Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Assalamualaikum...

Pagi ini saya dikejutkan dengan satu berita yang agak menggemparkan...berita ini saya perolehi dari sumber yang boleh dipercayai dan mempunyai kaitan yang agak kuat dengan pihak yang akan membubarkan jawatan jurukur bangunan di DBKL...

Dalam satu mesyuarat...datuk bandar KL telah menyatakan akan membubarkan jabatan bangunan yang menempatkan jurukur bangunan kerana katanya jabatan itu tidak berfungsi...kelulusan pelan bangunan akan dikembalikan kuasanya kepada pihak asal iaitu arkitek (dia buat dan dia luluskan?????)

Kakitangan jabatan bangunan akan diserapkan ke dalam mana2 jabatan lain dalam tempoh 4 bulan selepas perkara ini dicadangkan...cadangan pembubaran sedang dijalankan sekarang...juga dikhabarkan saranan melupuskan jawatan jurukur bangunan akan diutarakan kepada jpa yang mana dikatakan juga jpa tidak pernah mengiktiraf jawatan jurukur bangunan...kebanyakan orang2 kuat jabatan bangunan sudah bersara dan pengarah jabatan bangunan sendiri iaitu yusof alwi tidak dapat berbuat apa2...

Mana perginya mereka yang betul2 mempunyai kuasa untuk mempertahankan profesion jurukur bangunan ini? Siapa yang harus dipersalahkan sekiranya hal ini betul2 menjadi kenyataan...siapa yang akan membela nasib mereka yang melibatkan diri dalam bidang ini...adakah usaha mereka selama ini hanya sia2 belaka...hebah2kan perkara ini kepada mereka yang ada kuasa untuk mempertahankan tindakan pihak luar yang cuba menggugat ukur bangunan...bertindak sebelum kita terkena...

Saya amat berharap perkara ini hanya khabar angin dan tidak menjadi kenyataan...sekiranya ia betul2 berlaku...saya tidak tahu apa yang akan dihadapi oleh para graduan atau bakal graduan yang masih dan akan memburu kerja...walaupun suatu hari nanti ditakdirkan mereka akan bekerja bukan dalam bidang ukur bangunan itu sendiri...namun ilmu ukur bangunan yang ditimba selama ini sekurang2nya mempunyai tempat di dalam masyarakat dan bukan hanya semata2 untuk mendapat kelulusan pada sekeping kertas sahaja tetapi tiada pengiktirafan...

Wassalam

3 Comments:

  1. Nur Azfahani said...
    Telah merujuk kepada pihak DBKL sendiri, melalui head BS division ISM ~ perkara itu TIDAK benar.
    Anonymous said...
    mohon janganlah membesarkan isu-isu yang tidak sahih. Betapa penatnya kami warga ukur bangunan membina kerjaya, ilmu dan peluang anda di luar sana, hancur disebabkan berita-berita yang tidak tepat yang boleh meruntuhkan semangat BS.
    Mohd. Azwan B. Mohd. Rizat said...
    Harap-harap perkara ini tidak berlaku. Hebat sangatkah arkitek dan jurutera awam. Ingat CCC/ CFO adalah hak jurukur bangunan bukan korang yang suka-suka nak keluarkan.

Post a Comment