Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Buildingsurvey
Google

Isu Bangunan Parlimen Bocor


Isu Kebocoran Bangunan Parlimen
Isu bangunan parlimen menjadi bualan hangat masa kini namun kenapa Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Velu tidak memberi ruang kepada Jurukur Bangunan yang pakar dalam penyelenggaraan bangunan??Dan dimana Pengerusi Building Survey Division di ISM??Renung-renungkan
*Sumber dari Utusan Malaysia
TOKYO 22 Mei – Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan semua bangunan kerajaan tanpa perlu tuduh-menuduh atau berbalah dengan pihak lain, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, beliau telah memberitahu perkara itu kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Velu bahawa JKR perlu bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penyelenggaraan bangunan kerajaan.
“Usah bertengkar sesama sendiri, malu! Kalau hendak bincang (untuk) buat sama-sama tidak apa. (Jangan) bertengkar sampai rakyat tahu, buat apa.
“Kalau ada benda yang tak kena dan perlu buat sama-sama cakap perlahan-lahan, hendak masuk surat khabar buat apa? Sudah la orang tak seronok dengan apa yang berlaku, yang hendak bertanggungjawab dan siapa bertanggungjawab pun jadi isu umum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu kebocoran bangunan Parlimen hingga timbul tuding-menuding antara Kementerian Kerja Raya dan kementerian yang bertanggungjawab terhadap Parlimen.
Baru-baru ini Samy Vellu ketika meninjau keadaan bumbung bangunan Parlimen mengesahkan keadaannya amat teruk dan memerlukan penyelenggaraan segera - berdasarkan pengalamannya sebagai seorang arkitek.
Samy Vellu berkata, berdasarkan pemerhatiannya, terdapat kira-kira enam tempat yang bocor dan sekiranya langkah segera tidak diambil, keadaan akan menjadi lebih teruk dan kebocoran mungkin berlaku di 10 atau 15 tempat lagi.
Bagaimanapun katanya, pihak JKR sebenarnya tidak bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penyelenggaraan ke atas bangunan tersebut kerana ia dilakukan oleh pengurusan Parlimen.
Ekoran itu, Perdana Menteri mahukan tabiat tuduh-menuduh dan tuding- menuding itu dihentikan sebaliknya segera melakukan kerja-kerja pembaikan seperti yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
“Sesiapa yang diberi tanggungjawab perlu ada rasa tanggungjawab untuk memastikan apa yang dipertanggungjawabkan dilaksana, buat apa nak gaduh (sesama sendiri),” kata Perdana Menteri.

0 Comments:

Post a Comment