Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

pENGUmuman

Salam dan selamat sejahtera para pelajar/alumni/graduan/tuan/puan/kawan2 yang dihormati
dan diingati...

Seperti yg telah dimaklumkan oleh pihak ISM, saya ingin mengingatkan tuan/puan berkenaan perkara ini. maklumat seperti berikut:

Tarikh : 27 Jun 2008 (Jumaat) - hari ni laa..

Tempat : Hotel Istana Kuala Lumpur

Masa : Concurrent Session - 2.24 pm - 4.30 pm
Hi-Tea - 4.30 pm - 5.00 pm
BS Meeting - 5.00 pm - 7.00 pm

Harap tuan/puan tidak menguzurkan diri dan menyertainya bersama sebagai tanda sokongan moral kepada 'BS Profession'. Tanpa sokongan padu tuan/puan, usaha kita untuk sama2 memartabatkan profesion ini mungkin akan tergendala.

Harap maklum..


Sr. MOHAMAD SUFIAN BIN HASIM, MISM
JABATAN UKUR BANGUNANFAKULTI SENIBINA, P
ERANCANGAN & UKUR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM

Arkitek Itali cipta bangunan berputar



GAMBAR ini menunjukkan rentetan bangunan berputar yang berubah bentuk ciptaan Fisher.


NEW YORK – Seorang arkitek dari Itali, David Fisher mendedahkan rancangan untuk membina bangunan berputar sepenuhnya sekali gus mengubah rekaan bangunan pencakar langit di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Setiap tingkat di bangunan yang dipanggil sebagai menara dinamik itu akan berputar sepenuhnya sekali sejam dan boleh berubah kepada beberapa bentuk.

Dua bangunan seumpama itu bakal dibina di Moscow, Rusia dan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjelang 2010 tetapi menara 80 tingkat di Dubai itu masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa.

Bangunan di Dubai itu melibatkan kos sebanyak £355 juta (RM2.2 bilion) dan akan dibina oleh syarikat milik Fisher.

Fisher berkata, dia mendapat ilham untuk membina bangunan unik itu selepas bosan melihat pemandangan di sebuah apartmen milik rakannya di Manhattan, New York, Amerika Syarikat (AS).

“Bangunan itu akan mengikut perubahan alam.

“Ia akan berubah arah dan bentuk dari musim luruh sehingga musim panas.

“Ia juga akan berubah bentuk dari waktu pagi sehingga waktu malam dan berubah mengikut keadaan cuaca,” katanya. – Agensi

TAKUT & MPP






Salam sejahtera.

Sudah agak lama saya tidak menggunakan nama pena ini, joharibrave.Jadi dikesempatan ini juga saya mengambil membicarakan isu TAKUT MPP(majlis perwakilan pelajar) tempatan kita untuk bersuara dalam negara ini.

Tidak dinafikan ada beberapa sekatan seperti AUKU yang boleh dikategorikan 'Pembunuh Diam' banyak membantutkan keterbukaan pemikiran dan kebebasan suara siswa,siswi dalam menyampaikan apa yang perlu dalam membantu negara. Sebenarnya saya menganggap keterbatasan dan sekatan ini merupakan kehancuran yang dibuat oleh pemain-pemain politik tanah air yang gusar seandainya suara siswa siswi ini menjadi 'suatu tembakan kematian karier' mereka dalam politik Malaysia.

Kita perlu ingat sejarah Malaysia dimana suatu ketika dahulu suara siswa/siswinya, sangat digeruni dan boleh saya katakan suara itu digeruni ketika tahun 1990' kebelakang. Dan mereka-mereka ini antaranya menjadi peneraju atau ahli politik negara pada masa ini.Namun entah mengapa atas alasan yang saya rasakan tidak wajar mereka menarik 'taring-taring negara' yang boleh dianggap pemangkin kepada penerus perjuangan bangsa agama dan negara.

Saya masih ingat suatu ketika dahulu, ada pihak dari H.E.P mengatakan "TUGAS ANDA DISINI HANYA UNTUK BELAJAR", tegasnya. Memang betul untuk belajar tetapi adakah dengan belajar sahaja tetapi mengenepikan isu negara maka kita dapat secara langsung membantu negara.Sedangkan sekarang ini pengangguran masih ada, kemiskinan terus melebar, tekanan pada rakyat terus meluas. Mungkin wajar orang yang menyampaikan kata kata itu supaya memakan 'najisnya sendiri' kerana kata katanya itu seperti pandangan yang cetek dan mahu melenyapkan kekuatan suara siswa siswi.

