Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Graduan IPT perlu ada kemahiran, kualiti

Harian metro 9 september 2008

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mahu institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini hanya menjadi pengeluar atau kilang menghasilkan graduan, sebaliknya mereka juga perlu disiapkan dengan kemahiran bagi memenuhi kehendak majikan apabila pelajar terbabit memasuki alam pekerjaan sebaik menamatkan pengajian.

Langkah itu bagi memastikan tiada graduan IPT di negara ini dianggap kurang berkualiti kerana mereka tidak memenuhi kehendak atau kriteria majikan sekali gus menyukarkan golongan itu mendapat tempat di hati majikan sehingga boleh menyebabkan masalah penggangguran.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata selain melahirkan pelajar yang kompetitif, IPT perlu mengetahui kehendak sebenar majikan terhadap seseorang graduan seiring keadaan ekonomi semasa kerana kini kebanyakan lepasan IPT sukar mendapatkan pekerjaan.

Menurutnya, semua pihak perlu bertanggungjawab memastikan seseorang graduan itu mendapat pekerjaan sebaik saja menamatkan pengajian dan bukan saja meletakkan tugas itu di bahu kerajaan.

“Saya pelik apabila seseorang pelajar menuntut sehingga empat tahun di IPT, tetapi apabila tamat pengajian, mereka sukar mendapatkan pekerjaan... tetapi apabila sesetengah mereka menghadiri kursus kepemimpinan dan pengurusan sektor swasta, senang pula mereka dapat pekerjaan,” katanya selepas menyampaikan sijil penyertaan kepada 16 graduan institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang menyertai kursus pusat pengurusan dan perkembangan kepemimpinan graduan (GLADC) di sini, semalam.

0 Comments:

Post a Comment