Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Permudah pelajar ikuti program latihan praktikal

Harian metro 9 september 2008

BANGI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jobmarket Malaysia Sdn Bhd (Jobmarket) sebagai langkah menyediakan platform bagi memudahkan pelajar mengikuti program latihan praktikal.

Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, berkata melalui Jobmarket, pelajar boleh menyemak pangkalan data syarikat sebelum memohon tempat latihan praktikal secara terus sekali gus mengurangkan beban pihak universiti untuk mencari tempat yang sesuai untuk pelajar.

Katanya, ia juga berguna kerana pelajar boleh mendapatkan pelbagai maklumat serta tip sebagai persediaan mendapatkan pekerjaan apabila menamatkan pengajian nanti.

“Portal ini menyediakan pangkalan maklumat syarikat yang lengkap dan pelajar boleh memilih tempat latihan praktikal mengikut kesesuaian kursus yang diikuti.

“Ia bukan saja berguna ketika masih belajar malah memberi maklumat lengkap sebagai persediaan mendapatkan pekerjaan apabila tamat belajar kelak,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UKM dan Jobmarket di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Basis Group of Companies, Tan Sri Abu Hassan Omar; Ketua Pegawai Ekskutif Jobmarket, Datin Paduka Jumaah Mokhtar dan Timbalan Naib Canselor UKM, Prof Dr Saran Kaur Gill.

0 Comments:

Post a Comment