Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Bangunan perlu ada identiti Malaysia, mudah diselenggara

Berita harian online 25/07/2009

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengesyorkan pemaju menitikberatkan pembinaan yang memberi identiti tersendiri kepada bangunan dan berfungsi praktikal serta mudah diselenggara bagi menarik minat pelabur asing membeli hartanah di negara ini.

Perdana Menteri berkata, landskap pembangunan negara ini harus sinonim dengan identiti Malaysia yang dapat dibezakan secara nyata dengan negara lain, umpamanya menara berkembar Petronas dan Kompleks Dayabumi yang menampilkan ciri Asia dan budaya Malaysia.

“Bagaimanapun, aspek kosmetik ini harus digabungkan secara bijak dalam reka bentuk bangunan bagi memastikan ia cantik dipandang dan pada masa sama boleh dimanfaat untuk kegunaan praktikal selain berdaya tahan menghadapi ancaman cuaca.



“Bangunan bukan sekadar batu dan simen saja, sebaliknya harus menjadi pemangkin gaya hidup semasa penggunanya serta mudah berintegrasi dengan masyarakat setempat,” katanya dalam ucapan pelancaran Perbadanan Hartanah Malaysia (MPI) di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Hadir sama, Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dan Pengerusi Lembaga Pentadbir MPI, Tan Sri Thong Yaw Hong.

Perdana Menteri menekankan supaya aspek penyelenggaraan menjadi asas pertimbangan utama sebelum melakar reka bentuk bangunan bagi memastikan penjagaan berkala dapat melanjutkan jangka hayatnya tanpa perlu kerap dibaik pulih.

Beliau juga mengingatkan pemaju supaya menggabungkan konsep pembangunan hijau dalam setiap projek.

0 Comments:

Post a Comment