Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Kerajaan jamin kontraktor Kelas F tidak terjejas - Najib

Utusan Online

10/01/2009 3:18pm

KUALA TERENGGANU 10 Jan. — Kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa nasib kontraktor kelas F di seluruh negara akan terus terbela walaupun Malaysia menerima tempias krisis ekonomi dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata menerusi pakej rangsangan ekonomi dengan peruntukan sebanyak RM900 juta tahun ini, kerajaan mewujudkan projek-projek untuk kontraktor kelas F di seluruh negara.

“Kita akan pastikan negara tidak turut terjerumus dalam kemelesetan ekonomi sepertimana yang dialami kebanyakan negara termasuk di Eropah. Kita nak ada juga pertumbuhan, walaupun tak tinggi, kerana krisis yang dialami ini, kita nak sekurang-kurangnya ada pertumbuhan di negara kita,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran pengundian Projek Kecil Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) Daerah Kuala Terengganu Tahun 2009 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Najib berkata peruntukan RM900 juta itu merupakan peningkatan berbanding RM600 juta peruntukan yang diberikan kerajaan tahun lalu.

— Bernama

0 Comments:

Post a Comment