Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

The Bourne Ultimatum

Salam sejahtera, crite The Bourne Ultimatum akan keluar


JURUKUR BANGUNAN


SALAM SEJAHTERA KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI IDEA UNTUK REUNION SILA BERIKAN PANDANGAN ANDA..TERIMA KASIH

Usik-usik

salam sejahtera pada warga jurukur bangunan.Untuk sebagai tatapan anda boleh lihat member kita,tak percaya seh.....hehehe mungkin yang tidak faham akan terus tidak faham.Bagi yang memahami maksud ini maka akan fahamlah.Cayalah bie dan sorang awek rohayu kot nama dia.aku terkizut.All da Best!!!

ntahlaa...labu.

Siling Hospital Sultan Abdul Halim bocor lagi

SUNGAI PETANI 23 Julai - Kafetaria Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini bocor lagi hari ini dan kebocoran siling kali kelima itu disebabkan oleh limpahan air sisa kumbahan berikutan paip tersumbat.

Pengarah HSAH, Dr. Hariff Fadzilah Che Hashim berkata, siasatan awal mendapati kejadian paip tersumbat itu adalah disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab orang ramai yang membuang tuala wanita dan lampin pakai buang ke dalam mangkuk tandas.

“Kami dapati tuala wanita dan lampin pakai buang tersumbat di bahagian paip tandas dan memyebabkan berlaku kebocoran.

“Kita amat kesal dengan sikap seperti ini yang boleh menyusahkan orang ramai terutama bila berada di kawasan terbabit,” katanya kepada pemberita di sini.

Dr. Hariff Fadzilah berkata, berikutan kejadian itu, kafetaria hospital terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

Bangunan hospital berkenaan masih berada dalam tanggungjawab kontraktor utama, TH Universal Builders Sdn. Bhd. (THUB) dan Bina Darul Aman Berhad (BDAB) sehingga Ogos tahun depan.

HSAH yang beroperasi sejak Disember lepas dibina dengan harga RM468 juta, tetapi bangunan itu sering dilapor mengalami masalah kebocoran. - Bernama

LCCT 'tambang murah'


Go to fullsize image


LCCT baru RM1.7b di KLIA siap 2010

SUMBER DARI BERITA HARIAN
Oleh Abdul Halim Yus
off

KUALA LUMPUR: Terminal baru syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) serba canggih dan selesa bernilai RM1.7 bilion akan dibina di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) bagi menggantikan LCCT sedia ada yang semakin sesak

Sumber berkata, LCCT lengkap dan menawarkan kemudahan lebih selesa kepada penumpang dan syarikat penerbangan, akan dibina di atas tapak bersebelahan kawasan meletak kereta tidak berbumbung KLIA dan dijangka siap menjelang 2010.

Pembinaan terminal baru itu adalah sebahagian daripada projek mengikut Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi mempertingkatkan prasarana fizikal di KLIA.

“Kementerian Pengangkutan sedang melakukan penilaian terperinci kertas cadangan yang dikemukakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), syarikat pengendali lapangan terbang di seluruh negara baru-baru ini, selepas mendapat restu Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan.

Sumber itu berkata, sebuah konsortium Bumiputera sudah dikenal pasti untuk melaksanakan projek itu yang dijangka bekerjasama dengan beberapa syarikat kejuruteraan dan pembinaan terkemuka tempatan termasuk UEM Group dan IJM Bhd.

Beliau berkata, LCCT baru itu akan mempunyai keupayaan mengendalikan 25 juta penumpang setahun.

“Keunikan cadangan pembinaan terminal baru ini ialah pada konsep rekaan modular yang membolehkan proses pembesaran mudah dilakukan untuk menampung 25 juta lagi penumpang jika ada keperluan pada masa depan,” katanya sambil menambah LCCT baru itu dijangka mampu menampung pesawat besar seperti Airbus A340, Airbus A380 dan A330.