Mungkin tidak boleh menyalahkan suatu pihak sahaja tetapi mungkin dek kerana tekanan yang diberikan oleh kerajaan menyebabkan pihak HEP terpaksa mengambil 'langkah sejuta kaki' agar periuk nasi mereka kekal seperti slogan ''dulu kini dan selamanya''. Oleh yang demikian siswa siswi diwarnakan dengan isu yang bersifat hiburan,rekreasi, penekanan pada pelajaran tetapi jangan sesekali perihal Politik. Ini mengingatkan saya pada kisah 'Singapura di langgar todak' dimana ada seorang budak yang cerdik adi putra yang mencadangkan pada Sultan untuk menjadikan batang pisang sebagai benteng dari di langgar ikan todak.Idea budak cerdik itu berjaya tetapi dicemburui oleh pengikut raja dan akhirnya budak cerdik itu dibuang ke laut.

Jadi disini anda semua yang membaca artikel ini boleh lihat sejarah telah memperlihatkan siapa yang bodoh dan siapa yang sebenarnya takut pada idea bijak budak itu.Boleh diperkirakan sultan takut dek kerana takhtanya, dan menterinya pula takut hilang jawatan.Jadi bunuh budak itu makanya habis cerita.Jadi situasi itu sangat bersesuaian dengan suasana hari ini.Dimana kerajaan yang memerintah 'membunuh secara diam' kecerdikan siswa siswi Malaysia.Dan terbaru diperkatakan tentang kurangnya golongan lelaki dalam mengkuti pengajian ini mungkin kerana tiada kesedaran dan apa yang penting ialah kesedaran itu sepatutnya akan lebih berkesan apabila sekatan dimusnahkan sama sekali.

Apa yang menyedihkan sekarang ini terdapat IPTA tempatan menerusi MPP nya adalah sekadar boneka semata-mata.Atau mungkin dibisukan supaya jangan bersuara.Sewajarnya apabila isu kenaikan harga minyak naik, maka MPP disemua IPTA mahupun IPTS harus mengadakan perjumpaan untuk membuat satu resolusi untuk diadakan perbincangan dan mengusulkan satu pengecualian khas kepada siswa siswi dalam isu kenaikan minyak ; dimana kerajaan perlu memberi subsidi khas pada siswa dan siswi.Kerana asasnya siswa siswi bukanlah golongan yang bekerja jadi kerajaan harus peka dan membuka mata kerana sudahlah banyak memberi sekatan dalam keterbukaan demokrasinya ini kemudian pula dibebani dengan harga minyak.

Cuba bayangkan sekarang ini apabila minyak naik, siswa siswi mungkin akan merasa kesannya dan ia sebenarnya menjadi satu lagi sekatan seandainya mereka mahu melakukan assignment yang memerlukan mereka pergi ke sebuah syarikat untuk mendapatkan bahan kajian.Dan mungkin juga Pihak PTPTN harus menaikkan pinjaman berbentuk elaun khas supaya beban itu dapat di ringankan. Jadi disini ada 2 perkara penting seandainya MPP di semua IPTA mahupun IPTS ingin bersuara iaitu :

1. Membuat usul resolusi untuk kerajaan supaya mewujudkan suatu alternatif khas kepada siswa siswi dalam isu kenaikan minyak seperti diberikan subsidi khas.
2.Mencadangkan agar PTPTN memberi tambahan pinjaman berbentuk elaun khas bagi meringankan beban siswa siswi dalam isu kenaikan minyak ini.

Jadi kesimpulannya saya berharap pihak MPP harus menjadi TEGAR dan TEGAS dalam mengembalikan kredibiliti MPP itu sendiri supaya menjadi sebuah 'gergasi' yang dikagumi dihormati.

Sekian terima kasih.

"Fikiran dan jiwamu ku pegang sampai kiamat...hehe.. hehe.. hehe.."

TerPanggil

Assalamualaikum

Sudah hampir 2 tahun saya tamat pengajian dan masih segar di ingatan saya saat-saat saya belajar dulu. Proses pembelajaran bukan satu proses yang mudah. Bagi mereka yang kuat berusaha maka apa yang diperolehi sepatutnya setimpal dengan usaha yang disemai. Dalam mengharungi proses ini, penyesuaian diri juga penting dan harus diambilkira kerana tanpa penyesuaian diri, peratusan kejayaan kita mungkin terjejas.

Kenapa saya kata begitu, sebab manusia ni rambut je sama hitam tapi hati lain-lain. Kalau satu perbuatan yang kita buat kita anggap baik, namun kalau ada 5 orang lain yang melihat perbuatan kita, jadi akan ada 5 lagi pendapat yang berbeza. Dalam situasi ini kita mesti pandai menyesuaikan diri supaya 5 orang lagi turut mempunyai pendapat yang sama macam kita dan dapat menerimanya dengan baik.

