Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Sejarah ukur Bangunan di Malaysia


Juruukur Bangunan telah sedia wujud
dalam tahun-tahun 1956 lagi. Bermula di Kuala Lumpur oleh seorang British yang bernama ‘Sir Waren’ yang juga merupakan Jurukur Bangunan dan Arkitek di Kuala Lumpur. Semua projek-projek pembangunan sama ada projek kerajaan atau projek swasta mestilah melalui proses pemeriksaan oleh Juruukur Bangunan. Selepas beliau,tugas jurukur bangunan diambil alih oleh orang tempatan, yang juga jurukur Bangunan.

Tetapi malangnya oleh kerana ketika itu di Malaysia sendiri tidak ada mengeluarkan jurusan Juruukur Bangunan dan kerja-kerja ukur bangunan
tidak terlalu diperlukan, beberapa pihak termasuk JKR dan sebagainya merasakan, sementara tiada Juruukur Bangunan dihasilkan, maka diambil Arkitek untuk melaksanakan tugas-tugas ini dan proses ini berterusan.

Oleh itu, apabila Ada Juruukur Bangunan yang pergi ke luar negeri dan sebagainya, apabila balik kembali kebanyakannya tidak mendapat tempat yang sesuai yang mana jika diiklankan,kita lihat sampai sekarang pun diiklankan, walau pun kerja-kerja tersebut kerja-kerja JuruukurBangunan seperti pemeriksaan pelan bangunan, penyenggaraan dan sebagainya tetapi selalunya diiklankan sebagai Arkitek atau Jurutera kerana tradisi itu telah diambil.

Yang kedua, jika dilihat dari sejarahnya, Juruukur Bangunan ini sebenarnya telah ada akta yang kita panggil Akta Juruukur 1967. Oleh kerana akta tersebut meliputi tiga bidang juruukur, jadi masing-masing hendak keluar, hendak ada akta sendiri. Malangnya Juruukur Bangunan jumlahnya tidak ramai lebih kurang lima orang dan hendak buat akta sendiri, tidak cukup tenaga. Ia telah dijemput oleh Akta Penilai dan State Agent untuk masuk bergabung.

Maka keseluruhan kerja-kerja Juruukur Bangunan juga dimasukkan sekali dalam akta itu,tetapi yang peliknya selepas satu tahun, akta tersebut tutup pintu. Lulusan-lulusan Juruukur Bangunan yang selepas itu tidak boleh datang lagi. Kalau hendak masuk juga, kena ambil peperiksaan yang sama, peperiksaan penilai. Tentulah agak sukar orang Juruukur Bangunan hendak ambil periksa penilai dan perkara itu berterusan sampailah sebenarnya berlaku masalah kebakaran bangunan Campbell Shopping Complex dan lagi satu bangunan Highland Tower.

Ketika itu baru kembali timbul keperluan profesion Juruukur Bangunan dan saya masih ingat lagi ia di bawah, kalau tidak silap saya kepada pengetahuan Mesyuarat Menteri-Menteri Besar membincangkan supaya diwujudkan kembali kepentingan keperluan Juruukur Bangunan. Selepas itu
hilang balik dan diangkat balik ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang lepas iaitu Tun Dr.Mahathir memperkatakan tentang penyenggaraan, kepentingan penyenggaraan dan sebagainya.

Perkara ini dibangkitkan kembali. Bila dibangkitkan kembali, kami dipanggil memberi taklimat oleh Dato' Seri S. Samy Vellu dengan harapan begitu besar, kita pun bersemangat semua sebab kita tahu kita pun telah produce kan lebih kurang 500 orang graduan. Benda itu senyap apabila kita kemukakan untuk mendapat akta, beberapa alasan diberikan oleh pihak-pihak tertentu. Mereka suruh
kami dapatkan dahulu skim dan gred gaji. Bila kita pergi minta skim dan gred gaji, tak dapat oleh kerana tak ada akta. Balik minta akta, tak dapat. Pusing! Akhirnya kami dapat skim gaji menggunakan kaedah skim gaji. Hendak minta akta, bagi pula alasan lain.

Sampai sekarang ini ada cadangan untuk meletak kami di bawah Akta
Arkitek. Cuma dalam hati kecil kami semua, kami bermesyuarat, kami merasakan ini arahan kerajaan, arahan Kabinet tetapi dari segi pengamatan kami tidak sesuai diletakkan di bawah Akta Arkitek sebenarnya sebab kita hendak melihat kerja-kerja itu hendak memeriksa, bagaimana kita hendak diletakkan di bawah akta itu.

Bersambung..





0 Comments:

Post a Comment