“Sejajar aspirasi kerajaan untuk meliberalisasikan perkhidmatan udara mulai 2009 dan menjadikan KLIA hab penerbangan serantau, pembinaan LCCT yang lebih selesa adalah antara perkara yang perlu dilakukan,” katanya.

Sumber itu berkata, LCCT sedia ada seluas 32,590 meter serba ringkas dibina bersebelahan terminal kargo, dijangka sesak sepenuhnya menjelang hujung tahun depan.

Menjelang tempoh itu, LCCT bernilai RM108 juta itu dijangka menguruskan lebih 10 juta penumpang setahun, lebih daripada keupayaan maksimumnya.

Unjuran kendalian penumpang itu dibuat dengan menyandarkan kepada arah aliran peningkatan penumpang AirAsia dan unjuran perkembangan menggalakkan AirAsia X, syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh sekutu AirAsia yang memulakan operasi tahun ini.

Peningkatan berterusan penumpang akan menyebabkan kesesakan di terminal dan apron, menimbulkan isu keselamatan dan meningkatnya kelewatan penerbangan.

Berdasarkan arah aliran penumpang perkhidmatan LCCT sekarang, jumlah penumpang tambang murah akan mengatasi penumpang perkhidmatan penuh antara tahun 2013 dan 2025.

Selain AirAsia dan syarikat sekutunya Thai AirAsia dan AWAir, antara syarikat penerbangan tambang murah serantau lain yang sudah menggunakan LCCT ialah Cebu Pacific Airlines. Sementara rundingan dengan beberapa syarikat lain sedang berjalan.

Beliau berkata, tapak pembinaan LCCT baru itu sudah termasuk dalam pelan induk pembangunan KLIA yang dibina pada 1996 membabitkan kos RM10.5 bilion. Bagaimanapun LCCT sedia ada terpaksa dibina sebelum ini bagi menampung peningkatan mendadak penumpang perkhidmatan tambang murah AirAsia.

Terminal baru itu akan menyelesaikan pelbagai isu terutama membabitkan keselesaan penumpang kerana tapak itu bercantum dengan kompleks terminal sedia ada, memudahkan perhubungan pengangkutan bas dan ERL ke ibu kota.

Ufuk Minda: Sikap harap bantuan punca daya saing tiris


PERSOALAN minda dan watak Melayu dibangkit sejak sekian lama. Munsyi Abdullah umpamanya mengaitkan Melayu dengan beberapa sifat negatif. Melayu mempunyai watak malas, suka bercinta, membuang masa, bertangguh, tidak menepati waktu dan lain-lain.



Tokoh pembaharuan Syed Sheikh Al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin melihat dari sudut agama orang Melayu suka melakukan khurafat dan memiliki tabiat taklid yang negatif.

Pendita Zaaba, seorang cendikiawan Melayu yang disegani juga melakukan kritik terhadap bangsanya. Dalam tulisannya di majalah Qalam (Bil 19:1952) beliau menyebutkan, “Orang yang membiasakan dirinya meminta tolong dengan tiada berusaha sendirinya itu ialah melatih dirinya menjadi peminta sedekah.

Maka, tidak ia akan sampai ke mana dalam pekerjaan mencapai kejayaan. Jika dapat pun olehnya ketinggian dan kejayaan itu dengan jalan demikian, tidaklah ada apa-apa yang ia boleh berbesar hati kerananya, kerana iaitu bukan dengan kudrat kebolehannya sendiri, hanya dapat dengan pertolongan orang.

Perangai suka meminta tolong saja itu walaupun meminta tolong kepada Allah kita sendiri tidak menjalankan usaha ikhtiar dengan secukupnya – sangat tidak betul kepada Islam ”.

Apa yang disebut oleh Pendita Zaaba itu amat wajar untuk direnung. Sikap bergantung kepada pertolongan orang atau pihak kerajaan semata-mata harus dikaji dengan serius. Jiwa kebergantungan dalam banyak hal menyebabkan daya saing dan jiwa mandiri semakin tiris.

