Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Love What You Do

Assalamualaikum...

Kerja...kerja...kerja dan kerja lagi. Itulah lumrah hidup seorang yang sudah bekerja. Kerja juga satu ibadah dan ibadah wajib jangan dilupakan. Insya Allah keberkatan dalam bekerja akan lebih dirasai jika kita seimbangkan dunia dan akhirat.

Sejak kecil kita akan ditanya. "Bila besar nak jadi apa?". Minda kita sudah disetkan sejak awal lagi bahawa sampai pada satu tahap dalam hidup kita, kita akan bekerja samada untuk memenuhi keperluan hidup atau sekadar mengisi masa kita. Saya semasa kecil suka menonton cerita penyiasatan [hmmmm sehingga sekarang pun sama juga :) ]. Jadi bila orang tanya bila besar nak jadi apa, saya akan kata nak jadi penyiasat persendirian atau dalam katanama lainnya detektif. Sama juga keadaannya bila kita besar, kenapa kita memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang kita suka? Kerana kita harapkan dapat bekerja dalam bidang yang kita minati. Ada juga yang terpaksa mengambil kursus yang bukan pilihan, namun bila sampai masanya, kita juga akan jatuh hati pada kursus yang kita pelajari. Apa yang saya nyatakan di sini sebenarnya bergantung kepada individu, dan saya buat andaian ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya. Ini semua dinyatakan secara umum.

Namun apabila apa yang kita cuba perolehi tidak dapat kita capai, maka timbul rasa kecewa. Kecewa dengan usaha yang telah kita buat selama ini. Kecewa dengan keadaan sekeliling dan kita juga kecewa dengan diri sendiri. Maka kita akan merasa tertekan apabila kita membuat kerja yang bukan kita suka. Saya pernah melalui situasi ini. Saya lulusan Ukur Bangunan tetapi bekerja dalam bidang pengurusan. Kini saya berada dalam bidang kewangan. Kalau diikutkan dengan kelulusan saya, bidang kerja saya memang tiada kaitan.

Namun saya mula menyukai setiap kerja yang saya buat dengan menganggap itu semua satu proses pembelajaran. Setiap hari saya belajar sesuatu yang baru. Keadaan ini sama dengan ketika di universiti. Kita belajar kerana kita cuba menguasai sesuatu ilmu dan menambah pengetahuan kita. Saya tidak pernah merasa belajar bidang Ukur Bangunan suatu pembaziran. Pengetahuan dan ilmu yang saya perolehi banyak membantu saya. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah saya. Mereka bukan sahaja memberi ilmu dari segi teori tetapi juga memberi gambaran kepada suasana alam pekerjaan. Penerimaan ilmu bagi setiap orang berbeza.

Walaupun kadang-kadang kita disogokkan dengan bermacam janji-janji indah tentang profesion Ukur Bangunan, namun perlaksanaan memartabatkan profesion ini bukan mudah. Kita perlukan sokongan dari pelbagai pihak. Samada pihak atasan atau bawahan, semuanya memainkan peranan penting. Di sini kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak. Tidak guna menuding jari kepada sesiapa. Lihat diri kita dan cuba menjadi yang terbaik. Sekiranya kita rasa kita boleh menyumbang kepada profesion ini, kita cari saluran yang betul untuk menyuarakannya dan membuat sumbangan.

Saya akui saya sudah selesa dengan profesion yang saya ceburi sekarang. Namun saya tidak pernah meninggalkan Ukur Bangunan kerana inilah yang telah saya pelajari selama 5 tahun dan menjadikan siapa saya sekarang. Saya akan membantu mungkin dari segi ilmu yang ada pada saya dan juga dengan penulisan seperti ini.

Bagi mereka yang masih belajar, teruskan usaha anda untuk menjadi pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Bagi mereka yang sudah bekerja, berusaha dan teruskan menyukai kerja anda. Bagi yang masih mencari-cari arah tuju, tetapkan tujuan anda dan usahakan yang terbaik.

Saya mohon maaf sekiranya ada tersilap atau terkasar bahasa. Semua yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk adalah dari saya sendiri.

Akhir kata, jadilah diri sendiri dan tanamkan minat dalam apa-apa juga kerja yang kita buat.

Wassalam

1 Comment:

  1. Anonymous said...
    thx buat kak wan yang menulis.. apepun saya bersependapat dengan apa yang dinyatakan oleh kak wan dalam penulisan beliau.

    secara peribadi..sebagai seorang yang berkelulusan dalam bidang ukur bangunan sudah tentu melahirkan asa kekecewaan atas apa yang berlaku..sapa yang tak kecewa kalo graduan kita sendiri tak banyak yang menghargainya..

    tak perlu pergi jauh...kita lihat di UiTM sendiri sudah cukup..berapa ramai dari golongan ukur bangunan yang mengisi jawatan seagai ukur bangunan..adakah si pemegang jawatan tersebut merupakan seorang pelajar ukur bangunan..jika 'ya' alhamdulillah..namun jika 'tidak' maka kits sendiri dapat menilainya..

    begitu juga dengan profesion akademik..berapa ramai antara kita yang memohon bagi mengisi jawatan pensyarah ukur bangunan..saya pasti ramai diluar sana yang pernah memohon..dan persoalannya berapa ramaikah antara mereka yang terpilih itu pelajar ukur bangunan?

    saya sendiri terdiri daripada golongan pelajar yang memohon jawatan tersebut..seingat sayasudah hampir 13 kali pemohonan saya hantar termasuk di UiTM Sri Iskandar...alhamdulillah saya terpanggil juga untuk ditemuduga..namun yang mengecewakan saya ialah pelajar yang terpilih untuk mengisi jawatan tersebut adalah pelajar UTM yang bukan berdarah daging ukur bangunan..you see now!

    apepun saya tak kisah sebenarnya.. namun saya masih mempunya semangat kecintaan saya terhadap profesion ini..setiap kali saya hadir pada sesi temuduga, tidak kira syarikat swasta atau kerajaan saya tetap menyuarakan hasarat dan pandangan saya mengenai profession ini..

    sebagai bekas presiden kelab ukur bangunan..saya harap kita akan dapat bersama2 memenuhkan kouta ukur bangunan dalam profesion ukur bangunan supaya idak dimonopoli oleh golongan yang bukan ukur bangunan..

    akhir kalam..sekecewa manapun kita..kita kena berpijak di bum yang nyata

Post a Comment