Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Salam hormat & Salam Pengaktifan semula.

Salam sejahtera

Setelah lama direhatkan.Kini pasukan Building Survey bergerak aktif semula dalam mewarwarkan peranan jurukur bangunan dengan lebih berani lagi. Dengan berbagai agenda yang dikemaskini maka kami akan sekali lagi memberi informasi berkaitan jurukur bangunan dan perkembangan semasa.

Untuk makluman Pihak Jurukur Bangunan telah mengadakan Bs Jamboree bertarikh: 4 - 6 Dis 2009 bertempat: di Pulau Jerejak Resort and Spa,Pulau Pinang.

Berikut adalah sumber dari blog Bs Jamboree 2009:

OBJEKTIF PROGRAM
Menyatukan semua komuniti BS di antara universiti-universiti di Malaysia.
Bertukar-tukar pendapat di antara semua ahli-ahli BS.
Pemantapan profesion dan bidang tugas BS (di dalam konteks pendidikan).
Membina semangat dan jati diri warga BS secara keseluruhannya.

PESERTA PROGRAM
Penyertaan Terbuka Kepada Pelajar-Pelajar Program Ukur Bangunan Dari Semua IPTA/IPTS Malaysia

FAEDAH PROGRAM

PROFESIONAL
Mencapai satu penyelarasan dari segi praktis dan profesion dalam bidang Ukur Bangunan.
Dapat membentuk satu pangkalan data yang menghimpunkan semua maklumat-maklumat berkaitan bidang Ukur Bangunan dalam bentuk maklumat am serta strategi yang dapat di lakukan di peringkat pengajian tinggi di Malaysia bagi naikkan nama ukur bangunan.

SOSIAL
Mampu melahirkan generasi BS yang mapan dan berkemahiran dalam bidang Ukur Bangunan serta mampu menterjemahkan hasil kerja mereka dalam cara yang profesional dan lebih global.

AKADEMIK
Menjadi satu rangkaian penyebaran maklumat yang seragam di seluruh Malaysia di peringkat akar umbi (pelajar) melalui teori dan praktikal dan mampu menyampaikan maklumat kepada warga ukur bangunan di universiti masing-masing.

***

Bangunan perlu ada identiti Malaysia, mudah diselenggara

Berita harian online 25/07/2009

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengesyorkan pemaju menitikberatkan pembinaan yang memberi identiti tersendiri kepada bangunan dan berfungsi praktikal serta mudah diselenggara bagi menarik minat pelabur asing membeli hartanah di negara ini.

Perdana Menteri berkata, landskap pembangunan negara ini harus sinonim dengan identiti Malaysia yang dapat dibezakan secara nyata dengan negara lain, umpamanya menara berkembar Petronas dan Kompleks Dayabumi yang menampilkan ciri Asia dan budaya Malaysia.

“Bagaimanapun, aspek kosmetik ini harus digabungkan secara bijak dalam reka bentuk bangunan bagi memastikan ia cantik dipandang dan pada masa sama boleh dimanfaat untuk kegunaan praktikal selain berdaya tahan menghadapi ancaman cuaca.



“Bangunan bukan sekadar batu dan simen saja, sebaliknya harus menjadi pemangkin gaya hidup semasa penggunanya serta mudah berintegrasi dengan masyarakat setempat,” katanya dalam ucapan pelancaran Perbadanan Hartanah Malaysia (MPI) di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Hadir sama, Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dan Pengerusi Lembaga Pentadbir MPI, Tan Sri Thong Yaw Hong.

Perdana Menteri menekankan supaya aspek penyelenggaraan menjadi asas pertimbangan utama sebelum melakar reka bentuk bangunan bagi memastikan penjagaan berkala dapat melanjutkan jangka hayatnya tanpa perlu kerap dibaik pulih.

Beliau juga mengingatkan pemaju supaya menggabungkan konsep pembangunan hijau dalam setiap projek.


MALAYSIA BS JAMBOREE 2009

Come and Join Us!
Dec 4 - 6th 2009
Pulau Pinang
Visit our official web blog
http://bsjamboree09.blogspot.com

* Sila dapatkan dan hantarkan borang penyertaan sebelum 15hb Ogos 2009 bagi tujuan pengesahan penginapan melalui :
Faks : 05-3742440 (Perhatian kepada: Pn Nur Azfahani Ahmad) @ Emelkan butiran maklumat peribadi anda ke: nuraz020@perak.uitm.edu.my

Building Services Book

Pn Nur Azfahani first handbook in Building Services~published by VDM Publishing House, Germany. Retail price 49 Euro.



Salam Sejahtera

Berikutan tiada pemantauan pada web ini mengenai respons yang diberikan, saya sebagai MoD memohon maaf kepada semua pihak berkaitan isu mengenai ukur bangunan. Berkaitan berita tersebut mengenai bs yang dikatakan akan dibubarkan mungkin sekadar khabar angin walaubagaimanapun seiring dalam memajukan ukur bangunan itu sendiri kita harus bersedia dalam menghadapi apa jua rintangan.

Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa mengenai isu ukur bangunan sebelum ini ianya telah dirujuk kepada DBKL dan pihak terbabit menafikannya (menurut sumber Pn Sr Azfahani)

Harap maklum.
Kepada pihak yang mempunyai persoalan mengenai ukur bangunan silakan email ke buildingsurvey@gmail.com

Utusan Online 20 March 2009

KUALA LUMPUR 19 Mac - Negara dijangka dapat mengurangkan jumlah pekerja asing sebanyak 50 peratus dalam industri pembinaan apabila Sistem Teknologi Berindustri (IBS) dilaksanakan sepenuhnya pada 2010.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, kini terdapat 320,000 pekerja asing dalam industri pembinaan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

''Kontraktor dapat mengurangkan kos tenaga buruh dalam projek-projek pembinaan mereka antara 15 hingga 20 peratus apabila menggunakan sistem IBS,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Konvensyen IBS di sini hari ini.
Mohd. Zin memberitahu, pada masa ini, 95 peratus daripada tenaga buruh dalam industri pembinaan adalah pekerja asing.

Katanya, apabila negara melaksanakan sepenuhnya IBS bermula 2011, jumlah pekerja asing dapat dikurangkan dengan banyak dan ditambah dengan pekerja-pekerja mahir tempatan.
''Kementerian kini dalam proses untuk melatih lebih ramai pekerja mahir dalam IBS kerana pelaksanaan sistem ini memerlukan latihan tertentu bagi memastikan bangunan-bangunan ataupun infrastruktur yang dibina mengikut standard yang ditetapkan oleh kerajaan,'' katanya.

Jelas beliau, pelan tindakan IBS Roadmap 2003-2010 telah menyediakan maklumat terperinci mengenai tindakan ke arah mempermodenkan industri pembinaan negara.
Katanya, pelan tindakan itu dapat meningkatkan kualiti, produktiviti, keselamatan dan daya saing di samping mengurangkan pergantungan kepada pekerja kurang mahir asing.

''Pelan ini juga meliputi aktiviti-aktiviti menyeluruh berkaitan pembangunan tenaga manusia, bahan dan komponen binaan, pengurusan pembinaan dan pembangunan dari segi kewangan serta usaha promosi,'' katanya.

;;