Dalam dunia di mana persaingan terbuka menentukan faktor kejayaan sama ada dalam bidang penguasaan ilmu pengetahuan, penyertaan dalam kegiatan ekonomi dan perniagaan, penerokaan bidang sains dan teknologi, keteguhan dalam sistem keluarga dan masyarakat banyak bergantung kepada kesungguhan serta kekuatan peribadi yang terbabit dengannya.

Kecenderungan menyalahkan orang lain dan bergantung kepada penyelesaian orang lain terhadap masalah yang berbangkit adalah jalan mudah mencari kambing hitam dalam jalan keluar daripada masalah. Malah terdapat kecenderungan yang amat aktif di kalangan orang Melayu yang menaja aktiviti budaya popular baik dalam media cetak dan elektronik mahupun dalam bentuk pesta dan festival yang tambah melalaikan dan merosakkan kualiti jiwa dan emosi generasi muda Melayu sehingga akhirnya berbangkit pelbagai masalah serius dan menyentuh mengenai jatidiri dan kekuatan bangsa Melayu itu sendiri.

Sebatang pokok tidak tumbang semata-mata kerana hentakan mata beliung atau kapak tetapi tumbangnya pokok akibat kayu yang disendalkan dengan beliung yang memberikan hentakan yang amat berkesan supaya pokok kayu itu tumbang. Beliung atau musuh orang Melayu tetap berlagak seperti jerat dan pelanduk. Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk. Hingga ada sebilangan orang Melayu berpendapat bahawa menaja kegiatan hiburan yang sifatnya melampau adalah tidak salah malah ia adalah sumber perniagaan.

Bayangkan kerosakan peribadi dan akhlak akibat daripada hiburan yang melampau memberi kesan langsung dan tidak langsung terhadap jati diri generasi muda. Kerosakan yang berlaku tidak tertampung dengan pulangan kewangan yang diterima.

Masalah salah guna dadah sudah mencapai paras tertinggi melepasi satu juta orang. Lebih 70 peratus adalah generasi muda Melayu. Pusat Serenti terpaksa menampung jumlah yang semakin meningkat. Di universiti jumlah kemasukan lelaki muda Melayu semakin berkurang. Bayangkan corak modal insan yang bakal lahir pada masa depan. Generasi muda Melayu yang bermasalah bakal menjadi beban kepada negara. Negara terpaksa menyediakan belanja yang besar bagi mengatasi masalah lain yang berbangkit.

Kurangnya masa berkualiti diberikan ibu bapa terhadap hal ehwal pendidikan dan kebajikan anak menyebabkan anak rasa terbiar, kekosongan dan kelompangan. Keciciran anak Melayu sedang berlaku sejak awal umur lagi, sedangkan tempoh sejak dalam perut ibu hingga akil baligh adalah tempoh amat kritikal pendidikan anak seharusnya berlaku.

Apabila anak cicir di rumah tidak ada jaminan sekolah bakal mengatasi masalah mereka. Tabiat anak yang cicir akan berterusan di sekolah dan bakal lebih parah lagi apabila berada di tengah-tengah masyarakat.

Ibu bapa Melayu harus memikul tanggungjawab menguruskan anak dengan penuh keinsafan. Dengan siapa anak berkawan, membiarkan anak secara bebas lepas di pusat kafe siber, tidak bertanya anak mengapa lewat pulang, membiarkan anak terbabit dalam kegiatan anti sosial seperti mat rempit, membiarkan bahan media cetak dan elektronik merangsang nafsu dan minda berada di dalam rumah tanpa kawalan adalah antara faktor yang menjinakkan remaja dan generasi muda Melayu kepada jerat yang bakal menjerumuskan mereka ke arah hidup bermasalah.

