Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Model pencakar langit dapat tarikan ramai






NEW YORK 11 Jun - Model bangunan pencakar langit berkilauan setinggi tujuh tingkat yang dibina dari cantuman sejuta kepingan set barangan mainan berjaya menarik perhatian pejalan kaki di New York semalam.

"Bangunan" daripada set barangan mainan dengan berat keseluruhan 7,250 kilogram itu adalah "interpretasi puitis" kepada Bangunan 30 Rock di Rockefeller Center dan merupakan projek terbaru oleh seorang artis Amerika Syarikat (AS), Chris Burden.

Burden menjelaskan, model bangunan itu dibina daripada cantuman set barangan mainan keluli tahan karat Erector, replika kepada set barangan mainan yang dicipta oleh A.C. Gilbert pada 1912.

"Gilbert mendapat inspirasi dari Bangunan 30 Rock untuk mencipta set barangan mainan tersebut dan saya pula menggunakan set barangan mainan ini untuk membina "bangunan" itu.

"Ia adalah interpretasi puitis Bangunan 30 Rock, bukan modelnya. Ia merujuk kepada semua bangunan pencakar langit di Manhattan," kata Burden, sambil berdiri di sebelah menara buatan yang mencapai ketinggian 20 meter.

Projek melibatkan 20 hingga 30 orang itu dimulakan sejak penghujung tahun 2006 di Los Angeles dan dibawa mengelilingi AS dalam dua bahagian.

Pameran yang diberi judul "Apa yang bapa saya hadiahkan..." itu akan dipertontonkan kepada orang ramai sehingga 19 Julai ini di Rockefeller Center.

- Reuters

0 Comments:

Post a Comment