Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

TerPanggil

Assalamualaikum

Sudah hampir 2 tahun saya tamat pengajian dan masih segar di ingatan saya saat-saat saya belajar dulu. Proses pembelajaran bukan satu proses yang mudah. Bagi mereka yang kuat berusaha maka apa yang diperolehi sepatutnya setimpal dengan usaha yang disemai. Dalam mengharungi proses ini, penyesuaian diri juga penting dan harus diambilkira kerana tanpa penyesuaian diri, peratusan kejayaan kita mungkin terjejas.

Kenapa saya kata begitu, sebab manusia ni rambut je sama hitam tapi hati lain-lain. Kalau satu perbuatan yang kita buat kita anggap baik, namun kalau ada 5 orang lain yang melihat perbuatan kita, jadi akan ada 5 lagi pendapat yang berbeza. Dalam situasi ini kita mesti pandai menyesuaikan diri supaya 5 orang lagi turut mempunyai pendapat yang sama macam kita dan dapat menerimanya dengan baik.

Keadaan ini sama juga situasinya apabila kita berada di tempat asing. Maksudnya tempat yang baru bagi kita yang mana orang sekeliling mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap kita. Untuk kita diterima dalam kelompok baru ni, kita seharusnya tahu cara untuk menyesuaikan diri. Ada pelbagai cara, mungkin pada pertama kali orang tidak akan memandang dan mengenali kita, tetapi apabila kita telah buktikan bahawa kita mampu bersaing dan memberikan yang terbaik, maka di sini kita akan merubah pandangan orang terhadap kita.

Soal diskriminasi dan sebagainya bagi saya merupakan satu persoalan atau alasan yang kita buat apabila terasa diri ditindas. Seharusnya kita berfikiran lebih terbuka dan jangan terlalu memikirkan apa yang orang kata atau fikirkan. Pada permulaan memang susah tetapi kalau kita sanggup berusaha dan kuatkan semangat, Insya Allah secara perlahan-lahan perkara ini akan dapat diatasi.

Kepada mereka yang berada dalam golongan majoriti juga jangan memandang rendah terhadap mereka yang minoriti. Apabila berada dalam kelompok yang sama, seharusnya tidak wujud apa-apa perbezaan. Bagi mereka yang berusaha lebih, maka dia selayaknya mendapat ganjaran. Tapi saya tidak nafikan mana-mana tempat pun akan ada ketidakadilan. Jadi jika ini berlaku kita seharusnya bertindak dengan bijak untuk mengatasinya. Banyak saluran dan jalan untuk kita utarakan masalah ini. Cuma kita harus memilih saluran atau jalan mana yang terbaik.

Apa yang saya cubakan utarakan di sini, walau di mana kita berada, kita seharusnya cuba menyesuaikan diri agar kita berjaya dan dihormati. Sekiranya ada salah dan silap harap maafkan.

Salam hormat dan semoga maju jaya.

Wassalam

0 Comments:

Post a Comment