Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

TAKUT & MPP






Salam sejahtera.

Sudah agak lama saya tidak menggunakan nama pena ini, joharibrave.Jadi dikesempatan ini juga saya mengambil membicarakan isu TAKUT MPP(majlis perwakilan pelajar) tempatan kita untuk bersuara dalam negara ini.

Tidak dinafikan ada beberapa sekatan seperti AUKU yang boleh dikategorikan 'Pembunuh Diam' banyak membantutkan keterbukaan pemikiran dan kebebasan suara siswa,siswi dalam menyampaikan apa yang perlu dalam membantu negara. Sebenarnya saya menganggap keterbatasan dan sekatan ini merupakan kehancuran yang dibuat oleh pemain-pemain politik tanah air yang gusar seandainya suara siswa siswi ini menjadi 'suatu tembakan kematian karier' mereka dalam politik Malaysia.

Kita perlu ingat sejarah Malaysia dimana suatu ketika dahulu suara siswa/siswinya, sangat digeruni dan boleh saya katakan suara itu digeruni ketika tahun 1990' kebelakang. Dan mereka-mereka ini antaranya menjadi peneraju atau ahli politik negara pada masa ini.Namun entah mengapa atas alasan yang saya rasakan tidak wajar mereka menarik 'taring-taring negara' yang boleh dianggap pemangkin kepada penerus perjuangan bangsa agama dan negara.

Saya masih ingat suatu ketika dahulu, ada pihak dari H.E.P mengatakan "TUGAS ANDA DISINI HANYA UNTUK BELAJAR", tegasnya. Memang betul untuk belajar tetapi adakah dengan belajar sahaja tetapi mengenepikan isu negara maka kita dapat secara langsung membantu negara.Sedangkan sekarang ini pengangguran masih ada, kemiskinan terus melebar, tekanan pada rakyat terus meluas. Mungkin wajar orang yang menyampaikan kata kata itu supaya memakan 'najisnya sendiri' kerana kata katanya itu seperti pandangan yang cetek dan mahu melenyapkan kekuatan suara siswa siswi.

Mungkin tidak boleh menyalahkan suatu pihak sahaja tetapi mungkin dek kerana tekanan yang diberikan oleh kerajaan menyebabkan pihak HEP terpaksa mengambil 'langkah sejuta kaki' agar periuk nasi mereka kekal seperti slogan ''dulu kini dan selamanya''. Oleh yang demikian siswa siswi diwarnakan dengan isu yang bersifat hiburan,rekreasi, penekanan pada pelajaran tetapi jangan sesekali perihal Politik. Ini mengingatkan saya pada kisah 'Singapura di langgar todak' dimana ada seorang budak yang cerdik adi putra yang mencadangkan pada Sultan untuk menjadikan batang pisang sebagai benteng dari di langgar ikan todak.Idea budak cerdik itu berjaya tetapi dicemburui oleh pengikut raja dan akhirnya budak cerdik itu dibuang ke laut.

Jadi disini anda semua yang membaca artikel ini boleh lihat sejarah telah memperlihatkan siapa yang bodoh dan siapa yang sebenarnya takut pada idea bijak budak itu.Boleh diperkirakan sultan takut dek kerana takhtanya, dan menterinya pula takut hilang jawatan.Jadi bunuh budak itu makanya habis cerita.Jadi situasi itu sangat bersesuaian dengan suasana hari ini.Dimana kerajaan yang memerintah 'membunuh secara diam' kecerdikan siswa siswi Malaysia.Dan terbaru diperkatakan tentang kurangnya golongan lelaki dalam mengkuti pengajian ini mungkin kerana tiada kesedaran dan apa yang penting ialah kesedaran itu sepatutnya akan lebih berkesan apabila sekatan dimusnahkan sama sekali.

Apa yang menyedihkan sekarang ini terdapat IPTA tempatan menerusi MPP nya adalah sekadar boneka semata-mata.Atau mungkin dibisukan supaya jangan bersuara.Sewajarnya apabila isu kenaikan harga minyak naik, maka MPP disemua IPTA mahupun IPTS harus mengadakan perjumpaan untuk membuat satu resolusi untuk diadakan perbincangan dan mengusulkan satu pengecualian khas kepada siswa siswi dalam isu kenaikan minyak ; dimana kerajaan perlu memberi subsidi khas pada siswa dan siswi.Kerana asasnya siswa siswi bukanlah golongan yang bekerja jadi kerajaan harus peka dan membuka mata kerana sudahlah banyak memberi sekatan dalam keterbukaan demokrasinya ini kemudian pula dibebani dengan harga minyak.

Cuba bayangkan sekarang ini apabila minyak naik, siswa siswi mungkin akan merasa kesannya dan ia sebenarnya menjadi satu lagi sekatan seandainya mereka mahu melakukan assignment yang memerlukan mereka pergi ke sebuah syarikat untuk mendapatkan bahan kajian.Dan mungkin juga Pihak PTPTN harus menaikkan pinjaman berbentuk elaun khas supaya beban itu dapat di ringankan. Jadi disini ada 2 perkara penting seandainya MPP di semua IPTA mahupun IPTS ingin bersuara iaitu :

1. Membuat usul resolusi untuk kerajaan supaya mewujudkan suatu alternatif khas kepada siswa siswi dalam isu kenaikan minyak seperti diberikan subsidi khas.
2.Mencadangkan agar PTPTN memberi tambahan pinjaman berbentuk elaun khas bagi meringankan beban siswa siswi dalam isu kenaikan minyak ini.

Jadi kesimpulannya saya berharap pihak MPP harus menjadi TEGAR dan TEGAS dalam mengembalikan kredibiliti MPP itu sendiri supaya menjadi sebuah 'gergasi' yang dikagumi dihormati.

Sekian terima kasih.

"Fikiran dan jiwamu ku pegang sampai kiamat...hehe.. hehe.. hehe.."

0 Comments:

Post a Comment