Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Kerjaya Keusahawanan



PNS

Program Francais Siswazah adalah program khas bertujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera dari kalangan siswazah yang berkaliber, berdaya saing dan berkeyakinan untuk menceburi bidang perniagaan francais. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat bimbingan dan latihan dalam aspek pengurusan perniagaan, risiko-risiko perniagaan, kelas motivasi serta menjalani praktikal di outlet francaisor yang dipilih. Selepas latihan, peserta juga akan dibimbing untuk penyediaan rancangan perniagaan bagi membantu mereka mendapatkan pembiayaan daripada PNS dan lain-lain institusi kewangan.



Program ini menawarkan pembiayaan dan pinjaman maksima sehingga 90% atau RM500,000. Walaubagaimanapun, bakal usahawan dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah keseluruhan kos perniagaan. Ini merupakan komitmen mereka dalam menjayakan perniagaan francais masing-masing. Namun demikian, kelulusan pinjaman adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh panel pembiayaan kewangan.


Secara ringkasnya, program bersepadu ini amat menarik dan menguntungkan para peserta terutama dalam aspek keusahawanan dan perniagaan francais. Tiga aspek utama yang diberi penekanan iaitu latihan dan bimbingan, pembiayaan dan pemantauan, diyakini boleh menjadikan golongan ini seorang usahawan francais ataupun francaisi yang berjaya .



Francais adalah suatu kaedah perniagaan yang telah terbukti berjaya diseluruh dunia. Dengan memulakan sebuah perniagaan francais, sebagai seorang francaisi, beliau telah berjaya memendekkan tempoh pembelajaran dan cuba jaya (trial and error). Ini adalah kerana operasi perniagaan berjalan mengikut sistem perniagaan yang telah disediakan oleh francaisor. Sokongan dan latihan juga merupakan sebahagian daripada pakej francais yang ditawarkan oleh francaisor.
Justeru itu, mereka yang berminat dalam bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai keyakinan, kekurangan pendedahan dan pengetahuan seharusnya mengambil peluang ini untuk menceburi bidang perniagaan yang diminati. Program ini akan membimbing peserta dalam pelbagai aspek penting perniagaan yang amat bernilai dan menguntungkan.



Kepada mereka yang ingin menjadi usahawan melalui program yang disediakan sila lawati ke :

http://www.pns.com.my/

0 Comments:

Post a Comment