Keadaan ini sama juga situasinya apabila kita berada di tempat asing. Maksudnya tempat yang baru bagi kita yang mana orang sekeliling mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap kita. Untuk kita diterima dalam kelompok baru ni, kita seharusnya tahu cara untuk menyesuaikan diri. Ada pelbagai cara, mungkin pada pertama kali orang tidak akan memandang dan mengenali kita, tetapi apabila kita telah buktikan bahawa kita mampu bersaing dan memberikan yang terbaik, maka di sini kita akan merubah pandangan orang terhadap kita.

Soal diskriminasi dan sebagainya bagi saya merupakan satu persoalan atau alasan yang kita buat apabila terasa diri ditindas. Seharusnya kita berfikiran lebih terbuka dan jangan terlalu memikirkan apa yang orang kata atau fikirkan. Pada permulaan memang susah tetapi kalau kita sanggup berusaha dan kuatkan semangat, Insya Allah secara perlahan-lahan perkara ini akan dapat diatasi.

Kepada mereka yang berada dalam golongan majoriti juga jangan memandang rendah terhadap mereka yang minoriti. Apabila berada dalam kelompok yang sama, seharusnya tidak wujud apa-apa perbezaan. Bagi mereka yang berusaha lebih, maka dia selayaknya mendapat ganjaran. Tapi saya tidak nafikan mana-mana tempat pun akan ada ketidakadilan. Jadi jika ini berlaku kita seharusnya bertindak dengan bijak untuk mengatasinya. Banyak saluran dan jalan untuk kita utarakan masalah ini. Cuma kita harus memilih saluran atau jalan mana yang terbaik.

Apa yang saya cubakan utarakan di sini, walau di mana kita berada, kita seharusnya cuba menyesuaikan diri agar kita berjaya dan dihormati. Sekiranya ada salah dan silap harap maafkan.

Salam hormat dan semoga maju jaya.

Wassalam

PeRcAtUrAn..

Alhamdulillah hari ini dapat menyelesaikan beberapa perkara peribadi yang dilakukan selama 2 hari.Selanjutnya nanti akan di perkemaskan dengan lebih sempurna.

*DIBACA UNTUK MEREKA YANG FAHAM SAHAJA


Isu terkini perihal 'dalam B.S' ialah dimana saya mendapat keluhan dari beberapa orang tentang diskriminasi graduan dari ukur bangunan Perak dan graduan dari Shah Alam.Benar atau tidak saya tidak dapat mempastikan.Cumanya jika perkara ini berlaku nyatalah para pensyarah juga seperti 'kebudak-budakan' dalam membuat keputusan seakan membelakangkan integriti memajukan bangsa melayu dan bumiputra khasnya.

Persoalan atau perkara ini timbul bukanlah untuk menuding jari pada mana mana pihak kerana tiada siapa perlu di persalahkan dan apa yang lebih penting ialah memperbaiki kearah yang lebih dinamik dan progresif serta meletakkan matlamat bangsa agama dan negara.Dan bukan melakukan suatu bentuk diskriminasi sebagai contoh:-

"si A graduan diploma Perak jadi perlu buat tak tahu sangkaan pendiskriminasi itu menyangka mereka ini dimanjakan,si B pula graduan diploma perak tapi bukan jurusan ukur bangunan ini perlu ambil perhatian,si C pula graduan diploma dari shah alam(sekarang jurusan ukur bangunan diploma sudah tiada disana) jadi harus diutamakan."

Saya amat jelek dengan perangai yang diperlakukan oleh golongan pendiskriminasi ini seolah-olah mereka ini menolak graduan dari Perak atas alasan dimanjakan.Dan perkara sebegini sebenarnya adalah alasan yang kurang asasnya dan penuh dengan sifat dendam.Jadi jika sikap ini diteruskan bukankah ianya melemahkan sesuatu 'badan' itu sendiri.Tidak hairan juga kenapa suara ukur bangunan seakan membisu tahun ini.

Dan apa yang saya lihat dari pengamatan saya Pensyarah dari Perak serba sedikit banyak melakukan perobahan dari segi menggunakan media sebagai jalan memperkenalkan BS di Malaysia..suatu ketika dahulu.Bukan untuk memuji tetapi itu adalah hakikat yang perlu diterima dan dicontohi.Dan sekiranya perkara ini dilakukan barulah persaingan dalam memajukan ukur bangunan itu dicapai.

