruukur Bangunan telah diluluskan di parlimen. Jadi ini adalah perkembangan yang positif dalam profesion ukur bangunan untuk meneruskan usaha dalam meningkatkan lagi mutu kualiti bangunan sesuai dengan moto ukur bangunan iaitu ‘bangunan sempurna melalui kawalan bangunan berkualiti’.

Oleh yang demikian, graduan – graduan ukur bangunan yang akan menjejakkan kaki di dalam profesion ukur bangunan perlulah lebih bersemangat dalam memperjuangkan bidang ukur bangunan sebagai sebuah bidang yang berkualiti dari segi aspek pembelajaran dan juga praktikalnya.

Dalam perkara lain, apa yang saya lihat ramai pelajar ukur bangunan seperti di institusi yang saya belajar tidak lagi nampak dengan jelas berkaitan dengan bidang ukur bangunan ini. Mereka asyik memikirkan adakah bidang ini mempunyai kerjaya pada masa hadapan. Alasan ini adalah tidak lagi boleh dipakai kerana terdapatnya jawatan- jawatan pegawai ukur bangunan dan penolong pegawai ukur bangunan di Jabatan Perkhidmatan Awam. Ini bermakna setiap jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu ada jawatan pegawai ukur bangunan dan penolong pegawai ukur bangunan.

Persoalannya sekarang adalah mutu yang diberikan oleh graduan ukur bangunan untuk menjalankan kerja ukur bangunan seperti kerja pemeriksaan keadaan bangunan (condition survey) atau dengan kata lain, adakah graduan ukur bangunan mampu menjalankan kerja ukur bangunan setelah menjadi pegawai ukur bangunan atau penolong pegawai ukur bangunan. Ini adalah satu isu yang wujud di dalam bidang ukur bangunan setelah isu profesion telah hampir selesai. Menjadi tanggugjawab pelajar itu sendiri untuk menyedarkan diri mereka yang mana khidmat mereka ini memang atau amat diperlukan. Kami sendiri sebagai pelajar ukur bangunan di UiTM telah diajar oleh pensyarah – pensyarah ukur bangunan yang sangat pakar di dalam bidang ukur bangunan. Kami diajar dalam pelbagai aspek seperti binaan bangunan, sifat bahan, ukur bangunan, teknologi persekitaran dan perkhidmatan, rekabentuk bangunan dan sebagainya.

Aspek – aspek seperti di atas adalah silibus – silibus yang diajar kepada pelajar ukur bangunan di UiTM. Semua silibus ini adalah merangkumi semua aspek di dalam bidang pembinaan dan sebagainya. Ini menunjukkan bidang ukur bangunan ini sememangnya mementingkan kualiti bangunan dan pembinaan kerana pembelajarannya merangkumi semua aspek pembinaan. Jadi pelajar – pelajar ukur bangunan perlu mengambil kesempatan ini untuk mempelajari bidang ukur bangunan. Pada pandangan saya, pelajar – pelajar ukur bangunan sudah jelas dengan bidang ukur bangunan kerana semua pelajar diploma telah diajar subjek berkaitan dengan ukur bangunan selama dua semester di dalam pengajian mereka.



Pada pandangan yang lain, saya berasakan pelajar – pelajar bidang ukur bangunan perlu lebih banyak meneroka bidang ukur bangunan ini dengan lebih jauh untuk memahami dengan secukupnya. Pelajar – pelajar boleh mendapatkan maklumat dari menonton dokumentari seperti di saluran Discovery, National Geographic, History Channel dan sebagainya bagi menambahkan maklumat tidak kira di dalam bidang Ukur Bangunan atau Pembinaan. Ini kerana saya berpendapat ini adalah salah satu cara yang lain untuk kita lebih memahami atau mendapatkan maklumat tentang ukur bangunan. Rancangan – rancangan seperti Megastructure, Mega Builders, Extreme Engineering, Modern Marvels dan sebagainya banyak memberi info – info yang berguna kepada pelajar. Ini yang saya rasa dapat membantu kita sebagai pelajar dalam bidang ukur bangunan untuk lebih memahami semua perkara sama ada dalam bidang pembinaan atau ukur bangunan.

Di dalam hal yang berkaitan dengan suasana pembelajaran semasa saya di UiTM dan kerjasama kumpulan semasa membuat tugasan, saya berasakan kita tidak mempunyai masalah kerana rakan – rakan lain sudah tentunya jelas dengan tugasan yang telah diberikan. Ini menunjukkan mereka semakin mendekati dan memahami bidang ukur bangunan. Kita juga selalu bertukar pendapat bagi mencari penyelesaian sesuatu masalah. Ini adalah penting untuk pelajar – pelajar bagi mempraktikkan di alam pekerjaan akan datang. Rakan – rakan lain juga membantu yang mana ia juga akan merapatkan lagi silaturrahim bersama walaupun berlainan negeri dan tempat. Ini tidak menjadi masalah kepada kita kerana lebih banyakkita membantu lebih banyak yang kita dapat. Samalah jika kita berada di alam pekerjaan nanti yang kita juga perlu saling bantu – membantu kerana ia adalah amalan mulia. Ada pepatah inggeris berkata ‘ one for all and all for one’ iaitu satu untuk semua dan semua untuk satu. Pepatah ini menerangkan nilai kerjasama dan bantu – membantu itu sangat penting

