Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

IBS mampu kurangkan pekerja asing

Utusan Online 20 March 2009

KUALA LUMPUR 19 Mac - Negara dijangka dapat mengurangkan jumlah pekerja asing sebanyak 50 peratus dalam industri pembinaan apabila Sistem Teknologi Berindustri (IBS) dilaksanakan sepenuhnya pada 2010.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, kini terdapat 320,000 pekerja asing dalam industri pembinaan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

''Kontraktor dapat mengurangkan kos tenaga buruh dalam projek-projek pembinaan mereka antara 15 hingga 20 peratus apabila menggunakan sistem IBS,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Konvensyen IBS di sini hari ini.
Mohd. Zin memberitahu, pada masa ini, 95 peratus daripada tenaga buruh dalam industri pembinaan adalah pekerja asing.

Katanya, apabila negara melaksanakan sepenuhnya IBS bermula 2011, jumlah pekerja asing dapat dikurangkan dengan banyak dan ditambah dengan pekerja-pekerja mahir tempatan.
''Kementerian kini dalam proses untuk melatih lebih ramai pekerja mahir dalam IBS kerana pelaksanaan sistem ini memerlukan latihan tertentu bagi memastikan bangunan-bangunan ataupun infrastruktur yang dibina mengikut standard yang ditetapkan oleh kerajaan,'' katanya.

Jelas beliau, pelan tindakan IBS Roadmap 2003-2010 telah menyediakan maklumat terperinci mengenai tindakan ke arah mempermodenkan industri pembinaan negara.
Katanya, pelan tindakan itu dapat meningkatkan kualiti, produktiviti, keselamatan dan daya saing di samping mengurangkan pergantungan kepada pekerja kurang mahir asing.

''Pelan ini juga meliputi aktiviti-aktiviti menyeluruh berkaitan pembangunan tenaga manusia, bahan dan komponen binaan, pengurusan pembinaan dan pembangunan dari segi kewangan serta usaha promosi,'' katanya.

1 Comment:

  1. cengkih said...
    hermmm...

Post a Comment