Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Salam Perjuangan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian,

Dari meja editor,terpanggil untuk menulis perjuangan yang harus kita mulakan dari akar umbi. Seperti yang kita maklum, web blog ini diwujudkan atas beberapa faktor yang mana cabangnya merangkumi penyatuan,perhubungan,dan informasi serta visi dan misi ukur bangunan itu sendiri. Sebagai seorang Penulis (mantan MPR'02' dibawah naungan Dewan Bahasa & Pustaka) saya lebih cenderung menggunakan media sebagai salah satu solusi dalam penyatuan dan informasi seputar ukur bangunan.
Saya juga mencadangkan agar diwujudkan suatu badan khas atau alumni ukur bangunan bagi memantapkan lagi struktur kekuatan bidang ukur bangunan ini. Alumni yang dicadangkan adalah universal dimana semua jurukur bangunan di Malaysia boleh menyertainya,dimana tidak kira dimana mereka pernah mendapatkan pengajian samada di UiTM,UM,atau IPTS. Ini berikutan melalui pemerhatian saya, laman web yang diwujudkan kebiasaannya hanya untuk sesuatu 'batch' sahaja dengan kata lain mewujudkan jurang.
Sebab itu pada hemat saya,sudah perlu pihak yang menerajui ukur bangunan peringkat atasan harus PEKA dan SEDAR perlunya diwujudkan sebuah PERSATUAN atau ALUMNI UKUR BANGUNAN. Saya melihat ini merupakan satu MISI penting yang harus pihak atasan ambil kira berikutan di ISM sendiri jurukur bangunan berdaftar adalah dalam bilangan yang kecil dan mengecewakan.
Sekiranya aspek ini tidak diambil kira maka saya yakin kekuatan jurukur bangunan boleh ditempatkan didalam kelas yang lemah. Dengan adanya perasaan tanggungjawab oleh pihak yang menerajui ukur bangunan bagi menyatukan jurukur bangunan sudah pasti struktur kekuatan jurukur bangunan dapat dijana dan dibina dengan lebih sempurna.
Aspek ini tidak harus dibiar sambil lewa kerana sekiranya perkara ini tidak dilakukan segera maka apabila kerjaya jurukur bangunan sudah baik dan diterima di Malaysia maka mungkin akan timbul isu dikalangan jurukur bangunan sendiri seperti projek dimonopoli oleh pihak atasan/orang lama ukur bangunan dan prasangka yang negative terhadap kepimpinan yang menerajui ukur bangunan.
Supaya perkara ini tidak terjadi,maka sewajarnya pihak atasan ambil peduli perkara ini kerana saya berharap KERJAYA JURUKUR BANGUNAN ini BEBAS dari RASUAH serta BEBAS dari Proksi yang meranapkan imej UKUR Bangunan itu sendiri.
Saya mengakui saya kecil dalam ukur bangunan ini,saya akui saya hanya lepasan Diploma Ukur Bangunan,saya juga akui siapalah saya untuk menegur jurukur bangunan yang sudah berpangkat P.H.D atau yang sudah menerima darjah kebesaran.Namun jika tiada satu tindakan di akar umbi yang dilakukan maka nanti akan bercerai-berailah jurukur bangunan.Kita sedia maklum hari ini juga,ramai jurukur bangunan terutamanya fresh graduate banyak memperli, mengkritik bidang ukur bangunan sendiri memandangkan peluang pekerjaan yang sengit dan perlu bersaing.Oleh yang demikian jika perkara diakar umbi ini diambil kira maka barulah fresh graduate jurukur bangunan mengetahui kemana hala tuju mereka yang sepatutnya dan di landasan yang betul.Salam REFORMASI dan Bangunlah 'Orang Atas ukur bangunan' dari kepompong ism sahaja...KELUAR!!!,KELUAR!!!, ukur bangunan bukan lagi berbicara didalam ISM semata-mata.UKUR BANGUNAN PERLU mendakwahkan ukur bangunan di Malaysia.Kita jangan tunduk pada mereka yang hasad,tetapi Kita bangkit kerana atas tanggungjawab bangunan di Malaysia harus diselenggara sewajarnya dengan kepakaran kita! AYUH PERJUANGAN KITA HARUS DITERUSKAN BERMULA DARI AKAR UMBI!!!

Sekian,
Pejuang Kecil Ukur Bangunan
EDITOR BUILDING SURVEY

1 Comment:

  1. Ahmad Fauzi Bin Md Sood said...
    Bangunlah Dari Mimpi……..Wahai Graduan Juruukur Bangunan

    Assalamualaikum semua warga Ukur Bangunan...

    Jauh disudut hati saya sebagai graduan juruukur bangunan merasa begitu sedih dan kecewa kerana sikap graduan BS yang begitu pasif untuk mempromosi bidang BS kepada masyarakat umum. Isu semasa yang jelas terpampang depan mata yang memerlukan BS bersuara tidak digunakan dengan sebaik-baiknya untuk memperjuangkan profesion BS. Sikap tunggu dan lihat sudah tidak sesuai lagi diguna pakai oleh kita. Suara BS perlu disampaikan tanpa mengira apa channel yg kita guna asalkan masyarakat tahu bahawa BS mempunyai kekuatan tersendiri untuk membantu kerajaan dalam industri binaan. Kita sepatutnya bertanya apakah sumbangan kita sehingga hari ini untuk memartabatkan BS. Jangan asyik mengharapkan orang lain untuk buat sesuatu utk BS...tapi kita. Saya berani mengeluarkan pendapat ini kerana saya sendiri telah menghantar email ke TV3 lebih dari 50 kali sebaik sahaja ada isu-isu yang berkaitan dengan peranan BS. Alhamdulillah...hasilnya email saya telah dibaca sebanyak 4 kali untuk siaran Buletin Utama bagi mempromosi BS kepada masyarakat umum terutamanya pemimpin tertinggi negara. Selain itu, rencana bertajuk 'kebolehan juruukur bangunan tidak dimanfaat' juga hasil usaha saya untuk mengetengahkan BS, rencana itu tersiar setelah hampir 20 bentuk artikal saya hantar ke media....apa yang saya cerita ini bukan untuk membangga diri atau apa juga yg anda fikir...tapi ikhlas kerana Allah...untuk BS sahaja...Cuba anda bayangkan kalau 100 atau lebih warga BS bertindak macam saya......hasiilnya anda sendiri boleh fikir...itu semua pastinya untuk kebaikan BS. Yang terbaru...atas pertolongan Allah....BS berpeluang membuat perbentangan di bangunan Parlimen pada pertengahan bulan Jun 2007. Ia merupakan jemputan 'khas' dari YBhg Dato Shahrir Samad, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menerangkan apakah peranan dan kepentingan juruukur bangunan di Malaysia. Itu pun setelah saya menghantar hampir 30 email kepada beberapa menteri dan ahli parlimen yang tertentu dengan mengambil kesempatan diatas isu-isu kebocoran dan kecacatan beberapa bangunan kerajaan. Harapan saya, kalian doakan kejayaan untuk kami. Message yg nak saya sampaikan......kita perlu buat sesuatu untuk tolong BS...jangan harapkan orang lain. Bunyinya agak kasar tapi kita kena terima hakikat....mana yang baik jadikan tauladan mana yang sebaliknya saya minta ampun maaf...Ikhlas dari saya...Ahmad Fauzi Bin Md Sood-Graduan Juruukur Bangunan - Universiti Malaya.

Post a Comment