Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

10 pemilik robohkan bangunan di tapak warisan dikenalpasti


PULAU PINANG: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengenal pasti 10 pemilik bangunan lama di kawasan tapak warisan dunia Georgetown di sini yang meroboh dan melakukan pengubahsuaian bangunan tanpa kebenaran.

Pengarah Bahagian Bangunan MPPP Patahiya Ismail berkata sebarang proses pengubahsuaian atau merobohkan bangunan bersejarah di sini perlu mendapat kebenaran daripada MPPP.

“Mereka yang mahu meroboh atau membuat pengubahsuaian bangunan-bangunan itu perlu mengemukakan pelan dan meminta kebenaran daripada pihak MPPP sebelum melakukannya.

“Kalau ingkar mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang menurut seksyen 19 Akta Perancangan Bandar dan Negeri dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Patahiya berkata 10 bangunan bersejarah yang telah dikenal pasti itu terletak di Lebuh Carnevan, Jalan Lim Chwee Ling, Lebuh Victoria, Lebuh Kimberley serta Lebuh King dan dibina sejak 50 tahun lepas.

Katanya kesemua bangunan warisan itu mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan pemiliknya sepatutnya bertanggungjawab memelihara bangunan berkenaan, bukannya memusnahkan peninggalan sejarah itu.

0 Comments:

Post a Comment