Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Arkitek Itali cipta bangunan berputar



GAMBAR ini menunjukkan rentetan bangunan berputar yang berubah bentuk ciptaan Fisher.


NEW YORK – Seorang arkitek dari Itali, David Fisher mendedahkan rancangan untuk membina bangunan berputar sepenuhnya sekali gus mengubah rekaan bangunan pencakar langit di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Setiap tingkat di bangunan yang dipanggil sebagai menara dinamik itu akan berputar sepenuhnya sekali sejam dan boleh berubah kepada beberapa bentuk.

Dua bangunan seumpama itu bakal dibina di Moscow, Rusia dan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjelang 2010 tetapi menara 80 tingkat di Dubai itu masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa.

Bangunan di Dubai itu melibatkan kos sebanyak £355 juta (RM2.2 bilion) dan akan dibina oleh syarikat milik Fisher.

Fisher berkata, dia mendapat ilham untuk membina bangunan unik itu selepas bosan melihat pemandangan di sebuah apartmen milik rakannya di Manhattan, New York, Amerika Syarikat (AS).

“Bangunan itu akan mengikut perubahan alam.

“Ia akan berubah arah dan bentuk dari musim luruh sehingga musim panas.

“Ia juga akan berubah bentuk dari waktu pagi sehingga waktu malam dan berubah mengikut keadaan cuaca,” katanya. – Agensi

0 Comments:

Post a Comment