Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

PENGURUS PROJEK

Dipetik dari majalah QALAM edisi 2006 (jilid 3)

Oleh : Rasifah bt Mahadi

PENGURUS PROJEK
Pendahuluan
Projek pembinaan masa kini melibatkan teknologi pembinaan yang kompleks, memerlukan pengurusan tapak yang efisien dan pengetahuan yang dalam dalam bidang undang-undang serta pengurusan kewangan yang baik.Disamping itu juga setiap projek adalah unik dan tidak berulang-ulang dimana keadaan tapak projek,pekerja, peralatan dan bahan yang digunakan adalah berbeza-beza dari satu projek ke projek yang lain. Oleh itu amat penting untuk seorang pengurus projek sentiasa mempertingkatkan ilmu pengetahuan samada dari segi teknikal atau kemanusiaan kerana tanggungjawab dan peranan pengurus projek yang kompleks dan mencabar.

Definisi Pengurus Projek
Meredith dan Mantel (1989) mendefinisikan pengurus projek sebagai orang yang bertanggungjawab memastikan kelancaran projek bermula dari peringkat merancang,membina, dan mendapatkan kelulusan bagi setiap projek pembinaan.Beliau perlu memastikan bahawa projek dijalankan mengikut masa, kos, dan kualiti yang telah ditetapkan oleh pihak klien.
Pengurus projek juga perlu mempengaruhi atau menggerakkan pihak lain untuk mencapai objektif projek. Oleh itu pengurus projek perlu mempunyai kebolehan komunikasi supaya segala maklumat dan arahan dapat disampaikan dengan tepat dan cepat kepada semua pihak. Dalam lain perkataan pengurus projek adalah ketua kepada projek pembinaan.

0 Comments:

Post a Comment