Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

KUALA LUMPUR 12 Sept - Peruntukan RM50 juta telah tersedia, kini persoalan timbul tentang siapakah pihak yang layak mengendali kerja pemuliharaan Tapak Warisan Dunia di Melaka dan Georgetown.

Meskipun para pakar dan pemerhati sejarah negara berbeza pendapat mengenai pihak yang layak diberikan tugasan itu, namun mereka sependapat bahawa peruntukan RM50 juta, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Bajet 2009, perlu dimanfaatkan untuk memulihara dan memelihara tapak warisan yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Perkara paling penting di sini adalah pihak yang menjalankan kerja-kerja ini harus mempunyai kepakaran sama ada NGO (pertubuhan bukan kerajaan), swasta atau kerajaan,” kata Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara (JWN) Prof Emeritus Datuk Zuraina Majid.

Tokoh sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim melihat hak mengendalikan kerja pemuliharaan kedua-dua tapak warisan dunia itu wajar diberikan kepada sektor swasta yang berpengalaman, berilmu serta berintegriti.

Sambil memberikan contoh beberapa persatuan sukan yang dikendalikan NGO yang terkubur, beliau berkata: “Bukan saya katakan NGO tidak bagus, cuma mereka biasanya akan menghadapi masalah kekurangan dana bagi menjalankan kerja itu walaupun sudah diberikan peruntukan oleh kerajaan.” - Bernama

0 Comments:

Post a Comment