Akhir sekali, saya berharap agar kita sama – sama berusaha meningkatkan lagi profesion ukur bangunan ini bagi membuka mata masyarakat supaya jelas dan faham berkaitan ukur bangunan yang ia adalah sangat penting bagi menjaga kualiti bangunan dan sebagainya yang berkaitan dengan bangunan. Jika masyarakat tidak percaya juga pentingnya bidang ukur bangunan, maka, biarlah kerana kita mesti meneruskan perjuangan bagi memartabatkan bidang ukur bangunan. Ada pepatah menyebut ‘if you believe that the thing you do is true and people don’t trust you, you just walk alone, walk alone and walk alone’. Pepatah ini menerangkan di mana jika seseorang itu percaya atau yakin dengan segala perkara yang dibuat adalah betul dan masyarakat tidak mahu mengikut saranan itu, seseorang itu perlu meneruskan perjalanan dan meneruskan perjalanan. Perkara yang dibuat mestilah tidak melanggar hukum syarak dan batas – batas agama.

9 Comments:

  1. lemon said...
    thanks. amat membantu pendapat nih :)
    Cik Nixnat said...
    bley x awk tlom sye pasa bs nh?? sye nk taw ape subjek yg prlu d ambk lau blaja bs??
    insan_kesedihan said...
    assalamualaikum....saya bekas pelajar BS Uitm Perak...
    untuk pengetahuan cik Nixnat anda perlu ambil semua subjek yg di tawarkan sebagai syarat untuk lulus pengajian awak. antara subjek yang awk akan belaja adalah mengenai komponen dalam bangunan,lukisan kejuruteraan + autocad, awak juga akan diperkenalakan segala permasalahan yang sering berlaku dalam bangunan yang menyebabkan bangunan tersebut di kategorikan gagal.awak perlu mengenalpasti punca2 tersebut dan memberi jalan penyelesaian agar bangunan tersebut tidak akan gagal.selain tue,awak juga akan belajar mengenai keselesaan dalam bangunan dari segi pengudaraan dan pencahayaan juga. pape pon mmg seronok dapat belajar BS ni..percayalah...xkn rugi dan awak akan enjoy semua lepas awk da tahu semua skop bidang awak...anyway congrates...
    insan_kesedihan said...
    assalamualaikum....saya bekas pelajar BS Uitm Perak...
    untuk pengetahuan cik Nixnat anda perlu ambil semua subjek yg di tawarkan sebagai syarat untuk lulus pengajian awak. antara subjek yang awk akan belaja adalah mengenai komponen dalam bangunan,lukisan kejuruteraan + autocad, awak juga akan diperkenalakan segala permasalahan yang sering berlaku dalam bangunan yang menyebabkan bangunan tersebut di kategorikan gagal.awak perlu mengenalpasti punca2 tersebut dan memberi jalan penyelesaian agar bangunan tersebut tidak akan gagal.selain tue,awak juga akan belajar mengenai keselesaan dalam bangunan dari segi pengudaraan dan pencahayaan juga. pape pon mmg seronok dapat belajar BS ni..percayalah...xkn rugi dan awak akan enjoy semua lepas awk da tahu semua skop bidang awak...anyway congrates...
    Mohd Hafiz Shafiq b. Jilani said...
    assalamualaikum ...knp org ramai tidak tahu tentang BS ni ...ade yg kate lebih kurang dgn QS ...jelaskan bley
    Anonymous said...
    salam..sy belajar di kolej swasta dlm bidang perniagaan tetapi kini bekerja sebagai juruukur bangunan..sy telah bekerja hampir 3tahun tanpa sebarang masalah, sy belajar menggunakan autoCAD, membaca pelan serta cara2 menggunakan total station..semuanya sy belajar sendiri dr internet..juruukur bangunan sangat penting dlm sesuatu pembinaan..semua bahagian samaada subcon, supervisor, QS/QC, engineer, architechture, M&E serta consultant akan mencari juruukur jika terdapat masalah..sy bekerja menggunakan pengalaman tetapi tiada kelulusan dlm bidang BS..sy telah mencari pelbagai jenis institusi yg menawarkan PJJ dlm jurusan BS tp masih tidak berjaya, semuanya menawarkan fulltime study..sesiapa yg ada link ipta/s yg menawarkan PJJ minta bantu share kn..TQ
    haiman hakim said...
    Lerja kat mane
    haiman hakim said...
    Lerja kat mane
    Anonymous said...
    salam. sy bkal pelajar uitm si perak dlm kos dip ukur bangunan. adakah sy akn blajar sbjek mngenai autoCAD?

Post a Comment