Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Bangunan warisan Pasar Gambier tetap diroboh

Berita Harian 17 sept 2008




KUCHING: Selepas peniaga Pasar Gambier diarah berpindah Jun lalu, kini bangunan warisan yang menyimpan sejarah awal negeri ini akan dirobohkan selamanya bagi memberi laluan pembinaan sambungan Tebingan Kuching

Pasar penuh nostalgia itu dibina pada 1935 ketika pemerintahan Rajah Brooke Ketiga, Sir Charles Vyner Dewindt Brooke, adalah sebahagian dari kawasan Bandar Kuching Lama yang pernah dicadangkan disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia.

Dikenali juga sebagai Pasar Cekor di kalangan penduduk tempatan, ia adalah antara tarikan pelancong ke negeri ini kerana kehidupan sebenar Sarawak dapat dilihat di sini dengan berlatar belakang bangunan warisan yang lain.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), ketika proses pengalihan pasar tidak pernah menyatakan bangunan itu akan diroboh sebaliknya mendakwa pemindahan itu dibuat kerana peniaga pasar didapati mengotorkan Sungai Sarawak.

0 Comments:

Post a Comment