Pihak di luar keluarga harus turut sama membantu. Sekiranya kelemahan pengurusan keluarga tidak dibantu oleh sekolah atau agensi yang menyumbang ke arah pembangunan generasi muda maka orang Melayu akan terus menerus menghadapi masalah. Masalah sedia ada sudah semakin parah. Ia diburukkan lagi dengan sikap tidak peka dan bertanggungjawab melemahkan jiwa dan peribadi generasi muda Melayu.

Kekuatan kesedaran dan jati diri generasi muda Melayu hari ini adalah penting untuk kelangsungan bangsa Melayu menghadapi cabaran perjuangan. Gelagat sebahagian generasi muda Melayu hari ini tidak membayangkan wujudnya harapan untuk melahirkan modal insan berkualiti.

Globalisasi yang datang kepada bangsa Melayu tidak saja menuntut orang Melayu menguasai ilmu pengetahuan dengan baik tetapi mampu terjun dalam persaingan semakin sengit. Bayangkan jiwa dilumpuhkan sejak awal umur, tidak mungkin bersedia untuk bangun dan bersaing tetapi sebaliknya bakal menimbulkan masalah hari depan.

Setiap hari kita mendengar dan membaca kisah ngeri dan sedih, jarang kedengaran berlaku pada masa lalu. Kisah rompakan, pembunuhan, rogol, penipuan, sindiket dalam pelbagai bentuk, perceraian, pelacuran, kecenderungan terhadap amalan gay dan lesbian dilaporkan silih berganti.

ctos..OHH ctos

CTOS DISAMAN LAGI, PENIAGA TUNTUT RM100 JUTA

SUMBER DARI UTUSAN MALAYSIA

Oleh: NON EINAI MOHD. AMIN

KUALA LUMPUR 13 Julai – Seorang ahli perniagaan hari ini menyaman syarikat Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) dan tiga anak syarikatnya untuk menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta.

Seeni Mohamed Mohamed Ali, 42, bertindak demikian kerana mendakwa CTOS telah memfitnahnya dengan memberi maklumat yang tidak dikemas kini kepada tiga buah institusi kewangan sehingga beliau gagal mendapatkan pinjaman.

Seeni yang diwakili peguam Joshua Sambathan memfailkan saman terhadap CTOS Sdn. Bhd., CTOS Data Systems Sdn. Bhd., CTOS-EMR Sdn. Bhd. dan CTOS Business Systems Sdn. Bhd. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau turut menamakan pengarah CTOS, Chung Tze Keong, 52, dan adiknya Chung Tze Wen, 49, sebagai defendan kelima serta keenam.

Dalam pernyataan tuntutannya, Seeni Mohamed selaku plaintif mendakwa tiga institusi kewangan iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Eon Bank Berhad dan Southern Bank telah menolak permohonan pinjamannya.

Bank-bank itu, katanya, berbuat demikian kerana khuatir beliau berkemungkinan tidak dapat membayar pinjaman ekoran rekod CTOS tidak dikemas kini.

Menurut plaintif, institusi-institusi kewangan itu tidak memberikannya pinjaman dengan alasan namanya terpapar semasa carian CTOS yang dikendalikan oleh pihak bank berkenaan.

Plaintif memaklumkan kepada defendan pertama pada 22 Jun 2005 supaya mengemaskinikan data mengenai dirinya dalam sistem komputer syarikat itu.

Selepas penolakan permohonan di bank-bank berkenaan plaintif melalui peguamnya telah memberikan laporan terkini kepada CTOS mengenai perkembangan satu tuntutan yang telah dibuatnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 22 Ogos 2005.

Plaintif pada Ogos 2006 cuba membuat permohonan pinjaman untuk perniagaan daripada Syarikat Hitech Pro Sales & Services tetapi syarikat itu turut menolak permohonannya dengan alasan yang sama berdasarkan carian dari sumber defendan pertama pada 10 Ogos tahun yang sama.

;;