Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

LCCT 'tambang murah'


Go to fullsize image


LCCT baru RM1.7b di KLIA siap 2010

SUMBER DARI BERITA HARIAN
Oleh Abdul Halim Yus
off

KUALA LUMPUR: Terminal baru syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) serba canggih dan selesa bernilai RM1.7 bilion akan dibina di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) bagi menggantikan LCCT sedia ada yang semakin sesak

Sumber berkata, LCCT lengkap dan menawarkan kemudahan lebih selesa kepada penumpang dan syarikat penerbangan, akan dibina di atas tapak bersebelahan kawasan meletak kereta tidak berbumbung KLIA dan dijangka siap menjelang 2010.

Pembinaan terminal baru itu adalah sebahagian daripada projek mengikut Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi mempertingkatkan prasarana fizikal di KLIA.

“Kementerian Pengangkutan sedang melakukan penilaian terperinci kertas cadangan yang dikemukakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), syarikat pengendali lapangan terbang di seluruh negara baru-baru ini, selepas mendapat restu Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan.

Sumber itu berkata, sebuah konsortium Bumiputera sudah dikenal pasti untuk melaksanakan projek itu yang dijangka bekerjasama dengan beberapa syarikat kejuruteraan dan pembinaan terkemuka tempatan termasuk UEM Group dan IJM Bhd.

Beliau berkata, LCCT baru itu akan mempunyai keupayaan mengendalikan 25 juta penumpang setahun.

“Keunikan cadangan pembinaan terminal baru ini ialah pada konsep rekaan modular yang membolehkan proses pembesaran mudah dilakukan untuk menampung 25 juta lagi penumpang jika ada keperluan pada masa depan,” katanya sambil menambah LCCT baru itu dijangka mampu menampung pesawat besar seperti Airbus A340, Airbus A380 dan A330.

“Sejajar aspirasi kerajaan untuk meliberalisasikan perkhidmatan udara mulai 2009 dan menjadikan KLIA hab penerbangan serantau, pembinaan LCCT yang lebih selesa adalah antara perkara yang perlu dilakukan,” katanya.

Sumber itu berkata, LCCT sedia ada seluas 32,590 meter serba ringkas dibina bersebelahan terminal kargo, dijangka sesak sepenuhnya menjelang hujung tahun depan.

Menjelang tempoh itu, LCCT bernilai RM108 juta itu dijangka menguruskan lebih 10 juta penumpang setahun, lebih daripada keupayaan maksimumnya.

Unjuran kendalian penumpang itu dibuat dengan menyandarkan kepada arah aliran peningkatan penumpang AirAsia dan unjuran perkembangan menggalakkan AirAsia X, syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh sekutu AirAsia yang memulakan operasi tahun ini.

Peningkatan berterusan penumpang akan menyebabkan kesesakan di terminal dan apron, menimbulkan isu keselamatan dan meningkatnya kelewatan penerbangan.

Berdasarkan arah aliran penumpang perkhidmatan LCCT sekarang, jumlah penumpang tambang murah akan mengatasi penumpang perkhidmatan penuh antara tahun 2013 dan 2025.

Selain AirAsia dan syarikat sekutunya Thai AirAsia dan AWAir, antara syarikat penerbangan tambang murah serantau lain yang sudah menggunakan LCCT ialah Cebu Pacific Airlines. Sementara rundingan dengan beberapa syarikat lain sedang berjalan.

Beliau berkata, tapak pembinaan LCCT baru itu sudah termasuk dalam pelan induk pembangunan KLIA yang dibina pada 1996 membabitkan kos RM10.5 bilion. Bagaimanapun LCCT sedia ada terpaksa dibina sebelum ini bagi menampung peningkatan mendadak penumpang perkhidmatan tambang murah AirAsia.

Terminal baru itu akan menyelesaikan pelbagai isu terutama membabitkan keselesaan penumpang kerana tapak itu bercantum dengan kompleks terminal sedia ada, memudahkan perhubungan pengangkutan bas dan ERL ke ibu kota.

0 Comments:

Post a Comment