Kita lupakan diskriminasi dan soal manja itu, kita letakkan matlamat utama dalam membawa nama ukur bangunan ini setanding dengan bidang lain.Sekiranya para pensyarah tertentu mengamalkan mentaliti diskriminasi makanya ia tidak menguntungkan jurusan ukur bangunan.Atau mungkin mereka-mereka ini sekadar mahu makan gaji dan meletakkan keputusan sendiri sebagai jalan utama.

Semoga perkara yang remeh ini tidak berlanjutan sekiranya ia benar berlaku.Fikirkan bangsa agama dan negara.Jika diikutkan mereka-mereka ini berpelajaran jadi seharusnya bijak dalam menangani isu ini.


Sekarang pukul 5.26a.m sementara menunggu azan subuh terbaca artikel berikut:

Jakim putuskan peraduan SMS Celcom langgar hukum syarak


KUALA LUMPUR: Peraduan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Celcom '100 Hari 100 Kereta' diisytiharkan sebagai tidak mematuhi syariah berikutan mengandungi unsur perjudian, gharar (tidak jelas) dan menggalakkan pembaziran.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, dalam satu kenyataan hari ini berkata mesyuarat khas Panel Kajian Syariah Jakim memutuskan demikian menerusi satu persidangan hari ini.

Katanya, persidangan yang khusus membincangkan isu pertandingan itu sebulat suara menasihatkan agar pihak syarikat telekomunikasi berkenaan menyediakan konsep peraduan baru yang selari dengan tuntutan syarak.

Peraduan SMS itu menjadi isu apabila Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 5 Jun lalu menyatakan peraduan tersebut haram disertai kerana mengandungi unsur perjudian.

Katanya peraduan itu disifatkan sebagai judi kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan sebagaimana judi nombor ekor.

“Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruhan, dan pertaruhan adalah satu perjudian,” katanya. - Bernama

Ulasan :

Sekiranya sudah terbukti perkara ini haram, maka Pihak Celcom wajib membayar ganti rugi kepada semua pelanggan Muslim yang menyertai peraduan tersebut, kerana ianya menimbulkan kekeliruan.Juga pihak Celcom perlu menarik semula hadiah yang diberikan kepada pelanggan.
Jika tiada tindakan daripada pelanggan muslim yang mengambil tindakan undang-undang makanya bolehlah dikatakan mereka bersikap ''tak pa..''

Beginilah jadinya bila islam hadhari memerintah...fikir-fikirkan.


Penambahbaikan dalam jurusan Ukur Bangunan

Salam,

Saya ingin memberi pandangan berbentuk cadangan supaya penambahbaikkan dalam jurusan Ukur bangunan di IPT tempatan untuk diwujudkan sub topik "psikologi: jurukur bangunan di industri pembinaan dan masyarakat"

Sub topik ini jika dipercambahkan ideanya dalam diskusi ilmiah maka ia akan memberi kesan kepada bakal graduan Ukur Bangunan dalam berhadapan dengan dunia pembinaan di Malaysia khasnya.

Saya membayangkan sub topik ini sangat menarik dan amat membantu graduan ukur bangunan dan secara langsung memberi kepada penekanan "independent".Hari ini kita tahu bahawa dalam industri pembinaan sangat tidak menentu dan hanya syarikat besar atau yang survive sahaja akan berada dalam industri pembinaan.

Dan untuk bakal graduan menghadapi ini semua maka perlunya di beri ilmu psikologi untuk graduan ukur bangunan dapat bersaing didalam dunia pembinaan ini.Kita sedar suara ukur bangunan di ISM mahupun di Malaysia ini amat kecil jadi makanya adalah lebih baik menumpukan usaha dalam memantap dan menambahbaikkan ilmu ukur bangunan dan melahirkan graduan yang serba boleh dan berani bersuara dalam bidang pembinaan ini.

Secara langsung bidang ukur bangunan ini di bangunkan selaras dengan aktiviti pembinaan di Malaysia dan bukan hanya merujuk pada ukur bangunan di United Kingdom.Jadi pentingnya adalah kitalah yang memberi perobahan dan kesesuaiannya di Malaysia.Kita boleh menerima ilmu yang dianjurkan cumanya harus disesuaikan,itu lebih penting.

Sekiranya pihak tertentu hanya mendiskusikan perihal ukur bangunan seperti jaguh kampung sahaja tetapi tiada perlaksanaan secara total maka ianya ibarat seperti batuk di tangga. Saya bercakap menerusi pengalaman dan apa yang saya lihat sebelum ini.

Bersambung...

;;