Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Bangunlah Dari Mimpi……..Wahai Graduan Juruukur Bangunan



**Tulisan ini diambil dari comment dalam Artikel Salam Perjuangan




Ahmad Fauzi Bin Md Sood

Graduan Juruukur Bangunan - Universiti Malaya
13 Jun 2007 11:10

Assalamualaikum semua warga Ukur Bangunan...


Jauh disudut hati saya sebagai graduan juruukur bangunan merasa begitu sedih dan kecewa kerana sikap graduan BS yang begitu pasif untuk mempromosi bidang BS kepada masyarakat umum. Isu semasa yang jelas terpampang depan mata yang memerlukan BS bersuara tidak digunakan dengan sebaik-baiknya untuk memperjuangkan profesion BS. Sikap tunggu dan lihat sudah tidak sesuai lagi diguna pakai oleh kita. Suara BS perlu disampaikan tanpa mengira apa channel yg kita guna asalkan masyarakat tahu bahawa BS mempunyai kekuatan tersendiri untuk membantu kerajaan dalam industri binaan. Kita sepatutnya bertanya apakah sumbangan kita sehingga hari ini untuk memartabatkan BS. Jangan asyik mengharapkan orang lain untuk buat sesuatu utk BS...tapi kita. Saya berani mengeluarkan pendapat ini kerana saya sendiri telah menghantar email ke TV3 lebih dari 50 kali sebaik sahaja ada isu-isu yang berkaitan dengan peranan BS. Alhamdulillah...hasilnya email saya telah dibaca sebanyak 4 kali untuk siaran Buletin Utama bagi mempromosi BS kepada masyarakat umum terutamanya pemimpin tertinggi negara. Selain itu, rencana bertajuk 'kebolehan juruukur bangunan tidak dimanfaat' juga hasil usaha saya untuk mengetengahkan BS, rencana itu tersiar setelah hampir 20 bentuk artikal saya hantar ke media....apa yang saya cerita ini bukan untuk membangga diri atau apa juga yg anda fikir...tapi ikhlas kerana Allah...untuk BS sahaja...Cuba anda bayangkan kalau 100 atau lebih warga BS bertindak macam saya......hasiilnya anda sendiri boleh fikir...itu semua pastinya untuk kebaikan BS. Yang terbaru...atas pertolongan Allah....BS berpeluang membuat perbentangan di bangunan Parlimen pada pertengahan bulan Jun 2007. Ia merupakan jemputan 'khas' dari YBhg Dato Shahrir Samad, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menerangkan apakah peranan dan kepentingan juruukur bangunan di Malaysia. Itu pun setelah saya menghantar hampir 30 email kepada beberapa menteri dan ahli parlimen yang tertentu dengan mengambil kesempatan diatas isu-isu kebocoran dan kecacatan beberapa bangunan kerajaan. Harapan saya, kalian doakan kejayaan untuk kami. Message yg nak saya sampaikan......kita perlu buat sesuatu untuk tolong BS...jangan harapkan orang lain. Bunyinya agak kasar tapi kita kena terima hakikat....mana yang baik jadikan tauladan mana yang sebaliknya saya minta ampun maaf...Ikhlas dari saya...


**Kepada Saudara En Ahmad Fauzi mohon kesudian untuk menjadi Author diblog ini.Sila berikan email gmail anda ke Buildingsurvey@gmail.com

0 Comments:

Post a Comment