Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Merencanakan ukur bangunan

Assalamualaikum usaha blog ini mempublisitikan ukur bangunan ini memang kecil teramat kecil, namun dengan usaha yang kecil ini dapat memberi suatu input yang baik untuk jangka masa panjang.Dengan kata lain setiap graduan ukur bangunan perlu bersama-sama dalam memastikan ukur bangunan menjadi antara nadi utama dalam sektor pembinaan khasnya dalam penyelenggaraan.
Pendekatan yang diambil amat mudah dimana merapatkan kesemua jurukur bangunan di Malaysia sebagai permulaan. Dengan adanya penyatuan dari setiap jurukur bangunan maka barulah "SUARA UKUR BANGUNAN" lebih besar di Malaysia.Bak kata peribahasa "bersatu kita teguh bercerai kita roboh".
Pada hakikatnya apabila selesai menamatkan jurusan ukur bangunan,setiap siswazah akan membawa haluan masing-masing dan secara langsung akan "lost contact",namun oleh kerana tidak mahu perkara sebegitu terjadi maka atas dasar prihatin maka diwujudkan blog ini supaya setiap jurukur bangunan dapat mengeratkan perhubungan dan memastikan kekuatan ukur bangunan terus bertambah.
Cadangan seperti mewujudkan gathering alumni ukur bangunan juga dapat dilakukan sekiranya setiap jurukur bangunan bersatu dan boleh memperbagaikan aktiviti.Oleh kerana itu blog ini menjadi medan mengumpulkan jurukur bangunan di malaysia.Diharapkan juga sokongan dan galakan dari para pensyarah bagi memastikan misi ini berjaya.
HIDUP B.S!
sekian terima kasih.

1 Comment:

  1. Anonymous said...
    Saya merupakan seorang mahasiswi jurusan ukur bangunan Tahun ke-3 dari Universiti Malaya.Baru-baru ni pihak TV3 (bertarikh 30 Januari 2011) membuat liputan berkenaan hala tujujurusan Ukur Bangunan yang sehingga kini masih lagi tiada akta.

    Liputan terbabit menyebabkan saya dan kawan2 seperjuangan saya khuatir dengan masadepan kami. Untuk pengetahuan Dato, kami (seluruh siswa-siswi dan graduan-graduan UkurBangunan) telah menghabiskan masa lebih dari 3 tahun untuk belajar dalam bidang ini.

    Saya ingin bertanya kepada pihak datuk, ke mana arah tuju kami selepas kami menamatkanpelajaran? Adakah kami terpaksa menumpang dalam kerjaya lain?

Post a Comment