Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Date:
18 February 2009

Time:
08.30 - 17.00

Venue:
M-Suites Hotel, 16, Jalan Skudai, Johor Bahru, Johor, Malaysia

Event Overview:

The talk will focus on current issues in valuation in the property market and the effects of economic conditions on the announcements of real estate acquisitions on share prices.

Speakers and Topics:

  • Dato Sr Mani Usilappan - Illusion, Delusion and Disillusion
  • Assoc Prof Dr Sr Ting Kien Hwa - Effects of Corporate Real Estate Acquisitions on Share Price
  • Tuan Haji Sr Hisham Jafrey - Construction cost elements, analysis and impacts on the current property market

Fee:
Members of RICS and ISM - RM150 per person
Non- members - RM200 per person
Student members of RICS and ISM - RM60 per person

For more information and registration, please see the Brochure on this site http://www.rics.org/NR/rdonlyres/9E8BB159-16A6-4148-A93C-92E3A343C753/0/RealitiesonPropertyMarket_18022009_revised.pdf

Jangan main api;ku cagarkan sedekah

Sajak ini adalah rekaan semata2

"Jangan main api;ku cagarkan sedekah"


'Firaun' itu ibarat 'firaun melayu',
menguji & melibat semua yang dirasa perlu,
Habis semua ditanya & mengugut apa yang terbuku,
Hanya orang gila melayan sang emosi firaun melayu

Diberi amaran bagai Tuhan manusia,
katanya jangan main api,
Tapi dia lupa Firman Allah
api tidak semulia sedekah

Kata firaun ibarat tanah ini kepunyaannya,
ditambah pula jangan menyibuk ditanahnya,
Buat hal sendiri & jangan memandai,
Tapi firaun itu jahil bila tunjangnya emosi

Keparatnya firaun itu mengacau,
meludah-ludah ditempat orang,
tapi bodoh & dungunya sangat buat orang tak faham,
Mungkin kurang cerdik memahamkan pena tinta

Bangsat firaun itu tetap terasa,
Malanglah sungguh yang bersamanya,
Keturunannya pasti petaka,
Jangan menyesal kerana langkah sial..

Anjing


"Sajak Publisiti si anjing murahan ini adalah rekaan semata2.."

Anjing ini tidak ada otak tapi mahu tunjuk garang,
Anjing ini dungu tapi tak segan menyalak amaran,
Anjing ini emosi tapi seperti ada otak dan haprak,
Anjing ini kata orang meludah tapi sialnya sangat jahanam,

Anjing ini dilatih ibarat tingginya pengetahuan,
Tapi sayang anjing ini memang anjing bahalol,
Anjing ini mengugut mahu gigit,
Tapi anjing ini tak sedar dengan lawan,

Anjing ini suka kencing tepi jalan,
Anjing ini sangka tak menyusahkan orang awam,
Jangan kata air kencing itu halal,
Sedarlah anjing buta kerana celaka akal,

Anjing kau tampak ganas pabila menyalak,
Sedangkan kau ditertawa atas kebisingan,
Walau kau berubah jadi bajingan,
Tetap menjadi bualan,

Oh anjing kurap yang buruk sangka,
Kau jadikan diri bak adiwira bachol,
Kau lupa kaulah anjing sangat jumud,
Moga kau mati dalam tak beriman.



Pengendali web ini merupakan PENULIS kelahiran DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA di bawah MPR di mana MPR ini diasaskan oleh DATUK JOHAN JAAFAR.Sebagai makluman MPR banyak melahirkan penulis kaliber antaranya Faisal Tehrani,Nisah Hj Haron,Salina Ibrahim,dan ramai lagi.Harap maklum pabila taring itu diusik,tajamnya bukan saja menusuk di kulit tapi terus di jiwa.

Biasiswa fasih bahasa Mandarin

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my


SHAH ALAM: Pelajar Melayu dan India yang fasih berbahasa Mandarin berpeluang melanjutkan pelajaran ke China apabila kerajaan negeri bersetuju mengeluarkan geran biasiswa kepada lima hingga 10 orang yang dianggarkan berjumlah RM100,000 setiap seorang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keutamaan diberikan kepada anak Selangor yang mendapat pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan mereka yang terpilih berpeluang mengambil ijazah lanjutan dalam bidang perniagaan yang diiktiraf kerajaan sama ada di Beijing atau Shanghai.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi menggalakkan kemahiran berbahasa selain meneroka ilmu kemahiran dalam bidang perniagaan di China.

“Negara itu kini mencatat pertumbuhan ekonomi antara tertinggi di dunia dan keputusan dalam majlis mesyuarat hari ini (semalam) sebulat suara bersetuju menghantar pelajar ke sana.




“Dengan ilmu yang diperoleh itu akan dapat dimanfaatkan untuk pembangunan ekonomi dan sosial Selangor, “ katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.


Abdul Khalid berkata, keputusan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat juga mampu menggalakkan kemahiran berbahasa selain menarik lebih ramai pelajar untuk belajar bahasa ibunda mereka.

Katanya, pelajar yang berminat diminta berhubung dengan kerajaan negeri atau menghantar permohonan untuk tindakan lanjut.

Ditanya sebab universiti di China dipilih dan tidak universiti tempatan, Abdul Khalid berkata, China adalah satu negara yang baru bangkit dalam bidang ekonomi dan sekiranya pelajar negara ini belajar di sana ia dapat memahami selok belok perniagaan selain jaringan perniagaan.

“Mereka juga dapat berinteraksi dan belajar bahasa Mandarin dengan rakan sekelas dan ini penting untuk perniagaan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai hasil perbincangan mengenai pembinaan cawangan Universiti Madinah di Cyberjaya, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor menyokong usaha yang dilakukan universiti berkenaan.

