Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Sejarah Ukur Bangunan Bahagian Akhir

...Kalau diletakkan di bawah akta lain pun sekali, kami rasa yang paling hampir adalah di

bawah Akta Juruukur Bahan sebab ia di bawah payung yang sama iaitu di bawah payung juruukur

dan kalau kita ada perbincangan mesyuarat pun di bawah pertubuhan profesion yang sama. Itu

pandangan kami sebab itu keadaan kita kadang-kadang muncul, tenggelam, muncul, tenggelam.

Saya tak tahu sekarang ini tengah..., oleh kerana banyak berlaku masalah penyenggaraan,

jadi kami tidak boleh berharap atau selalu berdoa supaya bangunan banyak rosak. Kalau kita boleh,

bangunan tak ada rosak tetapi kalau tidak profesion kita tenggelam. Bila macam ini, barulah ada

peluang kami, baru pihak publik nampak.

Insya-Allah sekarang ini kita sudah ada lebih kurang di pasaran 2,000 graduan yang bekerja

di berbagai-bagai bidang tetapi tidak dapat penetrate secara kukuh di dalam perkhidmatan kerajaan...kita telah mengetahui bahawa dua buah universiti

awam telah pun mengeluarkan lebih kurang 1,000 graduan, sudah ada di pasaran dah dan mereka

bekerja pelbagai bidang. Kita mesti menggunakan semua orang-orang ini dan selain daripada

graduan-graduan universiti awam kita yang lulusan luar negeri pun ada termasuk juga daripada IPTS

kita, jumlahnya lebih kurang dah 2,000 di pasaran. Kerajaan mesti memulakan langkah supaya

mempergunakan kepakaran-kepakaran ini.

Jadi untuk membolehkan budaya penyenggaraan ini dapat kita gerakkan, kita telah melihat

daripada lima perspektif. Pertamanya, kita kena ada akta sebab pada masa ini, bila kita tak ada akta,

bila kita buat kerja-kerja, publik akan tanya, “Bila encik-encik ini dah buat laporan sebagainya, encik

punya singnature ini laku kah?” Kami tak boleh nak jawab. Sebab kita tak ada akta, sebab

kebanyakan masyarakat kita melihat profesion yang profesional ini mesti ada akta. Setakat ini kita

tidak dapat mempengaruhi publik, jadi kita perlukan akta.

Kedua, kita memerlukan agensi atau organisasi atau kementerian yang boleh memayungkan

akta ini. Dulu kita telah berbincang panjang lebar selama 12 tahun yang lepas. Agensi atau

organisasi yang paling sesuai sekali adalah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

sebabnya di situlah kebanyakan kerja-kerja Juruukur Bangunan berada kalau kita lihat daripada buku

yang saya ada sertakan itu boleh dilihat dari segi detail nya.

Malangnya, sekian lama kita berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan akhirnya dihantarkan ke Kementerian Kerja Raya, sedangkan Kementerian Kerja Raya

kalau kita lihat aspek yang ada hanyalah aspek maintenance atau penyenggaraan tetapi di dalam

Kementerian Kerja Raya aspek maintenance lagi banyak, siapa nak jaga masalah-masalah

penyenggaraan rumah-rumah awam, flat-flat awam? Siapa nak jaga masalah penyenggaraan?

Perumahan-perumahan yang memiliki strata title, tiada orang sebenarnya. Sekarang ini kita cuma

panggil kontraktor, jadi kita buat ikut sebagaimana cara kontraktor.

Ketiga, kita rasa kita kena memperbanyakkan lagi universiti untuk menyediakan kursus

melainkan staf yang kompeten atau sekurang-kurangnya kemungkinan INTAN patut adakan kursus

supaya mereka-mereka sekarang, Jurutera-jurutera atau Arkitek yang sedang buat kerja

maintenance hantar kursus pengukuhan di sana...

keempatnya, kita letakkan, kita

gunakan staf yang kompeten.

Kelima saya rasa kita mesti menyediakan akses supaya jurusan ini dapat pergi kepada

publik, sebab benefit sebenarnya publik.

saya pernah bekerja juga dengan JKR selama tiga tahun dan terlibat dengan kerja maintenance.

Di bandar-bandar kecil, sebenarnya bukan bandar kecil, bandar besar pun sama juga,

Taiping kah, Parit Buntar kah dan sebagainya, kerja-kerja penyelenggaraan bangunan kerajaan ini

sebenarnya dijalankan oleh penyelenggaraan JKR, kebanyakannya very simple, rosak panggil

kontraktor buat. Di mana-mana saja macam itu, tapi kita tak nak yang macam itu. Kita nak sebelum

panggil kontraktor, sebelum timbul bangunan rosak, mereka yang menguruskan bangunan ini telah

tahu apa nak buat. Bila rosak, siapa yang sebenarnya nak panggil. Bolehkah sesuatu kerja itu kita

setakat panggil kontraktor saja? Tak mungkin boleh. Kontraktor itu kadang-kadang kerja kecil dia

buka-buka, dia besarkannya, banyak lagi dia dapat.

Sebab maintenance ini dia bukan macam projek baru, we can quantify, maintenance is up to

the competent person untuk determine, how much the real work that the contractor had to do, bila

serah saja kepada kontraktor, tingkap rosak satu kemudian dua kerana dia akan bagi tahu ini pun

rosak, ini pun rosak, ini yang berlaku sebenarnya.

Sepatutnya kita audit bangunan dulu. Kita lihat, mana kita mesti ambil immediate action,

mana kita boleh tangguhkan, mana kita boleh rancang untuk dua, tiga tahun. Ini sebenarnya yang kita nak. Itu pandangan saya, Ahli Yang Berhormat.

. Sekian terima kasih

0 Comments:

Post a Comment