Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Menteri tegur arkitek, jurutera


Menteri Tegur Arkitek, Jurutera
Sumber dari Berita Harian

BANGI: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menyelar arkitek dan jurutera yang terlalu mengamalkan konsep penebangan terbuka dan timbus (cut and fill) dalam pembangunan projek perumahan hingga menjejaskan kualiti alam sekitar termasuk menyebabkan banjir.

Menterinya, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata perbuatan itu dianggap jalan mudah oleh profesional tetapi sebenarnya tidak menyedari terdapat laluan air yang ditimbus ketika melaksanakan projek pembangunan.

“Saya minta mereka supaya tidak menggunakan sistem ini. Kawasan yang ditimbus menjadi tempat saliran air dan apabila tiada saliran itu menyebabkan banjir kilat walaupun hujan selama 10 minit,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pelancaran Program UKM Lestari di sini, semalam.

Azmi berkata, kebanyakan arkitek dan jurutera yang mendapat pendidikan di Barat gemar membina rumah berciri moden dan mengetepikan budaya negara ini.

“Kita harus memikirkan mengapa rumah Melayu lama dibina atas tiang dan masih ada rumah begini sekarang. Bagaimanapun, hari ini kita timbus serta tidak guna tiang,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak boleh hanya meluluskan pelan pembangunan tanpa mengambil kira aspek penjagaan kualiti alam sekitar.

Selain itu, katanya, penjara mandatori adalah memadai untuk menghukum mereka yang membuang sisa toksik kerana ia akan dibuat secara menyeluruh dan tidak terhad kepada orang yang membuang dan pemandu serta syarikat terbabit.

0 Comments:

Post a Comment