“Kawasan itu kini sedang diteliti dan kita akan memberi sokongan penuh kepada pembinaan universiti terbabit,” katanya.

Kerajaan jamin kontraktor Kelas F tidak terjejas - Najib

Utusan Online

10/01/2009 3:18pm

KUALA TERENGGANU 10 Jan. — Kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa nasib kontraktor kelas F di seluruh negara akan terus terbela walaupun Malaysia menerima tempias krisis ekonomi dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata menerusi pakej rangsangan ekonomi dengan peruntukan sebanyak RM900 juta tahun ini, kerajaan mewujudkan projek-projek untuk kontraktor kelas F di seluruh negara.

“Kita akan pastikan negara tidak turut terjerumus dalam kemelesetan ekonomi sepertimana yang dialami kebanyakan negara termasuk di Eropah. Kita nak ada juga pertumbuhan, walaupun tak tinggi, kerana krisis yang dialami ini, kita nak sekurang-kurangnya ada pertumbuhan di negara kita,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran pengundian Projek Kecil Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) Daerah Kuala Terengganu Tahun 2009 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Najib berkata peruntukan RM900 juta itu merupakan peningkatan berbanding RM600 juta peruntukan yang diberikan kerajaan tahun lalu.

— Bernama

PENJELASAN

Salam sejahtera

Berikutan isu chat box di atas.Pengendali web ini ingin menjelaskan kepada semua pihak mengenai polisi web ini di mana di bahagian bawah web ini dengan jelas telah menulis:

PENAFIAN/PENGAKUAN Semua artikel yang tersiar dalam web ini merupakan idea dan aliran pemikiran Penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis sertai. Segala bahan dalam web ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan dan pandangan penulis. Penulis boleh dihubungi menerusi email buildingsurvey@gmail.com.Semua karya yang dihasilkan oleh penulis merupakan hak cipta terpelihara

Jadi pandangan yang dilemparkan dan mengaitkan sehingga ke pihak ketiga adalah kurang tepat. Apatah lagi apabila dengan nada emosi membuat kesimpulan bahawa pengendali web seolah-olah mengkhianati bidang yang pernah dipelajari dan mendapat respons berbaur ugutan. Pengendali web berharap isu ini selesai dengan menghapuskan artikel tersebut.Pengendali membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sebarang ketidakpuasan hati haruslah di jalankan secara bijaksana dan bukanlah mencari kelemahan dimana kelemahan seperti itu boleh di perbetulkan melalui musyawarah.Dan ingin ditegaskan tidak semua manusia terlepas dari kesilapan.Pengendali berharap isu ini tidak berpanjangan memandangkan masing-masing mempunyai tahap toleransi yang matang.

Terima kasih.



ENGLISH VERSION

Dear All,

The above chat box issues were referred. The webmaster would like to explain to all parties on the web policy, where stated at the bottom of the web, it was stated clearly that:

DISCLAIMER/DECLARATION: All the articles published in this website are the idea and what the Writer believes personally and maybe not inline with any union or organisation the Writer joined. All the materials in this website can be extracted by any media as the Writer’s statement and opinion. Writer can be contacted through e-mail buildingsurvey@gmail.com. All the works created by Writer was copyright protected.

Therefore, any suggestion or opinion saying that there was third party involvement was not true. Moreover, using an emotional tone making conclusion saying that the webmaster betrayed his field of study and got a response sounds like threatening was not appropriate. The webmaster hopes that this issue was settled by removing the article involved. The webmaster makes a public apology.


Any unsatisfactory must be handled wisely and not by seeking any weaknesses and use it against any person otherwise that weaknesses can be improved through discussion. Human makes mistakes. The webmaster hope this issue was not prolong as all have their own level of mature tolerance.


Thank you.

Salam sejahtera kepada semua jurukur bangunan.

Selamat tahun baru 2009 kepada semua.Pada tahun ini dijangka kelembapan ekonomi global dan krisis kewangan yang teruk bakal berlaku.Ianya secara langsung memberi impak kepada profesion ukur bangunan.

Yang pasti kerajaan dan swasta akan meminimumkan segala kos perbelanjaan dan penawaran projek berkaitan penyenggaraan bangunan.Oleh yang demikian dijangka kebanyakan firma yang menjalankan praktis ukur bangunan akan menghadapi masalah dan perlu bertahan sehingga kerajaan dapat menstabil ekonomi serta membuat polisi semasa yang terbaik untuk meredakan kekusutan ekonomi negara.

Secara langsung 4 asas dalam pembikinan memaksimumkan keuntungan dan pengekalan akan diambil oleh firma swasta dalam menghadapi krisis ekonomi:

1. Masa mendatar
-Fokus kepada faedah jangka pendek dan cuba mendapatkan keuntungan sebanyak mungkin tanpa menghiraukan kesan jangka panjang.

2.Jangkaan pulangan
-Tidak mempertimbangkan pengembalian masa(keuntungan) dan nilai masa untuk wang.

3.Pengagihan pendapatan
-Kecenderungan untuk mengenepikan hasrat pemilik firma untuk mendapatkan bahagian bayaran dalam bentuk dividen.

4.Risiko
-Mengurangkan pertimbangan risiko untuk cuba memaksimumkan keuntungan, dimana risiko yang tinggi akan berhadapan dengan pulangan yang tinggi juga.

Selain itu juga dijangka pemberhentian pekerja oleh majikan(swasta) akan terus berlaku dan sebagai satu profesion baru di Malaysia(merujuk ukur bangunan) sudah pasti akan menerima tempias ini.

;;