Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Perubahan kepada Domain .COM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua jurukur bangunan,pengunjung setia web blog,dan yang berkaitan.

Berbekalkan setahun usia web blog www.buildingsurvey.blogspot.com maka perubahan dilakukan dengan mendapatkan domain sendiri.Penantian ini sebenarnya cukup lama berikutan untuk mengukuhkan kekuatan dari kalangan jurukur bangunan harus punya kesabaran yang tinggi.Walaupun ianya masih belum kuat namun keyakinan dalam 'membikin' kekuatan itu terus di modifikasi agar tampak menuju kepada kesempurnaan.

Akhirnya perpindahan atau dengan kata lain web blog ukur bangunan telah mempunyai domain sendiri pada hari Rabu 6 ogos 2008 iaitu:


Kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Esa kerana memberikan banyak idea dan ilham bagi meneruskan perjuangan ukur bangunan ini.Di akui perjuangan ini kecil namun secara langsung ia dapat memberi suatu sinar dan harapan baru kepada semua jurukur bangunan di Malaysia khasnya.

Seruan pada semua jurukur bangunan agar kita dapat membina kekuatan dengan lebih kuat dan web site ini antara lain boleh dijadikan sumber informasi utama mengenai ukur bangunan.Mungkin ia nampak janggal, namun percayalah suatu hari nanti berkat kesabaran, toleransi antara jurukur bangunan akan mempastikan semua pihak membuka mata.

Input yang ingin diberikan pada web site ini akan menuju kearah profesionalisme ukur bangunan.Dengan berbekalkan kekuatan ilmu ukur bangunan dan yang berkaitan, maka sudah pasti akan datang web site ini akan menberi suatu impak yang dapat menjana dan membantu pertumbuhan jurukur bangunan.

Semoga dengan peralihan kepada domain ini akan memberi suatu semangat baru kepada semua jurukur bangunan dan bakal jurukur bangunan.Terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment